Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
Yang Mengampunkan dosa,
dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya;
tiada Tuhan melainkan Dia;
kepadaNyalah tempat kembali.
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang yang kafir.
Oleh itu janganlah engkau diperdayakan oleh kebebasan mereka
bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan puak-puak yang bergabung
sesudah kaum Nabi Nuh itu - telah mendustakan ,
dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat
terhadap Rasul mereka untuk menawannya;
dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah
untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu;
sebab itu Aku binasakan mereka.
Maka bagaimana kesan azabKu!
Dan demikianlah juga tetapnya hukuman Tuhanmu terhadap orang yang kafir,
kerana sesungguhnya mereka ialah ahli neraka.
Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya,
bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya;
serta mereka memohon ampun bagi orang yang beriman:
"Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya;
maka berilah ampun kepada orang yang bertaubat serta menurut jalanMu,
dan peliharalah mereka dari azab neraka.
"Wahai Tuhan kami!
masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka,
serta keturunan mereka.
Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
"Dan peliharalah mereka dari kejahatan-kejahatan;
dan sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena
kejahatan-kejahatan maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar"
"Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah, kamu kufur ;
dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya .
Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah,
Yang Maha Tinggi, lagi Yang Maha Besar".
Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya
dan kekuasaanNya dan yang menurunkan sebab-sebab rezeki dari langit.
Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran melainkan orang yang sentiasa bertumpu ( Fokus, Khusyuk) .
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, sekalipun orang kafir tidak menyukai.
Dia lah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy;
Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya,
supaya Ia memberi amaran tentang hari pertemuan,
Iaitu hari mereka keluar dengan jelas nyata;
tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka.:
"Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?
"Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaan segala-galanya!
Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya;
tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini.
Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
Dan berilah amaran kepada mereka tentang yang dekat,
iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut,
sambil masing-masing menahan perasaannya itu.
orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya,
dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.
Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang,
serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.
Dan Allah memutuskan hukum dengan adil,
sedang yang mereka sembah yang lain dari Allah - tidak dapat memberikan sebarang keputusan.
Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
No comments:
Post a Comment