Adalah diri yang mengalami, Keterkejutan akibat sesuatu, yang tidak dapat bersabar, dan berkelakuan melebihi perangai Berok berok Liar
Apabila diri itu tidak Berserah Allah, tidak pula mengingat akan Izin Allah, keatas apa yang berlaku dan menimpa dirinya itu, akan menjadilah dirinya, berkelakuan sumbang, menghamburkan berbagai kata kata Keji, hina diri sendiri tanpa sedar
Pada Masa Kini, Syaitan syaitan manusia, memainkan peranan dengan persolan persoalan kununnya kritikal, untuk mencungkil kebenaran, tetapi tanpa sedar adalah amalan Bidaah dan amalan munafik dan ada yang Kafir
Maka Tidak hairanlah, Ramai yang hilang Maruah diri kerana tanpa Fikir dan Tanpa hidayah Allah, keluarlah perkatan perkataan yang meruntuhkan, oleh mereka yang kehilangan nikmat dulunya, terbitlah kelakuan yang bersifat nafsu ammarah
Nafsu ammarah adalah tingkatan Nafsu yang akan menjahanamkan diri sendiri, Menimbulkan keaiban diri sendiri, Sementara, Dunia Internet dan Demokrasi, yang tanpa sempadan itu, merosakkan diri kerana terlekanya diri dan lalai mengingat Halal Haram, serta Baik buruk sesuatu itu
Sepertinya, Tidak Memiliki Ilmu Fardhu Ain
Itulah menepati Takdir yang Rasulullah SAW telah sebutkan, ibarat BUIH
Kelakuan terkejut berok itu, kerap berulang ulang, kerana terkesan dengan sebab dan akibat
Dan diri pula tidak suka menghisab diri
Dan diri tidak juga mahu berdiam diri, itu yang suka bersangka sangka,
Demikianlah Kelakuan orang yang hanya tahu menyebut ayat ayat Allah, ayat ayat AlQuran, tetapi gagal mengambil Pelajarannya, maka menjadilah syaitan syaitan itu kawan karib mereka
(sila Telitikan, Surah ke 43, az zukhruf, ayat 36,37 dan 38)
Berserah Allah itu adalah Kelakuan diri yang Tanpa Komplen, Tanpa Prejudis,
Jika kamu bersyukur, Allah akan Tambah nikmatNya kepada mu
Jika kamu Kufur, Siksa Allah itu tersangat Pedih dan ngilu
Insaflah wahai diri, semuga di hidayahkan Allah, sekiranya mu Ikhlas, menauhidkan Allah
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment