Dalil keterangan hal InsyaAllah ini terbit dari wahyu Allah pada surat Al Kahfi
Berikutan pertanyaan beberapa orang yahudi, dan Muhammad SAW itu yakin Allah akan membantunya
Namun wahyu yang di jangkakan memakan masa beberapa hari, menjadi minggu Dan Allah menegur agar pada janji Mukmin, patut ada InsyaAllah
Jika kita ingat Allah, kita ingat insyaAllah dalam hati, itu lebih utama
Jika orang bertanya, awak mampukah memperbaiki, merubah situasi dan kondisi yang begitu begini, juga patut kita jawab InsyaAllah
Kerana Allah lah Yang Menyampaikan Nikmat itu kepada dirimu
Sesuai lah dengan ucapan, Laa haulawalaquwataillabillah
Sesiapa yang mendapat Hidayah Allah tentulah beroleh rahmat keberuntungan
InsyaAllah ya, barangsiapa yang Ikhlas menauhidkan Allah akan terpeliharalah dirinya daripada di kuasai Syaitan
Dengan itu jika jawapan pertanyaan sesiapa pun kita katakan InsyaAllah, samada Islam, Muslim, Mukmin, Munafik atau Kafir, Dugaannya kepada diri kita jika Ikhlas selamatlah, jika tidak akan mudah di permainkan dan di perdayakan syaitan
Ingatlah ya, nampak seakan mudah ucapan insyaAllah itu
Sudah wujud juga persangkaan, nak mengelak dan tidak bersungguh sungguh
Semuga kita dielakkan daripada perkara itu
Ikhlaskan diri, insyaAllah
IMD atau Ilmu Merawat Diri adalah berkaitan ilmu tauhid, kenal diri, insyaAllah
Jika adalah hajat dan kehendak kalian, sayugia di ingatkan, hendaklah ada kesungguhan, kerana syaitan tak mahu manusia yang di katakan Allah, ciptaannya yang terbaik, Syaitan akan memperlekehkan manusia dengan tipudaya serta helah serta persangkaan, jadi kejujuran kalian itu menentukan samada kalian beroleh rahmatnya atau tidak, insyaAllah, SubhanAllah
Selamat membaca di blog ini ya
Semuga terhindar dari Persangkaan dan tipudaya syaitan
SubhanAllah wahdahu laasyarikalah
Jika yakin Allah tentu beroleh kebaikan
ReplyDeleteSilat lihat dan didik diri, berdasarkan Sirah Rasulullah SAW dan Kisah Para Sahabat
Tiap tiap diri adalah pemimpin, maka perhatikanlah pimpinan mu
sentiasa berawas, agar dirimu tidak terkena duri dan ranjau kehidupan ini
maklumlahkan, sukarnya hendak menjadi Warak, beriman dan bertaqwa
InsyaAllah