Wahai Bani Israil!
Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu,
dan sempurnakanlah perjanjian denganKu,
supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu;
dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut.
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan
yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu,
dan janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula kafir akan dia;
dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu
membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya;
dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah,
dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat,
dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan
sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri;
padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk;
orang yang khusyuk ialah mereka yang percaya dengan yakin
bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka,
dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Wahai Bani Israil!
Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu,
Dan bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas orang.
Dan peliharalah diri kamu dari hari , yang padanya
seseorang tidak dapat melepaskan orang lain sedikitpun,
dan tidak diterima syafaat daripadanya,
dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan;
dan mereka tidak akan diberi sebarang pertolongan.
Dan ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya,
yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya;
mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup
anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu
mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
Dan ketika kami belahkan laut untuk kamu lalui ,
maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun
bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
Dan ketika kami berjanji kepada Nabi Musa empat puluh malam.
Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu,
dan kamu sebenarnya orang yang zalim.
Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
Dan ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab dan keterangan-keterangan , yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, supaya kamu mendapat petunjuk.
nota: Allah berpesan kepada Bani Israil
kita kena Ingat, diri kita yang membaca al Quran
juga di pesankan oleh Allah
semuga mahulah kita mengambil pelajaran, agar kita di Redhai NYA
No comments:
Post a Comment