image

image

Sunday, February 15, 2015

Tolong Menolong lah

Di antaranya ialah firman Allah S.WT. :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ

“Orang-orang yang beriman lelaki dan orang-orang yang beriman perempuan setengahnya menjadi pembantu bagi yang lain. Mereka menyuruh dengan ma’ruf dan melarang daripada yang mungkar.” (At-Taubah 9:71)

Kata Imam al-Qurtubi: “..Allah telah menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai pembeza antara or­ang yang beriman dan orang munafik. Ciri utama orang beriman iaitu amar makruf nahi mungkar. Induknya ialah dakwah kepada Islam.

Imam al-Ghazali ketika membicarakan ayat ini telah memberi komentar yang menarik. Beliau berkata: “Allah S.W.T. telah berfirman:
لَيْسُوا سَوَاءً مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ أُمَّةٌ قَائِمَةٌ يَتْلُونَ آيَاتِ اللَّهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَهُمْ يَسْجُدُونَ(113)يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَيُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَأُوْلَئِكَ مِنَ الصَّالِحِينَ

“Mereka itu tidak sama. Di antara ahli kitab, ada segolongan yang lurus, mereka membaca ayat-ayat Al­lah di waktu malam sedang mereka sujud. Mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menyuruh dengan ma’ruf dan melarang mungkar, bersegera mengerjakan kebaikan dan mereka itu termasuk orang-orang yang soleh.” (Aali Imran 3:113-114)


“Allah S.W.T. berfirman lagi:
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ(78)كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“..dilaknat mereka yang kafir dari Bani Israel di atas lidah Daud dan ‘Isa anak Maryam. Demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas. Mereka tiada melarang sesuatu yang mungkar yang mereka perbuat sesama mereka. Sungguh amat jahat apa yang mereka perbuat.” (Al-Maidah 5:78—79)

Firman Allah S.WT.:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَر

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, (sifat kamu) kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang dari yang mungkar.” (Aali Imran 3:110)

Ini menunjukkan kelebihan amar ma’ruf nahi mungkar, dan ciri itulah yang menjadikan mereka sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia.

Allah S.W.T. berfirman:
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنْ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

“Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang­-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang­-orang yang zalim dengan azab yang keras, disebabkan mereka fasik.”(Al-A’raf 7: 165)

Ayat di atas menerangkan bahawa golongan itu terselamat kerana adanya usaha melarang dari melakukan kejahatan. Ayat itu juga menunjukkan bahawa tugas ini wajib dilaksanakan.

Allah S.W.T. berfirman lagi:
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوْا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنْ الْمُنْكَرِ

“Mereka, jika Kami beri tempat (kekuasaan) di bumi, mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat serta menyuruh dengan ma’ruf (kebaikan)dan melarang yang mungkar (kejahatan).” (Al-Hajj 22: 41)

Allah telah menggabungkan ciri amar makruf nahi mungkar dengan solat dan zakat dalam memperkatakan sifat-sifat solihin dan mukminin.

Allah S.W.T. berfirman:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolong berbuat dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah 5: 2)

Ayat ini mengandungi perintah yang tegas. Erti ta’awun ialah menggalakkan, mendorong dan mempermudahkan manusia untuk berbuat kebaikan dan menutup jalan-jalan kejahatan serta permusuhan menurut kemampuannya.

Allah S.W.T. telah berfirman:
لَوْلَا يَنْهَاهُمْ الرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ عَنْ قَوْلِهِمْ الْإِثْمَ وَأَكْلِهِمْ السُّحْتَ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

“Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari perkataan-perkataan yang dusta dan  memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang dilakukan oleh pendita-pendita itu (kerana tidak melarang).” (Al-Maidah 5: 63)

Firman Allah S.WT. :
فَلَوْلَا كَانَ مِنْ الْقُرُونِ مِنْ قَبْلِكُمْ أُوْلُوا بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنْ الْفَسَادِ فِي الْأَرْضِ

“Sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang ada kelebihan agama dan cerdik yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi.” (Hud 11:116)

Di dalam ayat ini, Allah menerangkan bahawa Dia telah membinasakan seluruh mereka  kecuali segelintir sahaja yang telah melarang kaum mereka kejahatan.

Firman Allah S.W.T.:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوْ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah tegakkan keadilan, serta menjadi saksi bagi Allah, meskipun di atas dirimu sendiri atau ibu bapamu dan karib kerabatmu.” (An-Nisa’ 4: 135)

Ia menerangkan kewajipan amar ma’ruf terhadap ibu bapa dan kaum kerabat.

Firman Allah S.W.T.:
لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ
وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (An-Nisa’ 4: 114)

Firman Allah S.W.T. :
وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا

“Jika dua golongan di antara orang-orang mukmin berperang, hendaklah kamu perdamaikan antara keduanya.” (Al-Hujurat 49:9)

Elakkan diri daripada menggunakan alatan teknologi terkini, menurut dan menjadi ejen ejen Dajjal
dengan bertolong tolongan mempromosi, memanjangkan iklan, tentang perkara keji dan maksiat

Semuga dapat membentuk diri masing masing ke arah yang Allah redha

2 comments:

  1. Semuga kalian yang membaca, menjadi ejen, promosi kebenaran ya
    Agar dapat membawa manusia kepada Allah dan ingat Hari Akhirat
    Kerana Kehidupan selepas mati di alam fana inilah kehidupan sejati, diAlam Akhirat, di Syurga yang kekal Abadi

    tolong menolong lah dalam kebajikan dan kebenaran

    gunakan kesempatan yang ada itu untuk membawa kebenaran

    Jika bertemu kesalahan, beranilah untuk berkata benar, ikhlaskan diri, menyampaikan kebenaran Allah

    InshaAllaah

    ReplyDelete
  2. Ingat idak Pesanan Allah dan Rasulullah
    Apabila kamu menempuh maksiat dan kekejian, 1. Gunakan Tangan mencegah ditafsir menjadikan jika berkuasa hendaklah mencegah, ini Ingatan kepada Pemimpin Umat Islam, namun ingatlah ya, Tiap tiap diri adalah Pemimpin, perhatikan pimpinan kamu
    2. Gunakan Lidah menyatakan Kebenaran tanpa prejudis, tanpa menyangka buruk kepada pelaku amal yang terbabas, ada fatwa jangan mengeji kebodohan lain orang, kerana diri sendiri tak dapat pastikan akhir kalam diri sendiri, subhanAllah. Ingatlah deenun nasihah, jagalah kesucian Islam
    3. Ingatan dalam hati sendiri, tak sanggup jika di humbankan ke dalam Neraka, mohonlah bantuan Allah menghindari maksiat dan kekejian

    InshaAllah ya,

    ReplyDelete