لا تنظروا إلى من قال
انظروا إلى ما قال
Maksudnya: “Janganlah kamu lihat kepada siapa yang berkata,
lihatlah kamu kepada apa yang dikatakan."“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah al Maidah: 8]
Menegakkan keadilan di sini termasuklah mengatakan sesuatu kebenaran sebagai kebenaran dan sanggup menerimanya sekalipun ia dari musuh atau orang yang dibenci. Begitu juga dalam menyatakan sesuatu kebatilan sebagai kebatilan dan menolaknya, sekalipun ia dari sahabat atau orang yang dicintai.
Daripada pesanan itu, jika kita tak dapat mendengar dan taat, kesannya, kebatilan akan masuk ke dalam diri masing masing. Sedikit demi sedikit kita akan di sesatkan, kerana bisikan syaitan, bisikan Nafsu sememangnya sukakan bisikan syaitan
Hendaklah menginsafi diri
Telitikan perkataan perkataan yang ujud
Bandingkan dengan AlQuran, dengan kenyataan Allah, kerana
AlQuran adalah sumber kebenaran
kerana apabila kita menolak, Kebenaran itu sebenarnya kita menafikan ilmu Pengetahuan daripada Allah, tanpa sedar
lalu bagaimanakah kita menyatakan - wa ana minal muslimin?
maksudnya kita tu masih bersifat Munafiklah, sebab tu boleh ujud sekejap kebenaran, sekejap kesesatan, semoga di pimpin Allah menuju kebenaran, inshaAllah
Tauhid menolak jahiliyyah
Menauhidkan Allah SWT atau mengesakan Allah SWT sebenarnya menolak jahiliyyah.
Ini kerana tauhid membawa implikasi mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dalam semua lapangan hidup, sedangkan jahiliyyah ialah keluar daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT, atau tidak melakukan pengabdian kepada-Nya semata-mata.
Aqidah yang tidak betul akan melahirkan jahiliyyah. Juga akan terbina di atasnya segala rupa bentuk penyelewengan dalam konsep hidup, tingkah laku dan aktiviti manusia.
Aqidah yang betul akan ...
Aqidah yang betul akan meletakkan manusia pada darjat sebenar dan membetulkan tindak-tanduk manusia pada setiap zaman dan tempat. Aqidah yang betul mengarahkan manusia kepada matlamat hakiki melalui jalan sahih.
Aqidah yang betul hidup dan nampak kesannya yang sempurna dalam perasaan, tingkah laku, pegangan, konsep dan amalan manusia, tanpa terpisah antara satu sama lain.
Aqidah yang salah melahirkan jahiliyyah
Sekiranya kesan dalam kehidupan manusia berlaku dalam bentuk yang lain daripada yang dinyatakan di atas, bererti ada ciri-ciri jahiliyyah meskipun pelaku-pelakunya mengaku beriman kepada Allah SWT. Kesan jahiliyyah itu lambat laun akan terserlah dengan nyata lantaran aqidah yang salah atau tidak tepat. Begitulah sunnah Allah SWT.
Orang Arab jahiliyyah pun mengakui ketuhanan Allah SWT, tetapi natijah jahiliyyah tetap tertonjol dalam kehidupan mereka. Firman Allah SWT:
“Sekiranya engkau bertanyakan mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka berkata: Allah.” (Luqman: 25)
“Sekiranya engkau bertanyakan mereka: Siapakah yang menjadikan mereka? Nescaya mereka berkata: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)
“Katakanlah: Siapakah yang memberikan rezeki kepada kamu daripada langit dan bumi atau siapakah yang berkuasa (mencipta) pendengaran dan penglihatan, siapakah yang mengeluarkan hidup dari mati dan mengeluarkan mati dari hidup, siapakah yang mentadbir semua ini? Nescaya mereka berkata: Allah.” (Yunus: 31)
Walaupun orang Arab jahiliyyah mengetahui Allah SWT, mengakui segala sesuatu ciptaan-Nya dan di bawah tadbiran-Nya, tetapi mereka tidak beriman dalam ertikata sebenar.
Mereka menolak peraturan dan hukum Allah S.W.T dalam kehidupan. Mereka tahu tetapi tidak mengikuti apa yang mereka tahu.
Mereka memperhambakan diri kepada ilah-ilah yang lain daripada Allah S.W.T. Mereka melaksanakan syari’at yang lain daripada syari’at Allah S.W.T. Mereka disebut Jahiliyyun (golongan yang jahil).
Semoga dapat Pelajarannya, inshaAllah
Kita dapat lihat, ada yang lahir dalam keluarga Islam, tetapi boleh murtad
ReplyDeleteAkibat daripada tidak menuntut Ilmu Islam dengan suci murni
Akibat daripada tahu menyebut huruf dan perkataan arab, tetapi sikap diri tak jaga kesucian dapatlah kesesatan
sebab itu Allah nyatakan, sesiapa yang tidak mengambil pelajaran daripada Allah (AlQuran) Allah hantarkan syaitan syaitan yang banyak kepada mereka, lama kelamaan jadilah syaitan syaitan itui kawan karib mereka, itu menimbulkan berbagai persangkaan, tunggulah, mati nanti, tahulah apa sebenarnya
Itulah yang di pesan pesan selalu, Bacalah, mohonlah Allah berikan fahaman, mohonkan hidayahnya, agar dapat Dengar dan Taat
InshaAllaah ya
Bila Rasulullah sebutkan Takdir umat, akan menurut kesesatan yahudi dan nasara, sampai di ajak ke lubang sempit kehidupan juga di turut, hanya tinggal nama saja kebanyakan muslim, seperti BUIH, pagi beriman, malamnya tiada, malam beriman, paginya tiada
ReplyDeleteitu menjadikan masjid hanya pada Jumaat saja ramai, namun dalam keramaian itu ada berlaku, berbagai niat ke masjid, atas niat masing masinglah, mereka dapat sesuatu itu
sebab itu berlaku, kasut hilang, jam tangan hilang, telefon hilang, motorsikal hilang, kereta hilang, duit hilang, berlaku perkara keji, kecurian even di dalam kawasan masjid
dalam masjid jin telah lama berlaku, islam dan bukan islam, duduk bersama
masjid manusia juga mungkin, cuma saja Allah menyatakan, yang mengimarahkan masjid adalah orang beriman
Munafik itu malas malas menuju masjid, rimas berada dalam majlis, ilmu, tazkirah dan ibadah, sebab tu ramai di tutup pendengaran, jadi tertidur tak sedar apa khutbahnya, apa pelajarannya
masing masing dapatlah bahagian masing masing atas niat masing masing, Allah hanya melihat, sesiapa yang Ikhlas, selamatlah
subhanallah