bahawa kita akan mati. Ingatlah pesan Allah dalam Al-Quran,
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan. Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi; Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)". Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; "Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran, "Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu)
Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). "KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".
(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?" Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).
(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka)." (Surah Qaaf: 16-35)
Berdasarkan ayat ayat tersebut Ingatlah akan Hari Akhirat, itulah kehidupan selepas mati di alam dunia yang fana ini
Percaya akan hari Akhirat adalah kepercayaan yang menjadi Paksi Iman, jadi hendaklah sentiasa ingatkan Mati, semuga dengan mengingati Mati itu akan dapat membina kehidupan yang baik, beramal soleh lah di dunia ini
Ingat akan Mati, Ingat akan Allah, Ingat akan Perentah Allaah, Ingatan itu agar tidak tercucuk duri maksiat dan mungkar
Adalah Taqwa itu Warak yakni sentiasa berawas agar diri tidak terbabas ke dalam melakukan kekejian, maksiat dan mungkar
InshaAllah ya
Disebabkan Allah menyatakan, manusia samada Rela atau Terpaksa akan AKUR menurut ketentuannya, hendaklah kita ingat akan Peluang bertaubat dan beristighfar dari kesilapan dan keterbabasan diri kita
ReplyDeleteJangan suka membuka keAIBan diri ya
Hendaklah bersabar bila menempuh hidup, jika mendapat nikmat, bersyukurlkah, jika di uji dengan masalah, bersabarlah dan tempuhi dengan tabah, bijaksanakan diri mengingat Allaah dan memohon bantuannya untuk keluar dari masalah tersebut
InshaAllaah
Jika tidak berpaksikan Kitab Allah, nescaya di sesatkan oleh pilihan Nafsu sendiri yang suka kepada bisikan syaitan
ReplyDeleteMaka ujudlah perkataan, reincarnation - menyangka bahawa kehidupan di bumi ini adalah berulang ulang untuk menjadikan manusia itu lebih baik, sebab itu Syaitan menyesatkan menipu dengan Syurga dan Neraka yang boleh dimasuki untuk menarik keluar simati agar dapat di perbaiki kisah hidup mereka
Ada beberapa kumpulan Tarikat telah tersesat dengan kepercayaan sebegini yang berasal dari Hindu, Buddha dan sebagainya
Ingatlah ya, AlQuran itu Kitab yang terpelihara, satelah manusia di lalaikan dengan Nafsu Syaitan masing masing diri mengubah Kitab Injil, serta menyembunyikan Isi Taurat, lalu Degil dan Jahil akan AlQuran
Silakan ya perhatikanlah amalan kamu, lalu Rujuklah ke dalam Kitab Allah, semuga dapat Hidayah dan Pimpinan Allah, inshaAllah
AlQuran ialah Kitab tanpa Keraguan, menjadi Petunjuk kepada orang yang mahu bertaqwa
SubhanAllah
Hal Mati atau Maut juga ada dua tempat, Yang Ikhlas menauhidkan Allah, kembali kepada Allah, Kubur di Alam Barzakh ialah Taman Taman Syurga
ReplyDeletesementara jika tersangkut di Taman Taman Neraka, tersiksalah - begitulah yang tersangkut di alam Jin, di bawah langit pertama, akibat mati tak selesai hutang kepada manusia, ini yang ada golongan menyangka, roh si mati balik rumah di malam raya, serta malam jumaat, padahal itu semua adalah pesona jin dan syaitan yang hendak menyesatkan anak cucu Adam
subhanAllah