Kepada Kebaikan yang kita lakukan,
eloklah jika tangan kiri tidak mengetahui apa yang di lakukan oleh tangan kanan
Apa sahaja kebaikan kamu, jika manusia tidak memperdulikannya, itu lebih baik
Apa pun Ibadah kamu, jika lain orang tidak melihat, tidak mengetahui, itu lebih utama
Kelakuan Terpuji bukan untuk tontonan,
bukan pula kerana nak menunjuk nunjuk, jika tiada sesiapa sudi memandang, itu tidak mengapa
Begitu juga apabila kamu berpakaian, Pakaian Taqwa itu bukan hendak menjadikan pertunjukkan, bukan untuk membangga bangga diri, maka jika makhluk tidak sudi memandang tidak mengapa
Maksudnya Jika Allah tidak sudi memandang kamu, itu tandanya kamu menzalimi dirimu
Menzalimi Diri
Tidak Cukup Allah Sebagai Tuhan mu
Berlaku Syirik dalam kehidupan
Tidak mengutamakan Allah, mengutamakan Nafsu
Menjadi Murtad dalam menjalani kehidupan
Bersifat munafik dalam meneruskan hidup di dunia
Tidak menyempurnakan Sunnah Rasulullah,
menurut Bidaah dan menjadikan Bidaah itu sunnah yang dituruti
Tidak Menurut Kebenaran Allah dan Tidak punya Pengetahuan, lalu suka bersangka sangka
Tidak mengutamakan Ilmu Islam, Fardhu Ain, menurut telunjuk syaitan
Maka tidak hairanlah jika hidup kamu bertimpa timpa masalah, itu Ujian Allah hendak menjadikan kamu, Ikhlas
Ingatlah, jika kamu di timpa masalah dan bencana,
kembalilah kepada Allah, ucapkan Innalillahi wainnailaihi rojiun
Sebagai Muslim hendak menuju kepada Mukmin, hedaklah Berserah Allah, itulah maksud Islam
Kamu Berserah dirimu Bulat Bulat kepada Allah, dan Lain orang itu terselamat daripada gangguan tangan dan lidah kamu
Kamu hanya menyampaikan Kebenaran, Hidayah itu Allah kurniakan kepada sesiapa yang di Redhainya
Tidak sudi memandang tidak mengapa, sekiranya makhluk Allah
Islam itu untuk manusia dan jin yang mahu berfikir
Ikhlas lah menauhidkan Allah, Allah memandang ke dasar hatimu, memelihara dirimu,
Bila tiada kejujuran diri manakan dapat mengikhlaskan diri
ReplyDeleteLalu sukalah curiga dan bersangka sangka
maka menjadilah diri penuh curiga, tak seronok beramal melainkan nak tunnjuk depan lain orang
demikian pengaruh syaitan jin terhadap sesiapa saja yang belum ikhlas
Hanya hamba hamba Kami yang ikhlas syaitan tidak dapat menguasai