a. IKHLAS : Imam Muslim telah meriwayatkan satu 
hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang
 lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.
Malaikat itu bertanya, "Ke mana kamu hendak pergi?"
Jawab lelaki itu, "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini".
Malaikat itu bertanya lagi, "Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?"
Lelaki itu menjawab, "Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah."
Kemudian
 malaikat itupun berkata, "Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang 
diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu 
sebagaimana sahabatmu keranaNya".
b. IMAN : Ukhwah
 dibina atas dasar iman dan taqwa lantas mendorong berlaku selektif 
dalam bersahabat. Sahabat yang menjadi dambaan ialah yang mampu 
membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya ke jalan iman. 
Sabdakan Rasulullah SAW :
"Perumpamaan orang yang berkawan
 antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang
 yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. 
Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu 
atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat 
bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang 
besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan 
mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut)."  (Muntafaq 
'Alaih)
Namun, walau berlaku selektif dalam bersahabat, 
ianya tidak menafikan mewujudkan hubungan dengan  dengan insan-insan 
yang kurang soleh mahu pun golongan kuffar. Dalam konteks ini kita 
mestilah istiqomah agar tidak terjebak atau terpengaruh dengan sebarang 
keburukan. Sebaliknya kita yang menguasai situasi sebagai pendakwah. 
Contohilah ikan yang tidak masin isinya walaupun hidup di dasar lautan.
3. Mentaati dan melaksanakan syariat Islam.
 Ukhwah tidak akan terbina dengan perlanggaran syariat. Contohnya; 
berdating dengan yang bukan muhram atas dasar ingin berukhwah. Syarat 
dalam apa jua urusan di dunia ialah melaksanakan syariat kerana itulah 
objektif berukhwah. Sabda Rasulullah SAW : 
"Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya".
Jika
 disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu 
mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca 
Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara 
contoh yang menunjukkan bahawa mereka nerkasih sayang berteraskan manhaj
 Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh. Setiap muslim mesti 
menunaikan tanggung jawab sebagai seorang muslim dengan melaksanakan 
segala titah perintah Allah dan meninggalkan larangan NYA. Dengan 
melaksanakan syariat Islam, akan melahirkan rasa persamaan dan kesatuan 
serta perpaduan. Jika gagal melaksanakan tuntutan syariat, hilanglah 
persamaan, hilanglah kesatuan dan hilanglah perpaduan umat Islam. 
Perlaksanaan syariat merupakan sebab tercetusnya rasa persamaan dan 
kesatuan. Sekiranya ada anggota masyarakat yang lalai melaksanakan 
syariat dengan sendirinya hilang persamaan dan rasa kasih sayang 
terkorban, lenyaplah perpaduan.
4. Menzahirkan syiar Islam.
 Perlaksanaan syariat akan menzahirkan syiar Islam. Salah satu cara 
terbaik menzahirkan syiar ialah dengan menganjurkan program-program 
berunsur Islam dan meraikan hari-hari kebesaran Islam. Itu juga 
merupakan tugas anggota masyarakat. Sekiranya ada di antara anggota 
masyarakat yang lalai atau selalu tidak hadir di majlis-majlis rasmi 
masyarakat setempat yang telah ditetapkan, hati anggota masyarakat lain 
akan menjadi tawar dan dapat menimbulkan sangka buruk kepada anggota 
masyarakat yang lain serta akan merenggangkan persaudaraan. Oleh kerana 
itu anggota masyarakat yang mempunyai halangan atau uzur, hendaklah 
memaklumkan segera kepada pemimpin atau kepada anggota masyarakat yang 
lain supaya berita perkembangan peribadinya dapat diumumkan kepada 
anggota masyarakat lain yang hadir di majlis-majlis berkenaan bagi 
mengelakkan timbulnya salah sangka yang negatif.
5. Merapatkan jurang perbezaan hidup.
 Kedudukan anggota masyarakat hendaklah ada keseimbangan. Jangan ada 
diantaranya yang terlalu miskin atau sebaliknya. Keadaan anggota 
masyarakat hendaklah sentiasa diberi perhatian jangan sampai keperluan 
hidup keluarga yang tidak mencukupi. Kerana itu akan merosakkan hubungan
 hati serta member ruang kepada bisikan syaitan dan godaan nafsu. 
Demikian juga dengan anggota masyarakat yang hidupnya lumayan, mereka 
hendaklah tidak menampakkan kesenangan diri dan menyelesaikan sendiri 
keperluan keluarga hingga mengabaikan masalah sesama sahabat dalam satu 
masyarakat setempat. Itu akan menyentuh perasaan anggota masyarakat yang
 berada dalam kesempitan hidup. Bila jurang hidup berlaku, itu akan 
membawa keretakan hati dan tersinggung perasaan. Hendaklah wujudkan 
keadaan dan suasana perimbangan dalam hidup di antara setiap anggota 
masyarakat.
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: "Sampaikanlah
 hajat orang yang tidak berdaya memenuhi hajatnya sendiri. Maka 
sesungguhnya orang yang menyampaikan hajat seseorang yang tidak mampu 
menyampaikan hajatnya kepada pemenntah, ALLAH akan menetapkan dua 
kakinya di atas sirat (di akhirat) pada waktu manusia tergelincir." 
(Hadis riwayat oleh Hindun bin Abi Halah yang diterima dari Nabi SAW).
Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Abu Nu'aim bahwa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka ia bukanlah dari golongan mereka."
Ibnu Umar RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda
"....Siapa
 yang menyampaikan hajat saudaranya, niscaya ALLAH akan menyampaikan 
hajat saudaranya, niscaya ALLAH akan menyampaikan hajatnya dan siapa 
yang melepaskan kesukaran (kesusahan) seorang muslim di dunia, niscaya 
ALLAH akan melepaskan kesukarannya di akhirat........." Sabda Nabi SAW:
Maksudnya
 : "Seorang yang berjalan kerana menolong saudaranya lebih baik daripada
 beriktikaf selama sebulan di mesjidku (mesjid Nabawi)."
Bila jurang perbezaan dapat dirapatkan, maka anggota masyarakat akan hidup susah dan senang bersama :
 "Perumpamaan
 orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling 
cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu 
anggota masyarakat tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota 
masyarakat tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya"  (Muntafaq 
'Alaih)
6. Membudayakan meminta dan memberi maaf.
 Sebagai manusia biasa kita tidak dapat mengelakkan diri dari melakukan 
kesalahan. Mustahil di antara kita tidak berlaku kesalahan. Nabi SAW 
sendiri bersabda :
Maksudnya : "Tidak ada anak Adam, melainkan mempunyai dosa."
(Riwayat Tarmizi dari Anas)
Oleh
 kerana itu hendaklah jangan ada di antara kita yang berani dan sanggup 
mengaku tidak pernah bersalah. Hendaklah di kalangan kita semuanya 
senantiasa menyedari bahwa kita sentiasa tidak dapat mengelak dari 
bersalah. Sebab itu hendaklah bersedia mengaku salah dan meminta maaf. 
Bagi yang tidak bersalah pula hendaklah bersedia untuk memaafkan 
kesalahan orang yang memohon maaf kepadanya. Hanya dengan cara yang 
demikian kasih sayang akan dapat terjalin dengan erat di samping dapat 
mengelakkan perpecahan baik yang disebabkan oleh sesama kita atau 
melalui orang tengah yang mencoba hendak mengadu domba kita.
7. Saling menasihati dan tegur-menegur. Firman Allah swt di dalam Surah al-Asr:
"Demi
 masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka 
yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada 
kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan 
kebenaran)"
Apabila salah seorang anggota masyarakat melakukan 
kesalahan, maka ia perlu ditegur dan dinasihati. Dalam kita menegur dan 
menasihati mesti melalui beberapa peraturan dan adab-adabnya.
(i)
 Memahami kedudukan kesalahan itu; kecil atau besar, sengaja atau tidak 
sengaja, dengan manusia atau dengan ALLAH, dalam masyarakat atau di luar
 masyarakat, dan lain-lain.
(ii) Jangan segera menegur. 
Tunda untuk beberapa waktu. Dalam masa itu hendaklah kita mendoakan 
orang yang melakukan kesalahan agar ia insaf dan berusaha melakukan 
perubahan dengan sendirinya, sebab orang sadar dan melakukan perubahan 
sendiri lebih baik daripada ditegur dan dinasehati oleh orang lain 
secara langsung.
(iii) Kalau setelah diberi tempoh, namun 
tidak juga berubah, maka barulah ia dipanggil berhadapan secara empat 
mata (tanpa ada orang lain), menasihatinya dengan penuh kasih sayang. 
Akan tetapi kalau difikirkan kita tidak mampu menasihatinya atau kita 
bimbang nasihat kita tidak berkesan, lebih baik diserahkan kepada orang 
lain yang dianggap mampu dan dapat memberi kesan. Ketika itu barulah 
membawa kesnya kepada pemimpin masyarakat setempat. Perlu diingatkan 
bahwa menegur orang secara membabi buta, tanpa disiplin dan hikmah, 
bukan saja akan merosak hati orang yang melakukan kesalahan, bahkan akan
 memecahkan perpaduan dan mencacatkan kasih sayang (ukhuwah Islamiah).
8. Berhibur dan berekreasi.
 Itu boleh dilakukan asal mengikut peraturan syariat Islam yang 
membenarkan hal tersebut kerana fitrah manusia suka pada hiburan. Jiwa 
yang sunyi dari hiburan akan merasa jemu dan malas beribadah. Kerana itu
 supaya jiwa segar dan subur lebih baik jika sekali-sekali dibawa 
berekreasi, melihat alam Tuhan yang indah dan tenang, sambil bergaul, 
makan dan solat bersama.
9. Memperbanyak perjumpaan dan ziarah.
 Untuk mendekatkan hati, hendaklah selalu berjumpa dan berziarah. Tapi 
perlu diingat, bahwa ALLAH yang dapat menyatukan hati manusia. Oleh itu 
yakinlah bahwa kejayaan kita hanya di tangan ALLAH.
Itulah
 9 perkara yang dianggap dapat membina ukhuwah. Ikutilah langkah-langkah
 itu dengan teliti dan hati-hati, insya ALLAH akan terbuka pintu ukhuwah
 untuk kita memasukinya dan mendapatkan intipatinya. Yaitu rasa 
persaudaraan yang membuat seseorang dapat merasakan kesusahan orang lain
 sebagai kesusahannya sendiri. Juga dapat merasakan kesenangan orang 
lain sebagai kesenangannya pula. Dengan merasakan itu sekaligus akan 
terhapuslah mazmumah, penyakit dan perosak jiwa manusia yang sangat 
berbahaya yaitu hasad dengki dan dendam kesumat. Dengan terhapusnya 
mazmumah itu berarti bersemailah benih perpaduan, keamanan dan 
keharmonian di kalangan pejuang.
Terimakasih kepada tuan Mat Taiko yang menulis penyampaian ini