Islam melarang umatnya dari tidak
bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan
perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan
kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga
masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan
lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.
Nabi SAW bersabda :
ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ
Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang
Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara
seIslamnya lebih dari 3 hari” ( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)
Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam
kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah
dalam sabdanya :-
سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ
Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW :
Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi :
Janganlah kamu marah ” ( Riwayat Ahmad, 2/175)
Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak
dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara
bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait
dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa
sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana
kes marah & gaduh tadi.
Imam An-Nawawi menyebutkan :-
تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب
Ertinya : “Diharamkan tidak bertegur sapa
di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari
3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami
harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya
dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat
marah” ( Syarah Sohih Muslim, 16/117)
Memang tidak mungkin untuk melenyapkan
pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam
menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.
Islam membenarkan tidak bertegur sapa
untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi
tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa
mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.
Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-
فتقدم المصلحة العامة على الخاصة
Ertinya : “Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi”
( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I’tisam , As-Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)
Justeru, melayani kemarahan dan keegoan
diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas
kepentingan umum.
Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah
masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini
akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan
dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.
Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur
sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak
dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan
Islam.
Memutuskan Silaturrahim
ReplyDeleteNabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )
Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)
Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )
Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ”
( al-Bukhari)
Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)
Ada juga hubungan renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.
DENGKI/IRI HATI YANG BAIK !
ReplyDeleteMaksud sabda Nabi s.a.w:
'Tidak boleh iri hati melainkan kepada dua orang iaitu, orang yang dianugerahkan ilmu pengetahuan tentang al Quran oleh Allah lalu mengamalkan sepanjang siang dan malam dan orang yang diberikan harta oleh Allah lalu menafkahkannya sepanjang siang dan malam'
[Riwayat Bukhari & Muslim]
Alhamdulillah, Allah Taala memberi kesempatan menghayati kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Hj Shamsuri.
Salah satu hadis yang beliau bacakan adalah hadis (maksudnya) yang tertulis di atas. Dari sudut definisinya, DENGKI ini membawa maksud satu perasaan manusia yang berasa tidak senang melihat sesuatu nikmat/kelebihan yang dikecapi/dimiliki oleh manusia yang lain.
Ini adalah realiti yang terjadi pada kehidupan masyarakat pada hari ini. Pelbagai aspek yang boleh menyebabkan manusia tergolong ke dalam golongan hasad dengki ini. Antaranya, harta kekayaan, pangkat, kedudukan, kemahiran yang dimiliki, kecantikan/ketampanan, dan banyak lagi perkara-perkara yang lazimnya bersifat duniawi.
Tanpa disedari, sifat ini amatlah tercela di sisi agama Islam. Bertitik tolak daripada perasaan dengki ini, maka akan timbullah pelbagai penyakit lain dalam masyarakat. Natijahnya, kita sesama kita boleh jadi bermasam muka, tidak bertegur sapa, saling benci membenci, akhirnya kita akan menjadi manusia yang rugi di dunia dan terlebih rugi di akhirat kelak.
Sebagaimana amaran Nabi s.a.w, jika kita berselisih dengan individu yang lain oleh kerana satu-satu perkara, dan kesan daripada perselisihan itu kita tidak bertegur sapa melebihi 3 hari, maka, kita tergolong daripada golongan yang tercela di akhirat kelak.
Amatlah rugi...
Sebaliknya, beruntunglah orang-orang yang memiliki sifat dengki yang diizinkan oleh Allah melalui sabda Nabi s.a.w di atas. Sifat dengki dalam konteks hadis di atas membawa maksud yang positif.
Dengan melihat lebihnya seseorang itu dari segi harta, secara automatiknya timbul rasa keinginan dalam diri kita untuk melakukan lebih banyak kebajikan dari apa yang dia lakukan sekiranya kita diberi keluasan rezeki oleh Allah sebagaimana dia.
Ini bermakna kita mempunyai sifat berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan. Sifat dengki ini diberi pahala oleh Allah sebagaimana pahala orang yang berharta dan menggunakan hartanya di jalan Allah.
Seterusnya, sama juga dengan manusia yang Allah kurniakan ilmu Al-Quran yang tak ternilai harganya. Dah lah berpengetahuan, orang tersebut juga menyampaikan ilmunya tersebut. Malah, tidak cukup dengan itu, dia amalkan pula isi kandungan yang terkandung dalam Al-Quran tersebut di dalam kehidupan sehariannya.
Masya-Allah... Nikmatnya manusia yang mendapat kurnia sebegini. Jika lahir sifat dengki kita dengan niat kita cuba untuk menimba ilmu agar berilmu sebagaimana dia, maka, secara tidak langsung akan lahirlah generasi yang berilmu dan seterusnya tertegaklah Al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupannya.
Ya Allah...jauhilah daku dari sifat dengki yang tercela oleh-Mu, sebaliknya kurniakanlah daku sifat yang diredhai oleh-Mu.