Topik ini adalah tertera dalam web Halaqah.net
Sesungguhnya, Allah itu Maha Segala Galanya, tak dapatlah makhluk hendak menipunya, kerana setiap sesuatu itu adalah ciptaanNya
Dan sesungguhnya, makhluk hanyalah menipu diri sendiri
Apa sahaja amalan kamu lakukan adalah untuk dirimu, What you give, you'll get it back to you
Hanya sahaja, Puasa Ramadhan, dan lain lain puasa itulah bagi Allah menilai, kerana itulah Allah menyatakan, Ramai yang berpuasa yang mereka dapat hanyalah lapar dan dahaga
Orang munafik memang menyangka, bahawa Allah itu dapat mereka tipu, sebenarnya, mereka hanya menipu diri sendiri
Begitu juga, orang yang Kafir, yang menyangka Allah itu dapat di tipu, SubhanAllah
Dalam kaedah Islam, bertanyalah syeikh sufi kepada seorang bangsawan yang mahu menjadi pelajarnya. Dapatkah kamu mencari suatu tempat yang Allah tidak dapat melihat? Jika dapat itulah, kamu pindah ke sna, dan tak perlulah kamu mengabdi diri kepada Allah
Maka, pada perkiraan kitalah, di manakah tempat itu? Wujudkah ia?
Bahawa Allah itulah Menciptakan Setiap sesuatu, dan Segala galanya, Dialah yang Awal dan Yang Akhir, Dialah yang Zahir dan Yang Bathin. Allahu Maha Halus, Meliputi
Kerana Maha Halusnya itulah, ramai yang tidak dapat merasai KeWujudan Allah
Lalai merasai Kebesaran Allah
Bahawa jika di hidayahkan Allah, antara dunia manusia dengan dunia Jin itu pun dapat memperlihatkan Kuasa Allah. Kita tidak melanggar sesiapa kerana itulah Maha Bijaksana Allah, Mengatur. Samada secara Rela tau Terpaksa, makhluk semuanya akur kepada Ketentuan Allah
Apabila muslim beramal tanpa Ikhlas, begitulah berlaku, menyangka yang bukan bukan, sampai terpacul dalam pemikiran yang Allah itu dapat kita tipu
kerana lemahnya Tauhid, maka masuklah ke dalam golongan Munafik, kerap pula masuk kepada golongan Kafir
Mukmin itu Bersaudara
Sesiapa yang menolong Allah, Allah akan meneguhkan tapak pendiriannya
InsyaAllah
Akibat daripada Tidak memiliki ilmu Fardhu Ain, tidak pula mengingat akan Sunnah Muhammad SAW, apabila membaca di Internet, di suratkhabar akan mudah di seret pemikiran sendiri, itulah maksud diujudkn alat alat kununnya untuk kemudahan manusia, sehinggakan mudah tergelincir dari Iman juga tidak di sedari
ReplyDeleteKalian boleh lihat komentar tentang kelakuan manusia di facebook, di blog dan di Internet, kelakuan seperti bukan muslim, kerana tidak tahu menahu dan tidak dapat menuruti kemuliaan Muhammad saw
begitulah di sesatkan oleh Nafsu Syaitan
Bertaubat dan beristighfarlah semuga di pelihara oleh Allah
InsyaAllah