Oleh sebab itulah Baginda SAW mengajar umat-Nya berdoa iaitu memohon kepada Allah:
“Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada persengketaan, sifat munafik dan akhlak yang buruk.”
(Riwayat Abu Daud dan Nasai’)
Tiga asas sifat munafik
Sabda Baginda SAW:
“Pemilik tiga sifat ini adalah munafik walaupun dia melakukan solat dan berpuasa. Apabila bercakap dia berdusta, mengkhianati janji dan pecah amanah.” (Riwayat Muslim)
Baginda SAW menegaskan terdapat tiga asas munafik antaranya ialah menipu, khianat dan mungkir janji.
Ada riwayat lain menambah, pergaduhan melampau juga termasuk ciri munafik. Begitu juga perjanjian dalam bentuk tulisan, lisan, pengiktirafan dan pengakuan dikategorikan sebagai janji.
Hari ini kita melihat ramai yang pernah membuat pengakuan dan pengiktirafan tetapi malangnya apabila tiba masa diperlukan maka dia menafikan segala-galanya jika pengakuan tadi dilihat akan merugikan pihaknya.
contoh: di tulis di pintu utama - ISLAM UNTUK SEMUA
tetapi - yang datang di pilih pilih yang ikut Nafsu dia sahaja - sebab apa ikut Nafsu - bukankah selepas menyebut itu, patut di ikut aturan Allah?
demikianlah, munafik masih menebal, pilih bulu, pilih kasih
munafik tidak suka untuk menyampaikan kesucian Islam
suka berpura pura hendak menipu Allah, tetapi sebenarnya menzalimi diri sendiri
Dihitung di akhirat
Manusia akan dihitungkan semua kata-kata dan amalannya di akhirat kelak. Oleh itu, Islam menganjurkan penganutnya supaya berhati-hati terhadap sebarang bentuk perjanjian yang disebutkan tadi kerana menjadi tanggungjawab baginya untuk mengotakan segala janjinya.
Islam mengingatkan kita supaya mengotakan segala janji supaya terselamat daripada kemurkaan Allah SWT. Ianya untuk mengelak seperti mereka yang berkata tanpa melaksanakan apa yang diucapkan.
Firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan. Sangatlah dibenci oleh Allah SWT lantaran sikapmu itu.”
(Surah Saf, ayat 2-3)
Sahabat Baginda SAW amat berhati-hati dengan kata-kata yang diucapkan sehingga semua perkara diucapkan adalah dianggap janji perlu ditunaikan.
Ketika tiba ajal seorang sahabat bernama Abdullah Bin Umar, beliau berkata: “Tolong uruskan urusan seorang lelaki Quraisy itu. Sesungguhnya aku telah berkata sesuatu padanya seolah- olah aku berjanji dengannya dengan anak perempuanku. Maka hari ini, aku menjadi saksi terhadap perkahwinan mereka berdua
kerana aku tidak sanggup bertemu Allah SWT dengan membawa
sepertiga daripada sifat munafik.”
Janji palsu
Allah SWT juga menyifatkan pendusta umpama syaitan yang pernah menaburkan janji manis dan pelbagai kesenangan dunia dalam bisikkan mereka kepada umat manusia padahal semuanya palsu belaka.
Firman Allah SWT: “Apabila tiba waktunya, syaitan berkata: Sesungguhnya semua janji Allah adalah benar. Aku juga pernah berjanji padamu tetapi kamu telah tertipu sedangkan aku tiada kekuatan apa-apa yang boleh membantu kamu dan kamu juga tidak dapat membantu pada hari ini selepas semua amalan dihisab), tetapi kamu tetap mematuhi seruanku. Oleh itu janganlah aku dipersalahkan, bahkan salahkanlah dirimu sendiri.” (Surah Ibrahim, ayat 22)
Seterusnya, mendustakan Allah SWT dengan dakwaan halal dan haram atau mewajibkan sesuatu pada perkara yang belum ditentukan kesahihannya melalui al-Quran dan sunnah Baginda SAW.
Seharusnya dinyatakan perbezaan ulama pada sesuatu perkara hukum yang masih samar dan merumuskan pendapat terkuat dalam kalangan ulama. Inilah cara terbaik kerana pada hari kiamat, Allah SWT akan mempersoalkan, “dari mana kamu datangkan hukum ini?”
PARA MUNAFIK ADALAH PENGIKUT DAJJAL.
ReplyDeleteDari Abdullah bin Amru R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:
أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه خلة منهن كانت فيه خلة من نفاق حتى يدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا وعد أخلف وإذا خاصم فجر
"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas" - Hadis Sahih Riwayat Muslim
Dalam Hadis lain pula, Nabi S.A.W. bersabda;
آية المنافق ثلاث ، إذا حدث كذب ، وإذا وعد أخلف ، وإذا اؤتمن خان
"Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya" - Hadis Sahih Riwayat Muslim
Tanda-tanda munafik seperti yang disebutkan oleh Nabi junjungan kita S.A.W. ini, telah menjadi kebiasaan dan tabiat kebanyakan manusia ketika ini. Dalam sedar atau tidak, mereka-mereka yang mengaku sebagai pejuang kebenaran atau pendakwah telah pun memakai pakaian munafik ini.
Berikut adalah ciri-ciri atau sifat-sifat munafik yang disebut di dalam Hadis oleh Rasulullah S.A.W.:
1. Bercakap bohong
2. Tidak menepati janji
3. Bertengkar dan bertikaian melampaui batas
4. Khianat bila diberi amanah/tanggungjawab
Di akhir zaman, para munafik ini juga dikatakan sebagai pengikut dajjal atau dajjal-dajjal kecil. Biasa juga kita dengar kata orang dulu-dulu, bila ada orang buat jahat dilabel sebagai dajjal, ataupun bila ada yang nak buat khianat/jahat terus dikatakan, "Nak pedajal orang la tu!"
Kenapa munafik dikatakan pengikut dajjal? Mari kita lihat apa erti perkataan 'DAJJAL'. Dajjal adalah berasal dari perkataan bahasa arab yang bererti 'Pembohong/penipu'. (دجّل - يدجّل- دجّال) Dajjala-yudajjilu-dajjal, bagi yang belajar bahasa arab, tanda syaddah atau sabdu bermakna perbuatan itu berulang-ulang atau sentiasa; menunjukkan bahawa kuatnya atau beratnya erti kalimah yang dimasukkan syaddah atau sabdu itu. Jadi erti dajjal itu ialah sentiasa pembohong.
Ertinya, Dajjal itu sifat asasnya atau dia adalah pembohong atau penipu. Bohong atau tipu itu bukanlah sekadar pada percakapan tetapi pada perbuatannya juga adalah kebohongan. Kata lain buat lain, depan lain belakang lain; inilah ciri-ciri dajjal selain yang disebutkan dalam Hadis oleh Nabi S.A.W. mengenai munafik ini. Dalam hati lain tapi di mulut lain.
Nabi juga berkata pada sahabat, dajjal itu di kalangan ummat baginda S.A.W. Ini bererti dajjal akan lahir di akhir zaman atau di kalangan ummat baginda yang terkemudian. Dajjal itu diizinkan oleh Allah Taala untuk berlaku kerosakan di tangannya, begitu jugalah kepada pengikut-pengikutnya. Lebih-lebih kepada orang-orang kuat dajjal yang sedang dipersiapkan, mereka juga Tuhan izinkan berlaku kerosakan pada tangan-tangan mereka.
Sihir atau fitnah dajjal itu antara yang terbesar ialah menghitamkan yang putih dan memutihkan yang hitam, atau ertikata lain, kebenaran itu dikatakan batil dan kebatilan itu dikatakan kebaikan. Inilah yang banyak merosakkan kebanyakan fikiran ummat Islam bilamana tidak ada pegangan atau tidak kuat dengan prinsip maka mudahlah ditipu dan terkena fitnah dajjal ini.
Sikap-sikap munafik pengikut dajjal ini, sepertilah yang disabdakan Nabi S.A.W., bila berkata indah-indah belaka. Kata-kata ibarat syurga, namun dalam perlaksanaan semuanya dusta belaka! Mudah membohongi manusia, mudah tebar dan tabur janji merata tapi bila berbuat sebaliknya. Kata-kata yang digunakan hanya untuk mengikat dan mengambil hati manusia, hingga ada yang sanggup menjual nama Allah dan Rasul, sanggup menjual agama hanya untuk dirinya sahaja.
ReplyDeleteBila dah terlepas kata macam-macam, maka mudah untuk berbuat janji palsu. Mula-mula tipu sedikit, lama kelamaan dah seronok dengan tipu dan teruslah berbohong. Bila dah selalu berbohong maka mudah pula berjanji. Lebih seronok berjanji dan memungkiri bilamana ada yang sanggup pula ditipunya. Maka semakin gelaplah hatinya dan semakin dekatlah ke lembah jahannam!
Sikap munafik lagi bilamana diberi amanah atau tanggungjawab, mudah tidak menjaganya bahkan khianati pula. Biasa kita lihat orang yang berpolitik, tidak kiralah samada dalam kumpulan yang batil maupun yang perjuangkan Islam, ciri-ciri munafik ini seolah-olah syarat dan sebati dengannya. Dalam ertikata lain, kalau tidak berbohong dalam politik tak dianggap politik. Begitulah seterusnya. Sebelum pilihanraya, bermacam-macam kata-kata manis dan janji ditebarkan dan ditaburkan, tersebar semuanya di seluruh pelusuk dunia. Namun semuanya adalah dusta bila sudah tercapai hajatnya. Kata-katanya adalah bohong, janji-janjinya adalah palsu, dalam kerja yang diamanahkannya dia khianati.
Munafik pengikut dajjal ini, bila berlaku pertikaian disebabkan kefahaman yang berbeza, mudah dan sangat suka dengan perbalahan. Maka aib-aib lawannya dibuka dan disebarkan. Tidak cukup dengan itu, ditabur fitnah pula. Malah, sanggup berlaku zalim bila kuasa di tangannya, dan inilah yang berlaku kini dan dunia menyaksikannya! Penipuan, pembohongan, sikap tidak telus, perbalahan, pertikaian, penzaliman, fitnah melampau, pengkhianatan, dan lebih dahsyat lagi demi mengekalkan kuasa sanggup pula melakukan perkara yang melanggar batas syariat dan menyekutukan Allah Taala.
Sebagai contoh lagi, yang berlaku seperti ini; bila bertemu empat mata, katanya rahsia berdua. Tapi realiti ialah dah heboh satu dunia, bahkan depan cakap lain belakang cakap lain. Jumpa sebagai syarat untuk beritahu dunia bahawa sama-sama sepakat dalam bekerja, sedangkan dalam perbincangan cakap lain orang tak tahu, dalam perlaksanaan lain pula yang dibuat! Segala maklumat yang dikongsikan dengan munafik-munafik ini, diputarbelitkan dan dimanipulasikan demi kepentingan mereka.
Tipu atau bohong ini pula, bukan sekadar dalam perbuatan dan percakapan. Malah, jika kebenaran sudah diketahuinya namun deme kepentingan diri sanggup menipu atau membohongi diri pula. Ertinya, sanggup bersekongkol dengan kebatilan kerana terikat dengan kepentingan dirinya pula. Orang seperti ini juga sedar atau tidak bila dajjal yang sebenar tiba, imannya tidak selamat!
Oleh kerana itulah kata Abuya, jika nak ditakdirkan kedatangan pemimpin penyelamat itu panjang lagi masanya maka selamatkanlah dan peliharalah serta jaga iman diri dan keluarga. Apa yang sudah dibangunkan, kekalkan dan jagalah ia, kalau ada kemampuan dikembangkan. Kerana skop ummat Islam tanpa pemimpin penyelamat tidak cukup besar dan kuat, kerana Nabi sudah sebut, hanyalah sebagai thoifah yang menjaga bara api. Yang akan menyalakan dan membesarkannya adalah pemimpin yang dijanjikan sahaja.
Islam itu sudah pasti menang dan tidak akan kalah-kalah lagi! Namun siapakah orangnya itu semua masih dalam pemilihan dan tawaran, hanya pemimpinnya sahaja yang dijanjikan. Jika tidak memenuhi syarat, apatah lagi sikap-sikap munafik masih dikekalkan maka jauh lagilah nak berlakunya kebangkitan ini. Kalau nak berlaku juga, bukanlah orangnya jika masih dengan sikap dan perangai yang sama!
Shahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Tanda Orang Munafiq
ReplyDeleteTanda Orang Munafiq
٣٢ -حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ أَبُو الرَّبِيعِ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ مَالِكِ بْنِ أَبِي عَامِرٍ أَبُو سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ}
Dari Abi hurairah, Nabi bersabda: ada tiga tanda orang munafik. Apabila bercakap, dia berdusta. Apabila berjanji, dia mungkir. Apabila diamanahkan, dia berkhianat.
۳۳ -حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ بْنُ عُقْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ مُرَّةَ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرٍو {أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ } تَابَعَهُ شُعْبَةُ عَنِ الأَعْمَشِ
Dar abdullah bin Umar, Nabi bersabda: empat perkara sesiapa yang ada padanya keempat-empat perkara ini nescaya dia adalah munafik tulen dan sesiapa yang hanya ada satu daripada perkara-perkara itu, dia mempunyai sifat nifak padanya sehingga dia meninggalkannya. Pertama: apabila diberi amanah, dia khianat, kedua: apabila bercakap, dia dusta, ketiga: Apabila berjanji dia mungkir, keempat: apabila dia berkelahi dia melampaui had.
Sebelum ni Imam Bukhari cerita kufur ada banyak peringkat. Zalim pun banyak peringkat. Kali ni dia nak cerita perkara ketiga lawan kepada iman. Iaitu Nifak. Nifak ini peringkat tertinggi adalah tidak beriman. Ada banyak peringkat dibawahnya. Mungkin dia mempunyai sifat-sifat munafik, tapi dia tidaklah terkeluar lagi dari daerah Islam. Tandanya ialah walaupun sifat-sifat itu ada dengan sahabat Nabi, tapi Nabi tidaklah suruh mereka mengucap syahadah kembali.
Hadith ini seperti Hadith-hadith lain sebelum ini adalah untuk menghujahi puak Murjiah yang mengatakan perbuatan keji tidak menjejaskan iman. Kalau tidak jejas, kenapakah Nabi sampai menasihati sahabat supaya jangan melakukannya? Sifat-sifat itu tidak sesuai untuk orang Islam dan boleh menjejaskan keimanannya.
Nifak dari segi bahasa maknanya ‘yang diluar tak sama dengan dalam’. Dari segi syarak, zahir Islam, tapi sebenarnya kafir.
Nafak tu asal bahasanya adalah lubang. Binatang boleh keluar dari lubang lain. Lubang yang lagi satu tu tak jelas dan kita tak nampak. Kita dok tunggu lubang lain nak tangkap dia tapi dia lari ikut lubang lain. Macam orang Munafik tu, kita ingat dia dengan kita, tapi senyap-senyap dia pegi kepada kawan-kawannya yang munafik. Kita kena pandai-pandai tahu Samada dia munafik atau tidak.
Naafiqaat: lubang arnab. Ada dua lubang untuk keluar.
Sifat Munafik yang pertama adalah Apabila bercakap, dia berdusta.
ReplyDeleteBila janji dia mungkir. Kalau tak berniat nak mungkir tidak apa. Tapi kalau dari mula lagi dah nak mungkir, itu yang tidak boleh. Sebab ada disebutkan dalam sunan tirmidhi, tidak bersalah kalau tidak dapat menepati janjinya kerana tidak sengaja. Tapi tidak boleh dijadikan hujjah sebab lemah sebab ada perawi yang tidak diketahui.
Apabila diamanahkan, dia khianat.
Kenapa sebut tiga yang ini? Nabi akan cakap dalam perkataan yang ringkas tapi luas maknanya. Sebab ketiga-tiga sifat ini merangkumi niat dalam ucapan dan amalan. Merangkumi semua aktiviti manusia. Sebagai contohnya diberikan adalah tiga perkara ini. Tapi bukan tiga ini sahaja. Ucapan kalau rosak orang akan panggil kita pendusta. Kalau perbuatan tidak molek, orang akan kata kita khianat. Kalau niat rosak, kita akan dikatakan mungkir janji. Macam percakapan, seorang mukmin akan cakap yang molek sahaja. Janji itu mempunyai makna yang luas lagi. Macam janji dengan Allah perlu ditepati juga. Janji ikut Quran dan Sunnah. Khianat pula, banyak perkara yang Allah telah amanahkan, yang kita telah khianat. Seperti contohnya, khianat seorang pemimpin. Ataupun khianat seorang anak yang tidak menyempurnakan amanah ayahnya untuk belajar. Dan macam-macam lagi.
———
Mengenali perawi. Siapakah Kabisah? Orang tak pernah dia lihat senyum. Sentiasa dalam keadaan berfikir. Memang orang baik dan soleh. Orang besar pernah datang nak belajar tapi dia tak suka. Ada yang kritik dia. Sebab hadis yang diambil semasa dia muda. Yang dikatakan muda itu adalah semasa umur 16 tahun. Kira dah cukup umur dah tu. Banyak dia belajar. Ramai yang terima dia.
Sufyan ath thauri. Terkenal sangat. Dia ada feqah sendiri. Pernah diamalkan dahulu tapi tidak dah zaman sekarang. Banyak keserupaan dengan Mazhab Hanafi. Ulama sepakat kedudukannya yang baik dalam agama. Orang besar dalam bahagian Hadith. Kuat ingatannya. Cukup jaga supaya tidak rapat dengan pembesar. Sebab menjaga ilmu dia. Dia seorang yang berharta sebab dia kata kalau takde duit, raja akan layan kita macam sapu tangan. Pada dia, seorang ahli ilmu itu kena cukup segala keperluan hidup. Supaya dia selamat dari dipergunakan oleh orang lain.
Masruq. Dia tidak sempat jumpa Nabi tapi hidup sezaman dengan Nabi. Mak angkat dia adalah Aisyah. Isteri dia pun anak murid dia dan meriwayatkan dari dia. Dia adalah anak murid ibn Mas’ud yang terpilih. Malam dia jarang tidur. Sampai isteri dia kesian kat dia. Kalau dia buat haji, dia tidak rehat. Dia sayang Aisyah sampai dia namakan anak dia Aisyah. Dia kata biarlah susah sekarang untuk menghadapi yang tiada rehat. Dia cakap begitu bila anak dia suruh dia buka puasa. Banyak sekali yang iktiraf kedudukan dia sebagai ulama Hadith.
Hadith yang kedua pula ada empat perkara pula. Ada perkataan khalisan iaitu berkelahi. Ikut qurtubi, Nabi cakap pada satu masa tiga perkara sahaja sebab masa itu baginda diberikan pengetahuan berkenaan tiga perkara itu sahaja dan kemudian dia diberikan empat. Nabi tidak diberikan ilmu sekaligus. Ini menunjukkan lagi bahawa baginda tidak bercakap suka hati dia. Tapi tunggu wahyu dari Allah. Puak anti hadis kata wahyu itu Quran sahaja. Tapi apa semua yang dikatakan oleh Nabi itu adalah wahyu belaka.
ReplyDeleteHafiz ibn Hajar kata kalau ada empat itu akan menguatkan sifat nifak itu. Yang penting adalah jangan bagi diri kita ada sifat- sifat itu. Kalau dah ada empat dah pun dikatakan munafik tulen. Kalau lagi banyak lagi teruk. Ada banyak lagi sifat lain yang tidak disebut di sini. Jangan kita sangka yang tiga atau empat ini sahaja. Kalau yang ada tiga ni pun dah teruk dah. Masih Islam lagi, tapi dah tak boleh harap sebagai seorang Muslim. Maksudnya dia muslim yang tidak berapa bagus lah.
Ada masa sesuai kata tiga dan ada masa Allah cakap tiga. Tapi bukan setakat ini sahaja. Ada banyak lagi. Ini adalah diantara sifat-sifat munafik itu.
Apa maksud munafik tulen? Itu dah macam bukan Islam dah. Ada perbahasan dalam perkara itu. Kalau ada lagi banyak pun masih Islam lagi. Hati dia masih lagi terima. Jadi apa maksud tulen tu? Ini adalah kerana, tidak semestinya ada alamat itu bermaksud dia betul jadi seorang munafik. Contoh kalau panas itu adalah alamat seseorang itu demam. Tapi tidak semestinya.
Ibnu Taimiyah kata bila ada alamat tidak bermakna dia munafik yang telah kafir itu. Tidak boleh dikatakan dia munafik yang kafir itu.
Imam Nawawi kata mereka serupa atau semacam dengan orang munafik. Bukanlah munafik yang kafir. Bukan nifak haqiqi. Serupa dan kalau ada empat sifat, terlalu serupa.
Imam Tirmidhi kata makna perkataan nifak itu adalah nifak amali. Yang nifak sebenar adalah pada zaman Nabi iaitu mereka yang tidak menerima Nabi. Zaman sekarang hanya ada nifak amali. Itu adalah sifat tidak sesuai dengan orang Islam. Ini adalah penerangan paling baik.
Pendapat lain adalah untuk mengingatkan orang Islam supaya jangan ada sifat-sifat orang munafik ini. Untuk mengancam orang Islam supaya jangan jadi tabiat atau perangai orang Islam.
Ada juga mengatakan kalau sudah jadi tabiat darah daging, kalau begitu memang jadi munafik. Tapi tidaklah munafik tulen. Sebab gelaran munafik itu adalah berat untuk ahli Sunnah Wal jamaah. Ini kalau dah menjadi tabiat atau darah daging dia. Bukanlah kalau sekali sekala. Itulah dari perkataan ‘iza‘ di dalam Hadith itu. Maksudnya perbuatan itu berulang-ulang. Buat sekali pun dah tak elok dah.
Bercakap tentang apa? Tentang apa sahaja. Tentang semua perkara. Sebab perkataan itu telah diumumkan oleh Nabi.
Ada satu pendapat mengatakan, Nabi sebenarnya nak menceritakan tentang seseorang di zaman baginda. Dia tak sebut nama. Nak ingatkan kepada orang lain jangan jadi macam tu juga. Orang itu akan berasa sendiri.
Pendapat dari Ata’ bin Rabah: Maksud munafik bukan seorang, tapi golongan munafikin yang ada di zaman Nabi. Hasan Basri juga berpendapat begini. Kalau ada sifat begini pun boleh jadi munafik juga. Maka Hasan al Basri kata kalau ada orang yang mempunyai ketiga-tiga sifat ini, dia tidak keberatan memanggil mereka munafik. Beliau kata itu kerana berdasarkan hadith ini. Bila Ata’ bin rabah dengar pendapat Hasan al Basri itu, dia telah tulis surat hanya kepada Hasan al Basri. Dia kata: “Apa pendapat kamu tentang anak-anak Yaakub? Mereka menipu, tidak amanah dan tidak menepati janji. Ada tiga-tiga sifat itu. Apakah mereka munafik?” Maka Hasan tarik balik pendapat dia. Dia suka ada teguran sebegitu. Dia setuju yang ada orang cerita pendapat dia dan tanya kepada ulama lain juga dan berbincang mana pendapat yang lebih baik.
Ada yang cerita siapa yang Nabi maksudkan adalah Tsa’labah tapi ini adalah cerita palsu.
ReplyDeleteDia pernah minta Nabi doakan dia supaya dia jadi kaya. Lepas tu Nabi hantar orang untuk tuntut zakat dari dia. Tsa’labah kata ini dah macam Jizyah dah. Turun ayat sebab perbuatan itu. Sampai keluargnya marahkan dia kerana cerita dia sudah masuk Quran dah. Dia tak sedap hati dia jumpa Nabi nak beri zakat. Allah dah larang terima zakat dari dia. Dia meraung kesedihan. Dan zaman Umar pun taknak terima zakat dia. Tapi itu semua adalah hadis palsu sahaja. Mereka nak memburukkan seorang ahli Badar. Satu perkara berat untuk mengatakan seorang sahabat berperangai buruk. Malang sekali, cerita ini berleluasa dalam masyarakat kita. Kerana ada diceritakan dalam kitab tafsir yang tidak muktabar.