image

image

Saturday, April 26, 2014

Gila

Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.an) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Dunia adalah tempat tinggal bagi orang yang tidak mempunyai tempat tinggal (di akhirat), dan harta kekayaan di dunia itu adalah bagi orang yang tidak mempunyai harta di akhirat, dan (kesemuanya) dicari dan dikumpulkan oleh orang yang tidak berakal (yakni, orang yang ‘gila’ dalam pandangan Islam, lupa dia akan matinya dan akibat mengumpul harta dan mementingkan dunia dan melupakan akhiratnya, dan beranggapan bahawa apa yang dimilikinya di dunia itu kekal boleh dibawa ke akhirat atau boleh menolong dia di akhirat untuk menyelamatkan diri dari siksaan neraka dan mendapat syurga).’ 
[Riwayat Imam Ahmad] 

 
[Nota: Hadith ini menyampaikan 4 mesej yang utama; 


Pertama, sesiapa yang mengutamakan dunia, dan mengabaikan akhiratnya, dia tiada tempat tinggal di akhirat. 

Kenapa? Penghuni neraka tiada tempat tinggal sendiri. Mereka berkongsi tempat yang satu yang didiami oleh orang kafir, munafiq dan fasiq (i.e. berdosa), sama-sama menjalani hukuman kerana dosa mereka dalam neraka. 

Tempat tinggal yang penuh nikmat dan keseronokan serta kepuasan segala kemahuan dan keinginan adalah di syurga. 

bahawa orang yang termiskin dalam syurga itu memiliki kekayaan 10 kali nilai dunia dan segala isinya. 
Dia diperuntukan isteri-isteri yang terdiri dari ‘hurul-ain’ seramai 72 orang. Tidak ada wanita dunia yang dapat menandingi kehebatan hurul-ain itu dari segala segi, termasuk kejelitaan mereka. 

Maka dunia ini adalah tempat tinggal yang tidak kekal. 

Kedua, sesiapa yang memiliki harta di dunia, jika tidak dimanfaatkan oleh mereka untuk fi sabilillah demi Islam dan membela umat Islam dan orang beriman yang lain, ketika dihisab disoal segala hartanya dimana dan bagaimana di dapati dan apakah tujuan memilikkinya dan ditanya bagaimana dihabiskan olehnya hartanya. 

Justeru itulah dalam hadith disebutkan bahawa orang kaya dan hartawan itu, dikenakan hisaban terperinci, dan kalaupun berjaya mendapat syurga hanya akan merasainya setelah dimasukkan ke dalam syurga setelah orang miskin masuk ke dalam syurga selama 50,000 tahun lebih dahulu. 


Ketiga, orang yang mencari kemewahan dan kesenangan dunia itu hanyalah orang yang bodoh. Kerana, apapun milik kita didunia akan terpisah dengan kita apabila sampai ajal kita. 

Mencari dan mengumpulkan harta tanpa menggunakan harta itu untuk menempah tempat di syurga di akhirat, sepatutnya menjadi tujuan paling utama bagi mereka yang dikurniakan Allah (a.w) rezki yang melimpah ruah. Kalaulah mereka yang mengumpul harta itu menyedari yang Allah (a.w) kurniakan harta yang banyak untuknya adalah memberikan dia peluang keemasan untuk berjaya di akhirat. Kalau harta dan kekayaan dikumpulkan dan digunakan bukan untuk tujuan akhirat, lebih-lebih lagi untuk tujuan batil, maka itulah sesuatu suatu perbuatan yang bodoh, kerana setelah mati, harta itu menjadi milik orang lain. Kalau yang diwariskan harta itu gunakan pula scara batil, lebih buruk padanya kepada orang yang mewariskan harta itu. 




Keempat, disebutkan bahawa sesiapa yang matlamat hidupnya di dunia semata-mata untuk mengumpul sebanyak mungkin harta kekayaan dan berseronok pula dengan kekayaan dan kemewahan tersebut, adalah orang yang tidak berakal, i.e. seumpama tidak siuman! 


Mengapa tidak. Tiada suatupun keuntungan dari harta, kecualilah dibelanjakan demi Islam atau fi sabilillah – mengembangkan syiar Islam atau membantu umat Islam yang dhaif yang memerlukan bantuan atau dibelajakan untuk mengembangkan ilmu akhirat, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, supaya lebih ramai manusia faham Islam dan menerima Islam dan lebih ramai orang Islam faham bahawa hanya ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang, jika dijadikan panduan amalan, ibadah dan kehidupan, yang mengesahkan segala amalan dan ibadah. 

Kalau berharta, dan silap diarahkan (i.e. digunakan), maka mengundang kecelakaan. Selain, kekayaan dan kemewahan seringkali sebab utama ramainya umat Islam yang terjerumus ke dalam neraka, kerana didapati dan digunakan secara batil, dibazirkan, maka dikenakan hisaban yang terperinci di akhirat.

Ingatlah, seseorang yang meragui al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dan mengerjakan ibadah mengikut ketetapan as-Sunnah, di akhirat kelak tidak diakui oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai umatnya. Golongan orang yang sedemikian itu dihalang oleh malaikat menghampiri Telaga al-Kauthar, apatah lagi diberi laluan minum airnya! Rasulallah (s.a.w) memberitahu sekali minum air telaga al-Kauthar itu tidak akan haus selama-lamanya! 

Memanglah orang yang gila atau tidak berakal sahaja yang mengumpulkan segala sesuatu yang tidak kekal

2 comments:

  1. satu perkara lagi ialah;

    Ada ilmu, ada menuntut ilmu, kemudian tidak pula mahu beramal dengan ilmu itu
    Ini juga termasuk kegilaan

    sedangkan masing masing tahu,

    Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Israa' 17:36)

    dan jika kita tersalah ikut, juga beri maksud gila

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)

    jadi masihkan kita mahu, duduk di dalam gila tak menentu

    InshaAllah ya

    Utamakan ilmu tauhid
    ikutilah Syariat atau Feqah Islam
    Sungguh sungguhlah beramal, agar mencapai Ihsan

    inshaAllaah

    ReplyDelete
  2. Atas perkara sebeginilah ada hadis nabi saw:

    Orang mukmin, tidaklah mengumpul sesuatu yang tiada di gunakannya

    contohnya, suka kumpul majalah dan maklumat, berhabis duit membeli, apalah gunanya, jika di berikan sedekah jariah, itukan lebih bermakna

    demikian juga dalam hal, gadget, smartphone, mengejar the latest one, tapi apalah sangat kegunaannya, Jika memang menggunakan segala featuresnya, itu patut sangatlah, itulah namanya ujian, selfish, memenuhi nafsu sendiri, Gila lah, sepatutnya, kehendak itu berpatutan agar Akhirat di utamakan, subhanallah

    Fikir Fikirkan lah ya
    Agar tidak hanya menurut nafsu semata
    Niat itu menentukan, kedudukan diri di manakah, darjatnya dirimu, sendirilah tentukan, inshaAllaah

    ReplyDelete