image

image

Friday, February 20, 2015

Mengelak dari Penyakit dan Bencana

Sesiapa yang Yakin kepada Allah, serta Ikhlas menauhidkan Allah adalah terselamat daripada di kuasai Syaitan. Demikian janji janji Allah kepada Iblis yang meminta tempoh untuk memperdayakan anak cucu Adam sekaliannya. Allah memberi tempoh bagi Iblis dan kuncu kuncunya untuk memperdayakan manusia dan jin semuanya, kecuali, kata Allah, Hamba hamba Kami yang Ikhlas, syaitan tidak dapat menguasai

Untuk mencapai Ikhlas menauhidkan Allah semestilah pada Ilmu Tauhid - Makrifatulloh
Sesiapa yang hidup, masuk keseluruhannya kedalam Islam, menurut AlQuran dan sunnah rasulullah SAW dan sunnah sahabat sahabat baginda, tentulah selamat dan sejahtera

Hendaklah kita berusaha bersungguh sungguh untuk bersifat siddiq, yakni berkata benar, menyampaikan kebenaran serta membenarkan kenyataan Islam yang benar

Hendaklah kita berusaha bersungguh sungguh bersifat Amanah, agar dapat berlaku adil, jujur, dan menjaga kesucian Islam
Hendaklah kita berusaha bersungguh sungguh bersifat Tabligh yakni menyampaikan kesucian Islam dengan jujur dan amanah

Hendaklah kita berusaha bersungguh sungguh bersifat Fathonah, semuga Bijaksana memilih kebenaran, Bijaksana menyampaikan Islam, Bijaksana menjaga Amanah Islam, Bijaksana memilih tatkala menerima Ujian atau bencana daripada Allah

InshaAllah melalui IMD - Ilmu Merawat Diri - yang mengutamakan Allah, Hasbunallah wanikmal wakil wanikmal maula wanikman nasir, Ilmu yang dapat mengingatkan Diri agar memohon bantuan Allah, Bersyukur kepada Allah serta beristighfar kepada Allah

Kepada saudara saudari yang telah, mengamalkan panduan dan aturcara yang di berikan, serta mendapat nikmat dari IMD, harapan kami dapatlah menyatakan di ruangan ini, sebelum dan selepas kalian mendapat IMD

Kerana dunia masakini , rata rata mahukan testimonial
Bagaimana pun, untuk mendapat Hidayah Allah, tidak memerlukan testimonial
kerana kata Hikam, kerap pula pada jalan maksiat itu Allah memperkenalkan diri, al maklumlah, manusia sudah terantuk barulah nak sedar

Dalam diri manusia masing masing itu ada bukti kebenaranNya
Dan pada Alam semesta ini juga ada bukti kepada orang yang mahu berfikir

InshaAllah ya, Kebenaran itu jika dapat di promosikan, akan bertambahlah yang akan mengenalnya
Akan bertambah berkembanglah Ilmu Allah, InshaAllaah

Silakan ya, subhanAllah wahdahu laa syarikalah

1 comment:

  1. Perkara yang baik berlaku pada diri elok di diamkan saja, tak elok di banggakan diri, kerana itu IMD ini yang memperbaiki diri, hanya bersyukur Ilahi rabbi dan tidak mengeluh lagi

    Orang yang belum mendapatnya itu terpulang pada diri masing masing lah , kerana hidayah Allah berikan pada sesiapa yang mahu

    Islam mementingkan Ilmu Tauhid terlebih dahulu, namun ulamak Tauhid telah kembali ke rahmatulloh terlebih dahulu, yang tinggal hanyalah yang bijak berkata kata namun hati mereka sendiri tidak tenteram

    Sesiapa yang mendapat kebaikan yang banyak adalah orang yang percaya dan mengingati Allah di hatinya

    SubhanAllah

    ReplyDelete