Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang ingin diluaskan
rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan
silaturrahim
Huraian Hadith:
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih
sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan
persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan
sebagainya.
ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.
iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri
Persoalannya:
Kalian membuka sebuah Kelab, termasuk Pertubuhan, dan juga laman web Forum dan sebagainya.
Bagaimanakah sikap kalian terhadap sesama ahli kalian, Bolehkah berlaku Adil, tanpa pilih kasih
Mampukan menundukkan Nafsu kalian, agar berpaksikan ilmu pengetahuan, dan berserah Allah lah tindakan kalian
Ujian Allah mengena di kedua dua pihak
Sebab itu jika ada dua orang muslim, bergaduh, sampai kedua duanya mati, kedua duanya masuk neraka.
Ampunkan saya yang menulis dan membuka blog ini. Jika ada terkasar bahasa, menguris perasaan pembaca, Maafkan ketelanjuran saya
Tolonglah nasihatkan saya
kerana Deenun nasihah
Jujurlah serta Jagalah kesucian Islam
InshaAllah ya
Atas sebab mahu menjaga hubungan persaudaraan Islam lah, ada FATWA dari orang alim di arab saudi: Partisan bukan jalan sunnah
ReplyDeleteUntuk mengelak dari Perbalahan, Pertuduhan seperti kelakuan Khawarij, Muktazilah, kerana kita tidak harus menyalahkan manusia, Peluang bertaubat sentiasa terbuka. Peperangan menentang Thaghut, Kafir itu satelah ada kekuatan Muslim
Jika kalian tahu tentang hadis, umat islam hanya seperti BUIH, Fikirlah
Ini bukan masanya, kekuatan amal soleh, sebaliknya, amal munafik yang keterlaluan, subhanallah
semoga ujud Persaudaraan Tauhid, melepasi persaudaraan bangsa, negara, daerah, rumahtangga, demikianlah ketinggian Islam, persaudaraan Tauhid itu, mengatasi sekalian yang lain
Silaturahim, mengajak lawan kepada Islam, menyerahkan diri kepada Allah yang ESA, dakwahlah, sampaikan kebenaran, promosikanlah, subhanallah
inshaAllaah
Nama saja yang tinggal pada umat Islam kini
ReplyDeleteTidak kiralah, orang awam atau yang di gelar ustaz, malahan Hufaz sekalian pun begitu, kerana tuk nenek berdampingan syaitan, diri sendiri tidak mengetahui, berharap bisikan ingatkan ilham dari tuhan, subhanallah
atas sebab itulah dunia masa kini, lalai, dalam memberikan pelajaran tauhid, hanyasaja untuk beribadah di ajarkan dengan begitu banyak di serata alam, tapi siapakah dapat menambahkan Iman dalam diri, yang beribadah
sekiranya hanya tahu zahir saja, tak mendalami bathin, tak masuk ke hati, bagaimana ya?
amalkanlah dulu Islam kamu, agar iman masuk ke hati
hati bila tak ujud Ikhlas, eksyenlah, ujub, ria, subhanallah
tu suka berpakaian zahir yang cantik, tetapi dalam dada, dalam hati yang Allah Lihat, Allah lebih mengetahui
silakan ya, janganlah tunggu hari nak bermaafan
Hadis kata lebih tiga hari, munafiklah
Tambahan ini zaman, phone, internet e-mail, fb dan sebagainya, ada saja jalan untuk mesej dan suarakan kemaafan
sombonglah tak memaafkan
sebab tu yang menentang para nabi ialah syaitan jin dan syaitan manusia
setiap diri tergantung Niat masing masing
setiap diri tergantung apa yang di yakininya
subhanallah