image

image

Monday, February 9, 2015

HUKUM

Ramai benar yang bertanyakan tentang hukum hakam tertentu di zaman kini
Ketahuilah, Buang masa sia sia itu Haram.

Apabila dalam dirimu tiada Ingatan kepada Allah, nyatalah sia sia sahaja amalan kamu
Kerana Allah tidak melihat ke zahir kelakuan kamu, Allah melihat ke dasar hati kamu

Ibarat orang menikah, hendak bersetubuh di nasihatkan, agar berdoa memohon di jauhi daripada pengaruh nafsu syaitan, sewaktu tazkirah di sampaikan itu, mata yang melihat kurang di pengaruhi nafsu, melainkan mata yang sudah melihat seluruh tubuh wanita, dan dalam zaman internet multimedia ini, Nafsu terkehadapan, jadi dapatkah mengingat Allah dan memohon di jauhkan syaitan sekiranya Nafsu meninggi melihat nikmat Allah itu

Selepas itu lahir pula anak anak, diri sendiri pula tak dapat menahan sabar, atas kelakuan anak anak, seperti syaitan?

Takdir yang mendatangi dirimu itu terbit dari dasar hatimu, Apa yang ada di dasar hatimu, Itulah yang Allah bukakan Takdirnya, agar kamu berpeluang dan adakalanya menjadi ancaman pada kamu

Lihat pula orang yang bermain bolasepak atau sukan apa saja
Jika memulakan sesuatu dengan menyebut Basmallah, syukurlah
Namun bila masuk sahaja stadium, masuk tempat bermain, mengingat kuasa dirimu, mengingat kebolehanmu, keupayaan kamu, jarang sekali mengingat Kurniaan Allah

Apatah lagi yang suka menonton Movie, samada secara online atau di pawagam, tentulah yang di tonton itu, hal kafirin, hal munafiqin, jadi dapatkah mengingat Allah?

Begitulah ya, di ingatkan Agar dapat mengingat Allah, supaya dapat mengingati Allah tatkala Maut tiba. Sedihlah diri jika Maut tiba di kala itu sedang lalai dan leka sia sia!

Adalah Islam itu mencegah diri peribadi muslim mukminnya agar terhindar dari lalai, leka, bermaksiat, berbuat sia sia

Orang Mukmin itu, tidak mengumpulkan barang yang tidak berguna kepadanya
kerana itu ada kampong Islam, Darul Atiq sebagai contoh,tidak mengadakan TV atau sebagainya di perumahan mereka

Sementara rata rata rumah orang awam, ada segalanya yang melalaikan serta melekakan penghuni rumah daripada mengingati Allaah

Ada juga ibu ibu menasihati anak yang tua agar membawa adik adiknya menonton TV, kerana ibu hendak mendirikan solah

Demikianlah, kesesatan itu, terbit dalam golongan munafik dan yang tidak mendapat Hidayah Allah
Bidaah dan kesesatan itu sangat mudah di lakukan

Silakan ya, tuntutlah Ilmu Islam, ingatlah untuk kemudahan menempuh Maut, ikutlah Keutamaan Islam

InshaAllah



1 comment:

  1. Kerana tiada pengetahuan Ilmu Fardhu Ain, maka bertanyalah hal hal kecil mengenai hukum

    Kerana tiada pengetahuan akan Bidaah dan Sunnah, itulah menjadikan kacau bilau pemikiran dan pendapat, tak menentu akan hal hukum hakam, subhanAllah

    salah diri sendiri, sebab ikut telunjuk orang, sendiri bila baligh tak mahu ikut keutamaan Islam

    tak sedar sedar bila Allah nyatakan, bencana menimpa diri akibat tangan sendiri, silakan ya, lebih baik beristighffar dan memohon bantuan Allaah

    ReplyDelete