Abu Zarr Al-Ghifari, berkata Nabi SAW pernah suatu hari berpesan
kepadanya: “Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan
melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut
supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sangat beruntunglah orang
yang memeluk Islam, diberikan rezeki yang cukup, dan Allah menjadikannya
berasa puas terhadap apa yang Dia berikan kepadanya.” (Hadis riwayat
Muslim, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Ingat pesanan Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati
terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak
daripada sebahagian yang lain. Kerana bagi orang lelaki ada bahagian
daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bahagian
daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah An-Nisa’, ayat 32)
Tazkirah tentang ini, sangat sangat banyak, dan selalunya tidak menyentuh, terhadap kelebihan ILMU
Berdengki dengan kelebihn Ilmu orang lain ini, Pertamanya berlaku, kepada Iblis, Yang tidak mahu sujud kepada Adam, di katakan, SOMBONG , yang amat, itulah IBLIS
Sedangkan, Allah menyampaikan kepada sekalian Malaikat, AKU mengetahui, apa yang kamu tidak mengetahui, dan Allah telah memberikan Adam, Ilmu Pengetahuan sehingga menjadikan Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik
Namun dalam surah at tiin, Allah menyifatkan, Sungguhpun manusia boleh menjadi Insan Kamil, boleh pula jatuh menjadi, lebih hina dari haiwan yang tidak berakal - Akal tidak di gunakan menilai kebenaran Allah, lalu bertindak menurut Nafsu Syaitan - seperti maksud ayat 112 surah al An'am
Membenarkan Kenyataan Allah, dalam ayat 36 dan 37, surah az Zukhruf. Syaitan menjadi kawan karib mereka
Sebab inilah di pesan selalu, agar, menghisab diri
agar beristighfar ( Rasulullah beristigfar lebih dari 70kali sehari - Subhanallah)
Eksyen, tak nak minta ampun, itu juga kategori SOMBONG
MERASA lebih alim dari lain orang, itu UJUB dan RIAk
Sebenarnya kita boleh ada IRIHATI melihat kelebihan orang berilmu, lalu kita menambahkan usaha ikhtiar kita untuk menjadi Lebih Baik, masuk ke dalam golongan Beriman dan Beramal Soleh
Begitu juga boleh IRIHATI melihat Hartawan yang soleh, lalu kita menambahkan usaha ikhtiar kita untuk masuk ke dalam golongan Beriman dan beramal soleh
Semoga kita sentiasa berserah Allah
Dan bermohon agar di peliharaNYA kita daripada melakukan amalan Keji
Semoga usaha ikhtiar kita, termasuk ke dalam Golongan beriman dan beramal soleh
InshaAllah
Subhanallah wahdahu laasyarikalah
“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara”. (Riwayat Bukhori dan Muslim)
ReplyDelete“Beruntunglah orang yang sentiasa menyelidiki dan melihat keaiban sendiri.” (Riwayat Muslim)
“Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim)
“Wahai mereka yang beriman, jauhkanlah diri kamu daripada berburuk sangka kerana sesetengahnya boleh menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia orang lain serta memaki hamun kepada orang lain.”
eloklah kita beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah sebagaimana yang disarankan Imam al-Ghazali iaitu:
l. al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan)
2. al-zuhd (tidak mementingkan duniawi)
3. kitmanus-sir (merahsiakan rahsia)
4. al-hilm (lambat marah)
5. as-syajaah (berani)
6. al-iffah (pemaaf)
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu marah, janganlah kamu berhasad dengki dan janganlah kamu bermasam muka, sebaliknya jadikanlah kamu hamba Allah yang bersaudara.” (riwayat Bukhori dan Muslim)