Sesungguhnya
orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran
ketika sampainya kepada mereka,
sedang Al-Quran itu,
demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,
Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan
dari mana-mana arah dan seginya;
ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
Apa yang dikatakan kepadamu,
dari celaan-celaan golongan yang ingkar,
hanyalah seperti yang pernah dikatakan kepada Rasul-rasul
yang terdahuhu daripadamu.
sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunanNya
dan berkuasa penuh menimpakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
Al Quran daripada Allaah membawa berita yang mengembirakan
dan membawa amaran;
dalam pada itu kebanyakan mereka (manusia dan jin) berpaling ingkar
(tidak mahu mengetahui dan memahaminya),
maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.
Wahai sekalian manusia!
Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
dari diri yang satu (Adam),
dan yang menjadikan daripada itu pasangannya (isterinya - Hawa),
dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan -
lelaki dan perempuan yang ramai.
Dan bertaqwalah kepada Allah
yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya,
serta peliharalah hubungan kaum kerabat;
kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Allaahu Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Akhirat).
Ingat naa, Janganlah kamu menyembah melainkan Allah
No comments:
Post a Comment