image

image

Thursday, September 2, 2010

who am I ?

Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : " Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )

Islam memerintahkan agar antara sesama muslim saling menghormati. Sebab pada dasarnya mereka adalah serumpun. Satu saudara. Apabila di antara mereka ada yang bersengketa, maka hendaklah segera di damaikan. Allah SWT telah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang mukminin adalah bersaudara. Karena itu di damaikanlah antara kedua saudaramu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
(QS. Al-Hujurat:10)

Maka wajib untuk bersifat kasih sayang terhadap sesama manusia. Tidak membuat kerugian terhadap orang lain. Sebab orang yang tidak memiliki belas kasihan terhadap sesama, tidak akan dibelas kasihani oleh Allah SWT.
Orang yang tawadhu’, merendahkan diri dan kasih sayang terhadap sesama, menunaikan hak kewajibannya, dia akan diangkat Allah kepada suatu tingkatan (kedudukan) yang tinggi yang tidak mungkin dicapai oleh orang lain, kecuali dengan amal yang sama.

Asal hukum tidak bertegur sapa adalah haram. Kecuali ada maslahah yang menuntut kepada perbuatan tidak bertegur sapa. Contoh maslahah seperti dengan sebab tidak bertegur sapa maka mereka akan meninggalkan maksiat. Imam al-Nawawi dalam riyad al-salihin membuat satu bab khusus berkenaan hal ini :

“Bab pengharaman tidak bertegur sapa antara orang Islam lebih daripada tiga hari kecuali kerana sebab bid’ah yang ada pada orang yang tidak ditegur tersebut atau sebab menzahirkan fasiq olehnya atau sebagainya”.

Islam melarang pergaduhan dan pertelingkahan antara sesama Islam. Maka tidak bertegur sapa kerana sebab pergaduhan adalah haram. Apabila disebut pergaduhan biasanya ia adalah berpunca daripada perkara dunia. Seseorang itu haram tidak bertegur sapa rakannya yang seislam lebih daripada tiga hari.

Maksudnya ; “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).

“Barangsiapa yang tidak menegur sapa saudaranya selama setahun, maka ia seumpama menumpahkan darahnya”. Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih. (Riyad al-Salihin 2/216)

Ini menunjukkan perbuatan tidak bertegur sapa adalah dosa

( siapakah di antara kita ................Allah knows BEST)

'Tidak boleh iri hati melainkan kepada dua orang iaitu, orang yang dianugerahkan ilmu pengetahuan tentang al Quran oleh Allah lalu mengamalkan sepanjang siang dan malam dan orang yang diberikan harta oleh Allah lalu menafkahkannya sepanjang siang dan malam'
[Riwayat Bukhari & Muslim]

No comments:

Post a Comment