image

image

Wednesday, July 8, 2015

Mengapa Masalah Wujud

Berbagai masalah dihadapi oleh umat akhir zaman, Mengapakah ianya berlaku?

Sedangkan, Allah melihat Orang Mukmin itu, bila mendapat Nikmat ia bersyukur, dan bila medapat 'masalah' ia bersabar. Dan Wali Wali Allah itu tiada kegusaran

maksudnya, masalah itu, menghapus dosa? meningkatkan diri ke arah lebih Percaya kepada Allah?
Menuju kearah Mukmin? Kedudukan diri yang mengeluh, berputus asa, dan kecewa itu menandakan diri, berada dalam golongan munafik, berada dalam golongan Muslim yang seperti BUIH

Bagaimanakah untuk meningkatkan diri? untuk berada didalam golongan Yang Beriman?
Aduhai kasih aduhai

Ingat idak? Pesanan Tauladan
Amalkan dulu Islam kamu, semuga Iman masuk kehatimu, Tak usahlah kamu mengaku sudah beriman.

Jadi untuk mendapatkan Iman, semestilah beramal, beribadah, mengabdikan diri kepada Allah
Sebelum beramal demikian, semestilah sudah mengenal Allah, kerana Awal Agama itu Mengenal Allah, Intipati ajaran Islam, terpelihara, didalam Kitab Yang Tanpa Keraguan.

Kerana Rukun Islam yang Pertama adalah, Syahadatain. Mengenal Allah agar dapat menyaksikan Allah dan Tauladan yang Baik, agar dapat membina hidup, Mengabdikan diri kepada Allah
Sesungguhnya tiadalah Muhammad SAW di utus, melainkan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia, Dan Allah telah Redha lah, muhammad SAW itu menjadi Ikutan yang Baik bagi manusia

Apabila dapat melihat
Dapat pula Merasa kebesarannya
Dapatlah Beramal, Beribadah dengan Ikhlas
maka amalan Ibadah kita itu menjadi bukti, penyaksian kita
secara perlahan juga laju, menambah iman keprcayaan didalam hati masing masing

Fahamilah ya, Setiap yang kita tempuhi itu, menjadi Ujian bagi kita
Maka siapakah yang lebih baik amalannya?

Bersyukurlah kepada Allah, Dan Allah akan menambah nikmatnya kepada kita
Bersabarlah menghadapi Ujiannya, tentulah Allah akan memberikan kita, Jalan Keluar dari 'masalah' itu, tanpa kita terfikirkan

Semuga demikian, akan menambahkan keimanan, kepercayaan dan tidaklah kecewa, bersedih, berputus asa, kerana wujudlah dirimu yang SEDAR, semuanya itu adalah Ujian daripada Allah

InshaAllah ya
Ilmu tanpa Amal itu sia sia
Amal tanpa Ilmu juga sia sia

Ikhlas lah menauhidkan Allah
Bersyukurlah atas Kurniaan nikmat Hidayah, kepada kita
sedarlah

Jika kamu nak menghitung lah akan nikmat Allah kepadamu, tak kan termampu

Subhan Allah
Ar Rahman, Nikmat AKU yang manakah nak kamu dustakan?

Fikir lah
Ubahlah Haluan
Ikhlas lah beramal
Mohon kan lah bantuan Allah

insyaAllah

1 comment:

  1. Mengapa Wujud Masalah?

    Kerana dirimu di Uji oleh Allah dan dirimu pula tidak meningkatkan Ilmu, jadi tiadalah Pengetahuan kamu, untuk mendatangi masalah itu, dengan bijaksana

    Jika kamu menyatakan kamu dekatlah dengan Allahmu
    Kenapa tidak kamu memohon, Allahmu memberikan kemudahan dan keselamatan?

    Ingat idak kata kata nabi Ayub a.s sewaktu dia di uji melebihi segala ujian terhadap diri kita, Allah menyatakan, Syaitan mengadu denganNya, dengan kata syaitan, ayub, bukanlah orang yang bersyukur, dan Allah menguji, hendak melihat, apakah benar kenyataan syaitan itu

    begitu jugalah kita di Uji

    kerana Iblis telah menyatakan di hadapan Allah, bahawa mereka akan menipudaya anak cucu Adam a.s semuanya

    kerana itulah Allah menyatakan, tak usahlah kamu mengaku beriman, Amalkanlah dulu Islam kamu itu, Iman belum masuk ke hati kamu
    Dan Allah menjamin, hamba hamba Kami yang Ikhlas, syaitan tidk dapat menguasai

    Amalan Ibadah Islam itu untuk menjernihkan hati kita manusia, agar dapat Ikhlas, jujur, suci, menyembah Allah dengan suci murni, menauhidkan Allah ya

    sebab itu wujud " awwaludin Makrifatulloh" satu Istilah, untuk kita menambah yakin kepada Allah

    Hakikatnya Allah itu menguji, untuk menambah Iman dan Percaya kepadanya
    لا إله إلا الله

    Silakan ya
    Semuga dengan masalah yang kita terima itu, meningkatkan Ilmu ketuhanan kita, agar dapt berserah Allah sebulat bulatnya, dan orang lain itu selamat daripada Gangguan lidah dan Tangan mu, itulah maksud sabar menghadapi Segala UjianNya

    InsyaAllah

    ReplyDelete