image

image

Monday, February 2, 2015

SUCI

Maha SUCI ALLAH, Yang Maha Menciptakan Segala Galanya
Maha Suci Allah Yang Maha Menciptakan Setiap Sesuatu
Seluruh makhluk di bumi juga di langit, berTasbih kepada Allah, SubhanAllah, Maha Suci Allah
Maha suci Allah, Yang Awal Yang Akhir, Yang Zahir Yang Bathin, Maha Halus Meliputi

Kebenaran itu daripada Allah, itulah Bukti Islam , hanya Islam yang Allah redha, dan inilah bukti Islam itu SUCI, tak boleh ujud Bidaah, kerana apa yang Muhammad SAW telah sampaikan itu adalah Sempurna sudah, jika kalian tak mahu Sesat, Dengar dan Taat lah kepada AlQuran dan Sunnah Muhammad SAW dan sunnah Khulafak arRasyidin

Maha Suci Allah, Binalah hidupmu dengan Jalan kesederhanaan, Masuklah kedalam Islam secara Keseluruhan, agar tidak Syirik dan tidak berbuat bidaah

Bukti yang hanya Aliran Ahli Sunnah dan Berjamaah sahaja Yang Benar
Siapakah yang Lebih Ahli daripada Muhammad SAW
Siapakah yang lebih ahli daripada Abu Bakar Siddik
Siapakah yang lebih ahli daripada Umar al Khattab
Siapakah yang lebih ahli daripada Osman Affan
Dan Siapakah yang lebih ahli daripada Ali Abi Talib
dan Jamaah Sahabat Sahabat Rasulullah SAW itulah yang Terbaik
Itulah Jalan yang patut di ikuti, jika mahukan Redha Allah
Itulah sahaja Jalan Yang Lurus dan SUCI

Suci lah dirimu yang Bersifat Benar dan Membenarkan, Siddiq
Sucilah dirimu yang menjaga dan mengawasi Amanah
Sucilah dirimu yang Menyampaikan Kebenaran Islam
Bijaksanalah dirimu yang mendapat Hidayah Allah
Siddik, Amanah, Tabligh, Fathonah itulah sifat sifat Muhammad SAW, sifat AlQuran

Dunia hanyalah Permainan dan Senda Gurau
Syaitan menampakkan indahnya Maksiat di depan matamu
Kecuali Orang Beriman yang Beramal soleh, Suci dan Menyucikan, Ilmu dan Amalannya

Semuga di kurniakan Allah, Kemudahan memahami, dan Keselamatan
InshaAllah

SubhanAllah wahdahu laa syarikalah

No comments:

Post a Comment