image

image

Wednesday, July 29, 2015

Nikmat Yang Hilang

Sekiranya kamu berserah diri kepada Allah, Ingatlah akan Ujiannya, Dan sebagai orang yang Percaya, akan menjadi Ikhlas, Menerima dengan Ikhlas demi Kesucian Allah

Demikianlah di katakan, Mukmin itu mendapat Nikmat ia Bersyukur
Dan apabila mendapat mehnah, di hilangkan Nikmat tertentu, Janganlah kecewa dan bersangka buruk kepada Allah, Sesungguhnya kamu tidak mengetahui, Apa Kehendak Allah

Demi menjaga Kesucian Islam Sabar  Bersyukur itu lebih baik
Kerana inilah di larang daripada bersikap Prejudis, bersangka sangka yang mana jauh dari berserah dirimu kepada Allah

Do You Take For Granted, For What you'd been having?

Allah Maha Kuasa Atas Setiap sesuatu, dan segala galanya
HasbunAllah wanikmal Wakil, wanikman Nasir

Apabila Allah menarik balik Nikmat yang kamu telah hadapi, sebagai contoh, Nikmat Penglihatan, Nikmat Pendengaran, Nikmat berkata kata, Nikmat Menulis dan sebagainya
Sebagai makhluk, pastilah kita tak Punyai sesuatu, Namun PERASAAN kita itu, apabila memikirkan dengan Nafsu, Inginlah Mendominasi, Semuga dapatlah Kita mengingat Allah sentiasa

Buktikanlah kamu seorang yang, Menjaga Amanah, Berlaku Adillah, kerana itulah sahaja Jalan Yang Lurus, mengikuti Tauladan Muhammad SAW,

Kita baru sahaja Menyambut Aid' al Fitri, Semuga dapat Bertaqwa, kerana apabila berpakaian Taqwa, Ingatlah ya - Dunia hanyalah Permainan dan senda gurau, kecuali jika kamu beriman dan beramal soleh

Bagi maksud menjaga Hati dan Perasaan akan Nikmat Yang Hilang, yang Allah sudah tarik balik,  Kembalilah kepada Allah dan Ucapkanlah, Innalillahi wainnailaihi Rojiun

Hidup kita didunia yang Fana, yang Sementara ini, adalah Medan Ujian, Siapakah yang Paling banyak menolong orang lain, Dan siapakah yang Lebih Taqwanya

InsyaAllah
Janganlah Mengeluh dan Berputus asa dari Rahmat Allah
Jauhi Dendam, irihati, dan ammarah

Ingatlah
Allahu Maha Kuasa Atas Segala galanya, dan Setiap sesuatu
kerana hanya Allah yang Berkuasa Menciptakan Kebenaran, Lalu Memelihara Kebenaran tersebut
Maka Lebih baiklah, memohon Hidayah Allah, memahami dan Mengertilah Diri
Dunia yang sebagai Bangkai Kambing ini, Apalah yang kita Rebut rebutkan

Ingatlah, jika kamu bertaqwa
Kamu tidak boleh Mati, Kecuali ketika kamu berserah dirimu kepada Allah

Sepatutnya kamu hayati Khatib yang selalu menyeru
Ittaqulloh ................... dengan sebenar benar Taqwa, Wala tamuutunnailla waantum muslimoon

insyaAllah ya

1 comment:

  1. Antara Nikmat yang Hilang adalah, Jawatan yang di pegang, itu sudah Takdir Allah, namun ramai yang suka menyalahkan Orang di atasnya, atau Majikan mereka

    Akibat atau sebab tidak beramanah, menyangka buruk kepada Majikan sendiri

    Perangai suka menyalahkan orang lain ini, adalah sikap bukan ASWAJA kerna menyangka buruk kepada lain orang dan suka menuduh lain orang
    ASWAJA adalah golongan yang lebih suka menghisab diri, dan tidaklah suka menyalahkan lain orang, kerana Allah berfirman, bencana menimpa diri adalah akibat dari tangan sendiri

    Sedarlah hendaknya, Amanah Allah, Anugerah Allah, yang jika di katakan Ihsan itu, Sentiasalah Allah melihat akan dikau, jika dikau tidak dapat melihat Allah ya

    Banyakkan bersabar dan Beristigfar apabila di lucutkan jawatan
    Semuga benarlah Pengakuan kamu berserah kepada Allah

    InsyaAllah

    ReplyDelete