image

image

Monday, February 16, 2015

Pengorbanan Muslim Mukmin

Pengorbanan yang dituntut:

            Setiap orang yang meredhai Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul, dituntut darinya melakukan pengorbanan.

Setiap orang yang bernazar dan berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja untuk Islam dan berjihad untuk Islam dituntut darinya kesungguhan dan pengorbanan yang berharga.

Hakikat ini mestilah jelas dengan sejelas-jelasnya dihadapan akhi muslim. Menjadi kewajipan ke atasnya menyiapkan diri dan menyediakannya bagi perngorbanan tersebut. Jadi, apakah dia pengorbanan yang dituntut itu?

            “Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat”. Ya, inilah pengorbanan yang dituntut dari akhi muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah dan dididik para sahabat oleh Rasulullah saw.

            Allah berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu membunuh dan dibunuh. Itulah janji yang sebenar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah: 111)

Maksudnya: “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak.” (Surah Al-Baqarah: 245)

            Apabila Abu Ad-Dahdah mendengar ayat ini, dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga. Lihat Tafsir Ibnu Kathiir: 1/299 – cetakan Dar Al-Ma’rifah, Beirut.

            Begitulah kita lihat tarbiyyah nabawiyyah yang dikecapi oleh para sahabat secara praktikal.

Abu Bakar r.a telah mengorban dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah saw bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya”.

Suhaib telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah. Lantas Allah menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya ayat Al-Quran yang dapat dibaca. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya“. (Surah Al-Baqarah: 207)

            Rasulullah s.a.w menyambutnya seraya bersabda:

Mermaksud: “Beruntunglah perniagaan kamu wahai Suhaib.”

Mus’ab pemuda yang kaya lagi manja mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda dari bukti-bukti jihad kepada syabab muslim pada setiap zaman.

Begitu juga para sahabiyyaat yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’ …. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah.

Tidak ada jihad tanpa pengorbanan

            Inilah hakikat yang mesti disedari dengan jelas dan nyata. Dengan sebab itu Al-Imam asy-syahid telah memberitahu  petunjuk jalan dan tuntutan-tuntutannya supaya setiap akh mempersiapkan diri.

            Sesiapa yang mendakwa bahawa dia boleh berkhidmat kepada Islam dan memberi saham untuk membawa panji-panji dakwah, sedangkan dia kedekut dengan roh, harta, waktu dan setiap benda yang dimilikinya, maka dia hendaklah muhasabah diri. Bacalah kandungan kitab Allah sebaik-baiknya, perhatikan kepada sirah Rasulullah s.a.w dan lihatlah kepada sejarah. Sudah pasti dia akan memperolehi hakikat yang lebih jelas dari matahari di siang hari iaitu: Dakwah tidak akan hidup melainkan dengan jihad. Dan jihad tidak berlaku melainkan dengan pengorbanan.

Pengorbanan yang diberi ganjaran.

            Di antara perkara yang menenangkan hati mukmin dan mendorongnya untuk berbelanja dan berkorban ialah beliau mengetahui bahawa apa yang dia lakukan tidak akan sia-sia  bahkan akan dibalas dengan kebaikan, sebesar-besar balasan dan sebanyak-banyak pemberian dari Allah swt. FirmanNya:

Maksudnya: “Dan apa sahaja yang kamu sedekahkan, Allah akan menggantinya. Dialah sebaik-baik pemberi rezeki“.

Maksudnya: “Dan jika kamu mati atau dibunuh pada jalan Allah, tentunya keampunan dan rahmat Allah lebih baik (bagimu) dari harta rampasan yang mereka kumpulkan“. (Surah Ali ‘Imraan: 157)

            Setiap apa yang dibelanjakan oleh akh muslim akan diberi balasan samada ia kecil atau besar. Al-Imam asy-syahid telah mendatangkan firman Allah untuk menjelaskan makna ini:

Maksudnya: “Yang demikian itu adalah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak pula memijak suatu tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana terhadap musuh, melainkan ditulis bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan mereka tidak menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak pula yang besar dan tidak melintasi suatu lembah melainkan ditulis bagi mereka amal soleh juga, kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah At-Taubah: 120-121)

            Setiap apa yang seseorang hulurkan dari menanggung kelaparan dan dahaga, kesakitan dan kepenatan, langkah-langkah yang diatur dengan sebab dakwah yang menimbulkan kemarahan kepada golongan kufur dan taghut dan setiap saham yang diberikan untuk memenangkan Islam samada sedikit atau banyak, kecil atau besar, Allah akan menjaminnya dan tidak akan dipersia-siakan. Setiap kebaikan akan dibayar dengan sepuluh kali ganda kepada tujuh ratus kali ganda dan berlipat ganda yang banyak.

            Tentang inilah maka di letakkan Harga bayaran bagi khidmat khidmat yang dapat memberikan kebaikan kepada diri. Namun tak ramai yang tahu dan sedar, even mereka ke masjid merasakan itu ilmu FREE, sedangkan pihak masjid telah membayar bagi penyampai tazkirah berkenaan

Ada ramai yang suka membayar harga mengubat sakit yang di hadapi
Jika ke Hospital di bedah tentu ribuan caj RMnya
jika ke Hospital swasta lagi banyak

Namun untuk secebis Ilmu yang dapat membawa kebaikan pada diri, tak sanggup membayar, Kenapa?

Adakah kamu belajar di Kolej, Universiti itu FREE? Dapatkah kamu kebaikan dari apa yang kamu pelajari itu, kamu dapat Degree, Master, Sijil, dapatkah kebaikan darinya?

Silakan ya, Fikirkan
Kemudian cuba bandingkan Ilmu yang kamu perolehi itu
Apakah berpadanan? Subhanallah Allah perentah bersangka baik ya

InshaAllah

3 comments:

  1. Adalah pelik sikap kamu jika untuk Nafsu kamu, sanggup sahaja berhabis Ringgitnya, Berhutang segala, subhanallah

    Demikianlah syaitan menyesatkan kalian, tanpa sedar, untuk secebis Ilmu, IMD kalian sangsikan ? subhanAllah

    Istigfarlah jika yakin Allah istikharahlah ya, semuga di pimpin ke jalan yang di redhaiNYA

    ReplyDelete
  2. CARA RAWATAN

    Di buang semua gangguan (termasuk gangguan saka,makhluk halus) pada diri anda termasuk penyakit, sifat sifat yang negative,dengan mengaktifkan diri jati anda.

    Di ajarkan cara membuat pelindung diri dari gangguan makhluk halus,gangguan sihir,terhindar dari malapetaka dan bencana,hilang sifat was was, sifat malas dan lain lain insyaallah. (tidak memakai barangan, tangkal,wafak ,khodam dan lain lain yang dilarang agama.)

    Di ajar ilmu merawat diri ia itu kaedah (kaedahnya mudah) yang dibuat mengikut jadual dan terancang dan ianya akan mengaktifkan tenaga elektrik atau energi yang boleh kita gunakan untuk apa sahaja yang kita kehendaki saperti penyembuhan semua penyakit, tenaga kita juga akan bertambah dan dapat mengelakan dari serangan penyakit.Sediakan payung sebelum hujan

    Juga diajar ilmu pelindung harta, pelaris perniagaan, mengembalikan barang yang hilang dan lain lain.

    Tiada pantang larang,tak perlu barangan saperti limau ,bunga dll,

    Bagi ilmu merawat diri untuk membantu anda mentranformasikan diri anda kearah kesejahteraan diri dan membantu anda menyelesaikan masaalah masaalah anda ini yuran belajar atau rawatanya nya adalah RM177-00 sekali sahaja seumur hidup.

    Sekiranya anda perlu keterangan lanjut atau anda mempunyai masaalah masalah lain, sila hubungi kami di E mail : nuranugerah@hotmail.com

    telefonlah, berbicaralah dengan kasih sayang, 0196313202, 0132611778, 0192368789, inshaAllah

    ReplyDelete
  3. Apabila Segala Ujian daripada Allah yang mendatangi diri kamu, kamu merasakannya sebagai suatu beban, yang berat, nyatalah kamu belum dapat merasai Hasbunallah wanikmal wakil

    Nafsu dirimu akan keluh kesah, kerana sukarnya mahu berkorban untuk menambahbaik diri sendiri

    Nafsu juga akan mengheret diri Berbelanja sia sia
    kerana itulah Mukmin itu tidak mengumpulkan sesuatu yang tiada berguna baginya

    Sesuatu yang berguna kepada Mukmin ialah, sesuatu yang dapat menjadikan dirimu, sentiasa Ingat Allah
    Sesuatu yang berguna kepada Mukmin ialah, sesuatu yang dapat menjadikan dirimu berakhlak mulia
    Sesuatu yang berguna kepada mukmin ialah, sesuatu yang dapat menjadikan dirimu siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah

    Hidayah Taufik Allah itu menyampaikan dirimu kepadaNya
    sila perhatikan ayat ayat Allah, dan semuga dapat melihat, bagaimana kah untuk mendapatkan Hidayah Allah

    Kitab AlQuran, terpelihara, menjadi hidayah bayan, memberikan keterangan kepada orang yang hendak bertaqwa

    inshaAllah

    ReplyDelete