image

image

Wednesday, September 29, 2010

HIStory: manusia - man kind

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu
maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira
dan pemberi amaran; dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu
Kitab-kitab Suci yang benar,
untuk menjalankan hukum di antara manusia
mengenai apa yang mereka perselisihkan dan tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu,
iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata,
mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.

Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka, dengan izinNya.
Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.

ADAM adalah nama manusia yang pertama yang di ciptakan Allaah
semua AHLI KITAB setuju dengan kenyataan ini, bahawa Adam dan Hawa atau Adam and Eve
adalah, manusia generasi pertama, di hantar ke BUMI (earth)

sebab itu di dalam KITAB, Iblis itu berkehendak menyesatkan semua anak anak Adam
yang lemah.

LEMAH: di serukan oleh Allah = AlQuran 17:36: Dan janganlah engkau mengikut
apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,
semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.



Telah di nyatakan oleh Allah Yang ESA, persengketaan di antara manusia adalah akibat daripada hasad dengki - hendak berlagak berlebih lebihan

Allah berpesan, orang beriman itu bersaudara, kasih sayang kerana TAUHID

Allah beritahu, orang nasrani itu lebih mudah menerima kebenaran
sementara, orang Yahudi itu, sekiranya menerima Islam, akan menjadikan mereka umat yang terbaik

sebab itulah di nyatakan: kehidupan Islam itu, hanyalah untuk orang yang mahu berfikir
sebab itulah kita kena saling berpesan pesan dengan kebenaran, dan berilah peringatan kerana ianya berguna kepada orang beriman

sebab itu juga janganlah berlebih lebih sangat, ke bangsa an nya

Dan sesungguhnya kehidupan Islam ini ialah kehidupan kamu -
kehidupan yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kepadaKu.

Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan kehidupan mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.

sebab itulah, Allaah berpesan
Jika sampai masa , kamu berbalah balah, berselisih
silakan kembali merujuk kepada Allah dan RasulNya
kepada Al Kitab, al Quran

Ketahui lah, bahawa Al Quran itu Kitab yang telah di UPDATE kan,
sesuai sepanjang masa

bahawa kitab terdahulu, sepertimana, Zabur, Taurat, serta Injil telah Allah
kemaskinikan isinya, Ilmu operasi, serta Ilmu aplikasinya

sebab itu jika mahu FAHAM, cubalah dengan mensucikan hati, tulus ikhlas, mencari kebenaran

inshallah ya

subhanallah
walhamdulillah
walailahaillallah
wallahu akbar

wahdahu laa syarikalah

No comments:

Post a Comment