image

image

Friday, October 31, 2014

PeNyAkSiAn

Hakikat Syahadah Umat Islam, ialah, menyaksikan Kebenaran Allah dan Kebenaran Muhammad SAW
Kebenaran Allah itu, Maha Menciptakan Setiap sesuatu , segala galanya, Yang Awal dan Yang Akhir, Maha Halus, Meliputi termasuklah asma wa sifat NYA, serta Uluhiyah NYA dan Rububiyah NYA

Dan pada Muhammad itu menyaksikanlah sifat sifat Mulianya, Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah
Menyaksikan tauladannya, menjadilah Ikutan yang baik kepada mu, Dengar dan Taat kepada Muhammad mengamalkan sunnah sunnah kebaikan yang telah di tauladankannya

Rasulullah menyampaikan, Allah menyatakan, Jangan lah kamu mengaku sudah Beriman, tetapi katakanlah, aku muslim, amalakan dulu Islam kamu, semuga Iman masuk ke hati kamu

Sekiranya dapat menyaksikan, tentulah dapat membuktikan dan menambahkan Iman dalam diri masing masing

contoh: Solat itu Mencegah Keji dan Mungkar - sekiranya kita beramal dengan Ikhlas, mendirikan solat dengan tulus suci, kebaikan itu dapat pada kita, menjadi bukti amalan kita di terima dan di redhai Allah, bertambahlah iman kita, InshaAllah

Puasalah sebagaimana orang terdahulu berpuasa, semuga dapat bertaqwa - jika benar amalan kamu suci dan jujur, Ikhlas dirimu, dapatlah Kebaikan Taqwa itu, ingatlah kamu akan, Kuasa Allahlah yang menyihatkan, melepasi alam sebab musabab, jika makan itu mengenyangkan, Hakikatnya Allah lah. itu menjadi bukti memberi kesan kepada Iman dalam diri masing masing

Demikianlah juga, Zakat, serta sedekah, amal jariah itu bila dengan jujur ikhlas di lakukan akan dapat memberikan kebaikan pada diri, menjadi bukti menambah keimanan

Sebab inilah sistem Kafir dan Munafik itu, merencanakan diri kamulah yang berkuasa menentukan kejayaan kamu, iaitu akidah  Qadariah. Qadariah dinisbahkan dari perkataan Qudrat. Golongan ini beriktikad bahawa segala perbuatan manusia itu samada baik atau buruk adalah lahir dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri. seperti maksud, laporan prestasi diri dan sebagainya 

Juga kepada golongan yang tidak berusaha dan berikhtiar, sebaliknya hanya menyerahkan kepada Allah sahaja. beraqidah Jabariah,  Berasal dari perkataan al-jabr atau jabrun yang bermaksud tergagah atau digagahi. Muncul di Kufah pada zaman pemerintahan Umaiyah yang dibawa oleh seorang lelaki bernama Jaham ibn Safuan dari Khurasan, mazhab ini beriktikad bahawa manusia itu dipaksa dan digagahi sepenuhnya oleh ALLAH, manusia itu langsung tidak berkemampuan melainkan ALLAH dan manusia seperti kapas dan debu yang ditiup angin. Segala buruk dan baik itu ALLAH yang melakukannya ke atas manusia.

Penyaksian yang benar itu bukanlah sedemikian ya. Walaupun kita seakan akan BEBAS berbuat apa sahaja, hendaklah Kekal menyerah diri bertawakkal kepada Allah

Jika kalian mahukan Ilmu agar dapat beramal kemudian dapat membuktikan kejayaannya, agar dapat menambah Iman dan percaya, silakan ya. Hakikatnya apa sahaja amal kebaikan menurut sunnah itu memberikan kebaikan kepada diri masing masing

Insha Allah





Thursday, October 30, 2014

Kejayaan

Allah Maha Menciptakan, dan berterusan Merancang, maka Rancangan siapakah yang berjaya?

Bahawa kehidupan dunia tidaklah ia, melainkan hanyalah Permainan dan senda gurau
kecuali kamu Beriman dan beramal soleh, beramal kebaikan, beramal kebajikan

Ingatlah, Kejayaan bukanlah sekadar dalam ini Dunia sahaja
Inilah Pesona Demokrasi - Pecah dan Perentah, mengutamakan sistem daripada Rakyat kepada Rakyat
Rasa hendak bertuhan itu pilihan masing masing lah, sebab itu acara Tauhid tidak di utamakan, hanyalah Syiar di utamakan - kerana itulah, Solat Jumaat itu Syiar Islam yang Wajib, sudah ada Hukuman menanti bagi yang tidak pergi solat Jumaat - walaupun mereka mahu menegakkan Islam, hanyalah syiar, syariat yang di paksa paksakan

Kelemahan Tauhid, sangat menunjukkan, kelemahan antara umat islam sendiri, tidakkah mereka mahu mengambil pelajaran dari AlQuran?

Barangsiapa yang tidak memperdulikan Pelajaran dari Allah, dari AlQuran, Allah akan hantarkan syaitan syaitan yang banyak kepadanya, Lama kelamaan menjadilah syaitan syaitan itu kawan akrab mereka, mereka sangka di dalam kebenaran, Bila sudah mati, Allah akan Tanya, mana kawan karib yang kamu ikuti dulu? itu waktu baru nak SEDAR, tak ada gunanya lagi

Untuk menuju Kejayaan Dunia sampai Ke AKHIRAT
kenalah perhatikan NIAT masing masing
kena lah IKUT SUNNAH yang telah di tauladankan oleh Muhammad Sallallahu alaihi wasalam

inilah maksud jika kalian tak mahu SESAT, Dua Perkara ambillah tauladan, Dengar dan Taatlah, iaitu ALQURAN dan SUNNAH

Kejayaan untuk sampai ke redhaan ALLAH semestilah menurut Tauladan yang sudah DIA - ALLAHU TAALA perakui

Kebenaran untuk Kejayaan ialah, bila dapat Taat Perentah Allah, mengikut cara Rasulullah SAW

Amalan yang tidak Ikhlas itu SIA SIA sahaja

IKHLAS adalah menepati kehendak Allaah

subhanALLAH wahdahu laa syarikalah


Wednesday, October 29, 2014

Pemimpin - Tak tahu Memimpin

Topik kali ini di tujukan kepada Lelaki yang berjawatan sebagai Majikan, Suami, dan sebagainya termasuklah yang menjadi kuli

Juga terbuka kepada kaum Wanita sebagi Isteri, Boss di pejabat, Anak di rumah dan sebagainya

Jika adalah Pengetahuan Islam, Tiap tiap diri, adalah Pemimpin, maka perhatikanlah pimpinan mu

Selalunya, bila diri kamu ada Inferiority Complex, kamu akan was was ragu ragu, dan serba salah, malu alah

Untuk itu di sarankan, kamu mengaji Tauhid, dan mendalaminya, sampailah mengenal diri, mengenal Allah

Ilmu Merawat Diri
Adalah berdasarkan Tauhid kepada Allah
Ingat Allah dan bermohon kepada Bantuan Allah, senantiasa
Itu pun satelah mekanik melakukan fine tune and maintenance - mekanik ialah Orang Yang Tahu dan Ingat Allah - siapa yang menolong Kerja Allah, Allah akan meneguhkan tapak pendiriannya

Untuk mengikhlaskan diri, peribadi itu di tuntut meluruskan Niat, hanya kepada Allah
Peribadi itu semestilah, dapat meng INGAT ALLAH
sekiranya tak INGAT ALLAH, nescayalah menurut Nafsu Syaitan

Ilmu Merawat Diri - lihat topik dalam Bulan JUN 2012
Adalah ilmu mengingat Allah, jika di ikuti petua yang di beri, kemudahan akan bersama peribadi itu
Tak perlulah nak melihat testimonial

Hal Iman itu lihatlah sahabat Rasulullah, yang di Jamin Syurga, Yang amalan mereka di kirakan sebagai sunnah, yang patut jadi Ikutan umat Islam

Untuk Urusan Bathin diri, kenalah dapat menyucikan diri
Itulah yang ujudnya Tarikat, Salik melakukan suluk
Itulah yang adanya Tazkiyatun Nafs pada Jalan Syariat
Dan adanya Bimbingan Mursyid pada Jalan Makrifat dan Hakikat

pada manusia yang bersama Allah, Ikhlas, tahulah ia, dan Syaitan tak dapat menguasainya
ini yang menjadi Hijab, bagi setiap diri, untuk Mengenal, untuk diri Berserah Allah, memohon bantuannya, ke arah kebaikan yang banyak

Sekiranya ada kehendak kalian, mahukan Ilmu agar dapat menyuluh Jalan kalian, membawa diri kalian ke arah menjadi Khalifah Allah, Pemimpin yang dapat Menjaga diri, dan ahli keluarga, kaum kerabat kalian, marilah mendalami Ilmu Tauhid

InshaAllah
Ilmu Tauhid , paling Tinggi adalah upaya mengIngat Allah di hati
Berterusan, sebagai maksud, ayat ayatNya

Silakan ya, Rebutlah Peluang ke jalan yang Allah Redha

InshaAllah





Monday, October 27, 2014

Masalah Wanita dan Haid

Masalah apa saja dapat di atasi dengan Ilmu Islam
Masalah menimpa diri adalah akibat Tangan sendiri bukan pendapat saya, tapi kalian boleh lihat ayat ayat Allah melalui Kitab Wahyu, AlQuran

Sebab utama Islam mewajibkan Umat Islam menuntut Ilmu, ialah agar dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi

Dalam Blog ini ada topik tentang Ilmu Merawat Diri boleh search dan baca
Lihat Topik Dalam Bulan JUN 2012
Dulu Ilmu merawat diri ada di paparkan dalam Thread Forum Islam, masalahnya, Forum itu telah tidak mempercayainya, kerana Bisikan Syaitan dalam diri masing masing, tidak mahu mempercayai Kuasa Allah

InshaAllah apa saja masalah, menimpa diri, kembalilah kepada Allah
Sebb inilah di katakan, Jika kamu menghadapi Mehnah, Bencana, Penyakit, Ucapkanlah, Innalillahi wainna ilaihi Rojiun, Yakin lah kepada Allah, silakan dalami Ilmu Tauhid

Jika hendakkan Ilmu yang dapat Merawat diri daripada di ganggu oleh Masalah, InshaAllah
Silakan e mail, nuranugerah@hotmail.com
atau silakan telefon 0132611778 beritahulah kamu siapa dan bertanyalah, InshaAllah ya
Jika kekurangan wang dalam handphone, silakan e mail, inshaAllah

Jalan Keluar dari Kebatilan ialah melalui Ilmu Islam
Kebenaran daripada Allah - AlQuran adalah Hidayah Bayan atau keterangan (penawar dan Ancaman)
Jika tak mengetahui akan isi AlQuran, manakan tahu ada penawarnya, lalu apa yang berlaku hanyalah tahu menyebut akan ayat ayatNya itu
Sedangkan AlQuran itu untuk di ambil PelajaranNya, sebab itu ayat pemulanya, dalam surah alBaqarah itu berbunyi, Kitab yang tanpa keraguan, menjadi Petunjuk kepada Orang yang hendak Bertaqwa

Susah nak bertaqwa, susah nak Ingat Allah, susah nak dapat Dengar dan Taat, hanya pandai berlagu, pandai berdendang, pandai menghukum, dan sebagainyalah jika tak dapat HidayahNya

Silakan sesuai dengan zaman berinternet, ada di sertakan, e mail, juga nombor telefon, silalah jadi orang yang rela mengambil dan merebut Peluang Peluang yang di sediakan

Mohonlah Allah kamu membantu, melorongkan ke arah kebaikan
Semuga dapat Hidayah Allah

InshaAllah
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah

Friday, October 24, 2014

hijRAH

Ramai sudah tahu, definisi Hijrah
Ramai yang boleh beri Tazkirah hal Hijrah
Ramai yang faham maksud, namun nak berUBAH itu susah

kerana kita tidak berbatas sempadan kan Syariat Islam dan tidak berupaya untuk tidak Syirik

Suasana kita berada, kita jatuh ke dalam golongan Zalim, jatuh ke dalam Golongan Murtad, dan jatuh ke dalam Golongan Syirik, kerana dalam suasana yang kita hidup ini, tidaklah kita menauhidkan Allah. Suasana Permainan dan senda gurau, di ujudkan, dengan alatan dan kaedahnya, Mekanizam kehidupan, sekadar Permainan dan Senda gurau, Syiar di utamakan, untuk ZAHIR kehendak nak tunjukkan kebaikan, kemuliaan, tetapi bila kita menyertai Internet, komentar dan perkataan yang kita lontarkan, tidak menunjukkan kemuliaan Islam

kegagalan memahami Ujian Allah, tidak mengingati Perentah Allah, akibat diri seperti BUIH
kegagalan diri untuk Berserah kepada Allah menjadikan diri, menurut perangai Qarun, Hamann dan Firaun

Bila Menyertai Facebook, Twitter dan segala kemudahan di Internet, tidak menunjukkan diri itu, menauhidkan Allah, inilah Kesan Merdeka, dan kesan menyengutukan Allah dengan Nafsu

Hijrah itu menuntut Kesedaran
menuntut Penglihatan, amal perbuatan, perkataan, Perasaan, Pemikiran dirimu
untuk Berserah Allah
Memohon Taufik hidayahNYA
agar dapat keluar dari Kebatilan, kepada Kebenaran
Silakan ubah kelakuan, mohon Allah bantu
Rajin rajinlah membaca AlQuran
Tuluskan hati memohon Hidayah ALLAH

Pada Diri Muhammad SAW itu ada TAULADAN yang BAIK yang dapat di IKUTI

Pada Diri Khulafah Ar Rasyidin itu ada tauladan yang dapat kita IKUTI

InshaAllah, Mohonlah Allah bantu, agar terpelihara diri, serta mampu berbuat amal kebaikan
Keluarlah dari suasana Kebatilan, dan masuklah ke dalam Kebenran, secara menyeluruh
Kehidupan yang Allah redha hanyalah Islam

Subhanallah, wahdahu laa syarikalah

Thursday, October 23, 2014

majuSI

Allah menyatakan: Setiap Anak Jin dan Manusia, lahir dalam FITRAH - IbuBapa mereka yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani dan Majusi

Tiada lah ALLAH Menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk MengABDIkan diri kepadaNYA

ABDI tak boleh Invent, tak boleh Memandai Sendiri, melainkan mengikut Peraturan Majikan
sepertimana Kunta Kinte, abdi yang hanya Dengari dan Taati TUAN nya

Majusi menyembah Api - berdasarkan Cahaya Matahari - mempercayai Dewa Dewi. Jika dulu dulu mereka menyembah api dengan mengelilingi unggun api, kini dengan kemajuan Internet dan paparan berbagai maklumat, mereka telah improve maklumat berkaitan agama mereka

Mereka menyatakan mereka tidak menyembah Berhala, hanya mengadakan Perantaraan
Bila mereka menyalakan api di pelita, di bekas bekas yang di sediakan, itu juga bentuk penyembahan
sebab itulah ianya menjadi budaya, adat yang di ikuti, di turuti

Ini adalah Perkara Syirik - jika ada yang Muslim, melakukannya

ada PerentahNYA, Jangan ikut agama selain ISLAM
diri kamu jika BENAR menauhidkan ALLAH, pastilah kamu akan di pelihara oleh Allah

sekiranya kamu masih berdampingan Jin, Syaitan, tentu saja kamu akan ikut, kelakuan Majusi itu

Demikianlah ya

Peringatan itu hanya berguna jika kamu Percaya

Subhanallah, wahdahu laa syarikalah

Monday, October 20, 2014

Sunnah dan Bidaah

Mari kita Fahami apa maksud Sunnah sebagaimana seperti Hadis nabi SAW
Sekiranya tidak mahu Sesat, Dengar dan Taat lah Allah dan RasulNya, AlQuran dan Sunnahnya, sunnah rasulullah SAW dan sunnah Khulafak ar Rasyidin - Allah menyatakan, pada diri Muhammad SAW itu adalah Ikutan yang baik bagi kamu, menyetujui apa yang sahabat sahabatnya telah katakan, kami Dengar dan Taat - sebab inilah nabi SAW menyatakan, setiap Bidaah itu Sesat

Umar al khattab menjadi Imam dan mengajak Jamaah tarawikh itu adalah Sunnah
Ia bukanlah bidaah hasanah

kerana golongan khulafak ar rasyidin itu adalah:
1. Iman paling tinggi tak terbanding oleh sesiapa, itulah Abu Bakar Siddiq
2. Jika ada nabi lah selepas muhammad SAW itulah Umar al Khattab
3. Nabi berkata, “Patutkah saya tidak segan dengan seorang lelaki yang malaikat sangat malu dengannya?” (HR Muslim).- terhadap Usman Affan
4. Saidina Ali itu Gedung Ilmu

Sebab ini lah ada golongan Islam menyatakan: Kejayaan adalah bilamana dapat Taat Perentah Allah ikut Cara Muhammad SAW

Setuju dengan Allah, Muhammad SAW itu tauladan yang baik bagi kita

Sebab itu jangan buat Bidaah, Jangan asyik berbalah, menuduh sana tuduh sini
Sila baiki diri, betulkan pemikiran ya

Sesiapa yang tidak memperdulikan ayat ayat Allah, AlQuran, Allah akan hantarkan syaitan syaitan kepadanya yang kemudiannya menjadi kawan karib yang membisikkan kepada diri, memperdaya, bila bagkit dari maut nanti Allah tanya, baru melopong - silakan rujuk ayat 36 ke ayat 38, surah az zukhruf surah yang ke 43

Jika kamu di kurniakan Allah hidayahNYA dapatlah kamu menilai
Inilah sebab di katakan, Janganlah sekadar bertaqlid buta sahaja

Berbuat sesuatu hendaklah dengan Pengetahuan, semuga terhindar dari Persengketaan dan Perbalahan, semuga di terima Allah, amalan kamu yang ikhlas itu

InshaAllah

Saturday, October 18, 2014

Pengalaman selepas Maghrib Tadi

Semasa sedang hendak berwuduk untuk solat maghrib, bahu di tepuk seseorang, dia mempelawa ke Pejabatnya, bagi melihat sendiri, kaedah Rawatan ke atas, pesakit stroke

Semasa tiba, dia sedang membuat rawatan. dengan memegang atau mencuit kaki pesakit, dan kemudian menggunakan kakinya menguis nguis kaki pesakit, saya pun tak terus melihat sebaliknya duduk di kerusi pelawat sahaja

Untuk tidak menyakiti sesiapa, saya hanya meminta dan bertanya dalam hati sahaja

Kemudian Perawat berbicara tentang rawatannya
Dia keletihan selepas melakukan rawatan tadi - sesekali saya katakan, kuis hantu, dia menjawab, syaitan

satelah itu Perawat masuk semula ke bilik rawatan, meneruskan rawatan ke atas pesakit stroke tadi
sudah 2 kali di lakukan, pesakit hanya perlu bawa Garam dan limau - untuk rawatan stroke
biasanya ada ulangan sampai 3 kali, walaupun kali kedua sudah boleh angkat kaki, pesakit tidak di benarkan berjalan

Kemudian dia datang bertemu saya lagi, saya tak bertanya dia, sebaliknya tanya dalam bathin, dia datang menjawab

Dia halau jin syaitan, saka baka, pesakit agar keluar dari pesakit dan duduk di suatu tempat lain, kawasan berbukit ada tasik, atau kolam - dia katakan, sekarang tuan kamu sakit, kamu diamilah di tempat itu, sehingga tuan kamu sihat, kamu baliklah kepada tuan kamu - Inilah contoh perdamaian, daripada pengamal rawatan alternatif yang berdampingan Jin

beginilah rawatan, cajnya boleh sampai RM500 satu sessi rawatan
ada websitenya tapi tak perlulah saya berikan

cara yang di lakukan memang ada memakai persembahan, seperti, limau, sotong, dan sebaginya serta akar kayu, herba

tak mengapalah ya, manusia itu tertakluk atas apa yang di percayainya
Kamu tidak menanggung dosa lain orang, kesesatan itu akibat tangan sendiri

beginilah - apabila kita bertanya dalam hati, Jawapan di bantu oleh Allah, menerangkan, kesesatan
perlahan lahanlah kita wajib menyampaikan kebenaran Islam, dengan jujur dan ikhlas, menjaga kesucian Islam

Subhanallah wahdahu la syarikalah

Masalah, Penyakit dan Rawatan

Hidup manusia apabila tidak dapat mengikhlaskan diri pastilah akan menghadapi berbagai tipu helah dan mainan serta "manipulasi" Nafsu Syaitan.

Kerana itulah, berbagai bentuk dan jenis rawatan muncul untuk "service and management" diri manusia. Niat kebanyakan manusia mahukan kebaikan, kesihatan, afiat dan sejahtera

Namun apabila hidup tidak menurut "cara Islam" Allah menyatakan, Tiadalah akan di terima amalan kamu yang sedemikian - sia sia lah - hanya sekadar Permainan dan senda gurau

Jenis Rawatan
1. Ikut Sunnah Rasulullah SAW - La Tusyrik Billah - Jangan syirik kepada Allah, Jangan sekutukan sesuatu apa saja kepada Allah - Jika kamu bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah, Allah akan pimpin kamu keluar dari masalah, penyakit, ke jalan LURUS, yang mana kamu tidak terfikirkan
Inilah punca kelemahan, umat seperti BUIH, punca Hikmah yang hilang dari dada umat islam,
Sepatutnya, Pemimpin Umat Islam, Alim Ulamak, mengutamakan Pendidikan Tauhid serta membimbing peribadi muslim agar dapat Ingat Allah semasa menjalani hidup, subhanallah

Jika kalian tak dapat hidayah melihat, meneliti SIRAH, SUNNAH kalian akan masuk ke dalam permainan dan senda gurau sahaja, amalan akan jadi sia sia, kerugian BESAR di AKHIRAT nanti
Sesiapa yang tidak memperdulikan Pelajaran dari ayat ayat Allah melalui AlQuran, Syaitanlah akan menjadi kawan karib kalian, akan meloponglah bila Allah bertanya, mana  kawan karib kamu yang kamu ikuti di dunia dulu?

Sepatutnya Pemimpin Umat Islam, Alim ulamak, dan Orang yang tahu, bimbing lah Umat Islam semua- namun ini hanyalah Harapan - Rancangan Allah, Takdir Allah, rela atau terpaksa, terpaksa AKUR juga

Apabila kalian mendalami Tauhid, Kalian dapatlah menjaga diri sendiri dan dapat pula memelihara kaum keluarga, kaum kerabat kalian - Inilah maksudnya Ilmu Merawat Diri - Ilmu Tauhid - dapat Ingat Allah dan memohon kepada Allah, tanpa bahasa tertentu, bahasa ibunda kalian kerana itulah Muhammad SAW bermesra dengan RABB nya, Cukuplah ALLAH bagiku, Kekasih belum tanya dah Jawab, belum mohon dah beri, SUBHAN ALLAH

Ilmu Merawat Diri - jika kamu menuntutnya, ibarat, dapatlah kamu ilmu memasak, dapatlah kamu memberi makan dirimu dan keluarga kamu, jika terasa lapar, tahu kaedahnya, dapatlah menyediakan makanan dan minumannya, semuga berjaya

2. Yang tak ikut sunnah umpama kalian membeli 'nasi bungkus'  selepas makan kenyang, bila lapar kena pergi cari lagi dan lagi, ulang berulang, berapa kos kalian tak mengira
Bila ada kaedah Merawat diri, dan keluarga, kaedah menjaga memelihara, kalian akan tuduh yang macam macam, begitulah bila turut Nafsu bisikan syaitan.
Sebab itulah kunun kunun ajarkan orang suruh baca ayat Kursy, agar terhindar dari syaitan
Diri sendiri pula kena tamparan syaitan
Tak Ingat kah, Hanya Hamba hamba KAMI yang IKHLAS, syaitan tidak dapat menguasai


Semuga kalian dapat mengerti
Semuga kalian di letakkan di sisi Allah
Semuga kalian dapat kemudahan
Semuga kalian dapat keselamatan
Semuga dapat menambah Iman bila dapat HidayahNYA

InshaAllah

Thursday, October 16, 2014

JAHILiah selepas Muhammad SAW wafat

Satelah Allah menyampaikan wahyu, pada hari ini, Redhalah kamu Allah menjadi Rabb kamu, Redha lah Allah, Islam menjadi cara hidup kamu, dan Redha lah Allah, muhammad SAW menjadi ikutan yang baik bagi kamu

Rasulullah pula menyatakan, kepada sahabat baginda, kamu berada bersama sama daku, sedangkan umat kemudian, sesiapa yang percaya, dengar dan Taat pada Allah, mengambil tauladanku, mereka itu terbaik

namun Rasulullah juga menyebut, bahawa  ummat akan menurut, kesesatan hatta di ajak masuk ke lubang dhob, itu juga di ikuti - kesesatan daripada bawaan Yahudi dan Nasrani

Perkara yang di ikuti - Ummat menurut Kesesatan
 1924 tahunnya, Pecah dan Perentah Sedunia oleh Empire British dan kuncu kuncunya
     Mereka menjajah negara umat Islam, kemudiannya memberikan kemerdekaan, terpakasalah negara sekaliannya menurut Demokrasi - dari rakyat kepada rakyat, manusia sendirilah menentukan jalan hidup mereka - sewaktu ini, Alim Ulamak tidak menyedari, telah masuk dalam permainan mengenepikan Hukum dan Peraturan Allah - Syirik, Zalim, Murtad ialah keadaan umat islam yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan - Subhanallah

Itulah maksud nabi SAW, kita ikut masuk ke lubang dhob, walaupun PERIT, kita tetap ikuti

Takdir Allah, menghancurkan dunia dan segala isinya - dengan Kiamat

Sebab inilah berlaku, keadaan, yang berilmu dan mengetahui, juga menurut kesesatan
Inilah maksudnya, Kejahilan, bahawa ilmu kebenaran tak mampu di dengari dan di taati, sebagaimana, abu jahal, apabila sahabatnya memberitahu, kebenaran ke atas apa yang di bacakan oleh Muhammad SAW, abu jahal tak hendak menerima kebenaran itu, itulah maksud bapa kejahilan

Jahiliah selepas kewafatan muhammad ialah, munculnya golongan Riddah - nabi palsu, enggan bayar zakat,  dan berbagai lagi, pemikiran juga pemahaman yang tak sampai kepada mereka HIDAYAH Allah, Kesesatan Jahiliah itu atas Pilihan diri sendiri, yang terlalu menurut Nafsu dan Persangkaan

Sampai masa sekarang juga ramai yang tidak membayar zakat, subhanallah
Ada juga muncul Rasul melayu, Subhanallah

Demikianlah ya sedikit coretan, situasi Jahiliah, selepas wafatnya Muhammad SAW

semuga Allah mengurniakan hidayah, kepada manusia yang tidak melampau lampau menurut nafsu bisikan syaitan

Sesiapa yang menolong dan membantu Allah, Allah akan meneguhkan kedudukannya di dunia

Subhanallah
wahdahu la syarikalah




JAHILiah - menentang Muhammad SAW

MUHAMMAD RASULULLAH

Bahawa Muhammad itu seorang Rasul dapat dibuktikan melalui beberapa cara. 
Pertama berdasarkan berita-berita tentang kedatangan Muhammad seperti yang tersebut dalam kitab Taurat dan Injil (Old & New Testament juga dalam Veda hindu ). 
Kedua, berdasarkan kedudukannya sebagai ‘AI-Sadiq AI-Amin’, yakni seorang yang benar lagi dipercayai kejujurannya. 
Dan ketiganya dari ‘Nubuwwah’ Muhammad sendiri, seperti berita-berita ghaib yang telah disebutkan lebih dulu oleh Baginda tentang bakal terjadinya, dan kemudiannya benar-benar telah menjadi kenyataan!

Akhlak yang Mulia  yang sedemikian rupa, tidak hairanlah jikalau ianya dengan cepat menarik perhatian golongan bawahan, khasnya dari kalangan hamba abdi. Namun tidak sedikit pula golongan atasan yang menyambut baik, seperti Abu Bakar Al-Siddiq, Usman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf. 

JahilIAH
Bagaimanapun kebanyakan kaum bangsawan menolaknya. Bagi mereka, agama paganisme itulah Sunnah, sedangkan ajaran Islam itu merupakan Bid’ah belaka! Kerana ianya Bid’ah (ciptaan baru), perlulah ia ditentang agar tidak cepat merebak dan menggugat Sunnah (tradisi nenek-moyang) mereka.

Langkah pertama yang mereka lakukan ialah memujuk penyair-penyair mereka, seperti Abu Sufyan bin Al-Harith, Amru ibnul-Ass dan Abdullah ibnuz-Ziba’ra supaya mengejek dan menyerang ajaran-ajaran Islam. Tetapi serangan-serangan mereka tidak sampai ke mana disebabkan penyair-penyair Muslimin sendiri tampil membalas serangan mereka. Namun mereka terus melancarkan perang saraf, menabur dakyah-dakyah jahat terhadap ajaran Islam serta peribadi Muhammad sendiri. Bagaimanapun pada peringkat ini mereka tidak dapat berbuat apa-apa terhadap batang-tubuh Muhammad, kerana ianya dilindungi oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kerana sukar mengganggu Muhammad, serangan mereka lalu ditujukan kepada pengikut-pengikutnya yang terdiri dari golongan-golongan hamba dan yang lemah sahaja. Bilal bin Rabah misalnya, lantaran keIslamannya lehernya telah dijerut oleh tuannya Umayyah bin Khallaf. Kemudiannya disuruh kanak-kanak menyeretnya ke gurun pasir sewaktu panas terik, lalu dadanya ditindih pula dengan batu besar. Demikian juga keluarga Yassir yang diseksa oleh kaum Quraisy, sehingga Yassir dan isterinya Sumaiyah menemui syahid kerana itu. Termasuk juga Amir bin Fuhairah yang diseksa oleh tuannya hingga menjadi tidak siuman, Zunaizah hamba perempuan yang diseksa oleh tuannya Abu Jahal hingga buta matanya, dan juga Labibah yang diseksa terus menerus oleh tuannya Umar Al-Khattab (sebelum keislamannya). Maka buat mengatasinya ramailah hartawan-hartawan Muslim seumpama Abu Bakar yang bertindak menebus atau memerdekakan mereka.

Tekanan-tekanan tersebut rupanya tidaklah mendatangkan sebarang hasil, sebaliknya penganut-penganut Islam bertambah tebal keimanannya. Sebab itu bentuk penentangan kini bertukar corak; daripada menentang golongan hamba sahaja kepada menentang semua pengikut-pengikut Islam. Dengan demikian ramailah bangsawan-bangsawan yang disegani seperti Abu Bakar Al-Siddiq, Osman bin Affan, Abu Ubaidah Al-Jarrah dan Zubair Al-Awwam tidak luput dari penyeksaan-penyeksaan mereka. Akibat semuanya ini memaksa Nabi memikirkan suatu tempat yang lebih selamat buat mereka, dan negeri itu tidak lain dari Habshah yang mana cukup diketahui oleh baginda tentang kebaikan rajanya, Najasyi. Dengan itu berlakulah Hijrah pertama dalam sejarah Islam di mana seramai 14 orang dan kemudiannya hampir 100 orang telah berangkat ke Habshah. Kerana bimbang tentang kemungkinan tersebar luasnya Islam di sana maka orang-orang Quraisy segera mengutus Amru ibnul-Ass dan Abdullah bin Abi Rabi’a untuk meminta agar Raja Najasyi memulangkan mereka kembali ke Makkah, tetapi gagal setelah Najasyi mendengar hujjah-hujjah Jaafar bin Abu Talib.

Tidak beberapa lama di Habshah, tersebarlah khabar-khabar angin tentang adanya kebebasan beragama di Makkah, juga adanya semacam perdamaian (Al-Gharaniq) dengan kaum musyirikin di sana. Tetapi sebaik sahaja mereka pulang ke Makkah, didapati permusuhan terhadap kaum Muslimin tetap seperti dulu. Dengan itu tiada seorang pun yang dapat memasuki Makkah dengan selamat, kecuali secara bersembunyi-sembunyi atau di bawah perlindungan seseorang penaung tertentu (Qanun Al-Jiwar).

Setelah semua bentuk tekanan itu tidak mampan, akhirnya barulah pemuka-pemuka Quraisy mengalih perhatian kepada Muhammad, penganjur Islam itu sendiri. Dalam mengatur langkahnya, mulanya mereka bertindak secara diplomasi, sama ada dengan memujuk atau mengumpan baginda dengan berbagai bentuk rasuah, baik melalui Abu Talib mahupun terus kepada Muhammad sendiri. Kerana gagal kesemuanya, akhirnya mereka bertindak dengan memboikot seluruh Bani Hashim. Pemboikotan ini memaksa Muhammad menyuruh pengikut-pengikutnya sekali lagi berhijrah ke Habshah.

Bagaimanapun kesan yang paling hebat akibat pemboikotan itu ialah kematian bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah, dua orang pembantu dan pelindungnya juga. Dengan kematian mereka, maka terbukalah kesempatan bagi orang-orang Quraisy untuk menghapuskan Muhammad. Sedang Muhammad sendiri sudah mulai berdakwah ke luar kota Makkah, seperti di Taif dan kepada jemaah-jemaah Haji. Memandangkan tekanan-tekanan terhadap Nabi dan pengikut-pengikutnya semakin hebat, akhirnya datanglah perintah Allah agar baginda berhijrah ke Madinah.

Sebelum persoalan ini ditamatkan, ada baiknya disebutkan bahawa selama berlangsungnya kegiatan dakwah Islamiah di Makkah, kaum Muslimin ada kalanya mendapati terpaksa berlindung di bawah naungan kaum musyrikin (Qanun Al-Jiwar). Bahkan Rasulullah sendiri sejak mula sehinggalah berlakunya Hijrah adalah dilindungi dan dibantu oleh seorang musyrik, iaitu bapa saudaranya sendiri Abu Talib. Di sini timbullah suatu ketentuan, bahawa dalam berdakwah, kaum Muslimin dibolehkan meminta perlindungan atau bantuan daripada orang-orang bukan Islam demi untuk mengelakkan gangguan atau rintangan terhadap usaha-usahanya. Bagaimanapun dalam meminta bantuan mereka, kata Dr. Abdul Karim Zaidan, hendaknya orang tersebut sudah dikenal kejujurannya dan tidaklah mungkin mereka itu akan berkhianat.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN JAHILIAH

Dalam sejarah mana-mana pun juga, biasanya mereka yang pertama-tama sekali menolak sesuatu gerakan pembaharuan ialah golongan bangsawan (Al-Mala’). Jadi untuk mengkaji kenapa timbul penentangan terhadap ajaran-ajaran Muhammad ini adalah sebenarnya untuk mengkaji kenapa golongan Al-Mala’ ini menolaknya. Bukannya tidak ada kalangan atasan yang menerimanya, seperti Abu Bakar AI-Siddiq, Usman Affan, Zubair Al-Awwam dan lain-lainnya, tetapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan golongan kebanyakan (Jumhur) yang telah menyambut baik seruan Muhammad itu.

Ketika membicarakan sebab-sebab penentangan orang-orang Arab terhadap dakwah Islam, Syed Qutb sekali lagi menegaskan bahawa faktor AQIDAH-lah yang menyebabkan mereka menentang begitu hebat dan memeranginya habis-habisan. Ini kerana mereka cukup mengerti implikasinya bahawa pengakuan bertuhan itu bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah yang tertinggi. Mereka mengerti juga bahawa mengesakan Allah melalui ikrar LA ILAHA ILLALLAH (Tiada Tuhan melainkan Allah) itu adalah bererti mencabut semua sekali kuasa yang dibolot oleh penguasa-penguasa, ketua-ketua suku, para paderi dan pendita, dan menyerahkan kuasa itu kepada Allah sahaja. Mereka mengerti bahawa LA ILAHA ILLALLAH itu adalah merupakan cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi dan juga suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan ciptaan manusia selama ini!

Apa yang dikatakan oleh Syed Qutb tentang faktor AQIDAH itu pada hakikatnya adalah jua faktor politik. Penerimaan orang-orang Arab terhadap kekuasaan Allah bermakna kepimpinan mereka akan tercabar dan tergugat. Sebab itu pengaruh Islam harus disekat, agar pengaruh mereka masih tetap kukuh.

Dari segi politiknya, Islam terpaksa ditentang kerana ia dibawa oleh Muhammad dari keturunan Abdul Manaf. Sesungguhnya kaum Quraisy tidak dapat membezakan antara kenabian dengan kekuasaan. Bagi mereka, kemunculan Muhammad dari keluarga Abdul Mutalib dengan sendirinya akan mencabar kedudukan suku-suku lain yang telah sekian lama berebut pengaruh. Pernah terjadi ketika Abu Sufyan, Abu Jahal dan Akhnas mengintip-ngintip Muhammad membaca AI-Quran, terus terang Abu Jahal mengakui betapa selama ini mereka saling menandingi pengaruh Abdi Manaf, tetapi bila mana kemenangan hampir terbayang, tiba-tiba di sisi Abdi Manaf muncullah Muhammad memaklumkan kenabiannya. Tidak, kami tidak akan percaya dan tidak akan membenarkannya, ujar Abu Jahal.

Sebagai golongan masyarakat yang mementingkan nilai-nilai ‘Asabiyyah’ (kesukuan), timbulnya Muhammad dari suku tertentu sudah tentu akan mencabar suku-suku lain. Justeru kerana semangat kesukuan inilah juga munculnya Nabi-Nabi palsu, baik ketika Muhammad masih hidup dan lebih-lebih lagi selepas wafatnya, semata-mata buat menandingi suku Quraisy. Maka tampillah Musailamah dari Bani Hanifah, Sajjah dan Bani Tamim dan Tulaihah dari Bani Asad. Semuanya ini kerana tebalnya semangat sukuisme serta hasad dengki antara mereka.
Dari segi sosialnya, Islam perlu ditentang kerana ia mengajarkan prinsip persamaan dalam kalangan sesama manusia. Dalam Islam, tinggi-rendahnya darjat insan diukur berdasarkan takwanya kepada Allah S.W.T. (Al-Hujurat: 13,Ali Imran: 76) atau amal solehnya (Al-Bayyinah: 7) Prinsip seperti ini tentunya bercanggah dengan sistem sosial mereka yang berasaskan konsep kelas dengan hak dan kewajipan yang berbeza. Status tertinggi selamanya adalah kepunyaan golongan bangsawan, sedangkan kelas terendah ialah golongan hamba abdi. Maka demi mempertahankan status quonya, Muhammad harus ditentang. Alangkah kejinya ajaran yang cuba menyamakan kedudukan mereka dengan kedudukan hamba mereka sendiri!

Pernah sewaktu Jabalah ibnul-Aiham, raja terakhir kerajaan Ghassan yang baru memeluk Islam sedang mengerjakan tawaf, terpijaklah tepi jubahnya oleh orang kebanyakan. Jabalah lalu memukulnya sehingga berdarah hidungnya. Setelah menerima aduan dari orang tersebut Khalifah Umar AI-Khattab lalu memutuskan agar Jabalah dipukul balas. Lantaran tidak puas hati terhadap corak penyelesaian yang ‘aneh’ itu, Jabalah kembali murtad. Ini menjelaskan suatu hakikat betapa pengaruh kebangsawanan itu begitu tebal hingga sukar bagi mereka untuk menerima Islam.

Apa lagi jika difikirkan yang agama tersebut dibawa oleh seorang anak yatim piatu yang tidak punyai kedudukan apa-apa dalam kalangan masyarakat Arab, sungguhpun ianya keturunan Quraisy. Pernah AI-Walid bin AI-Mughirah mengatakan: “Wahyu didatangkan kepada Muhammad, bukan kepadaku, pada hal aku kepala dan pemimpin Quraisy. Juga tidak kepada Abu Mas’ud Amr bin Umair AI-Saqafy, pemimpjn Thaqif. Kami adalah pembesar dua kota”‘.

Alasan lain yang dikemukakan oleh kaum bangsawan ketika menentang Muhammad ialah kerana ajaran Islam telah memecahbelahkan perpaduan masyarakat dan keluarga; baik antara orang tua dengan anaknya, antara suami dengan isterinya mahupun antara sesama saudaranya. AI-Walid bin AI-Mughirah sendiri pemah menuduh Muhammad itu sebagai ‘Sahir-bayan’ (Juru Pesona Bahasa), kerana apa yang dikatakannya merupakan pesona yang akan memecah-belahkan perpaduan sesebuah keluarga. Demikian juga hasrat Umar Al-Khattab untuk membunuh Muhammad mulanya adalah dengan harapan agar bebaslah Quraisy dan mereka kembali bersatu, setelah mengalami perpecahan dan penghinaan terhadap berhala-berhala mereka. Bahkan Utbah bin Rabiah secara terus terang berkata di depan Nabi: “Anakku, seperti engkau ketahui, dari segi keturunan, engkau mempunyai tempat dalam kalangan kami. Engkau telah membawa soal besar ke tengah-tengah masyarakatmu, sehingga mereka cerai-berai kerananya …”

Penentangan orang-orang Arab juga dapat dilihat dari aspek ekonomi. Kaum pemodal menganggap bahawa moral itu benar adanya bila mana ia dapat melipat-gandakan hartanya, bila mana ia dapat membukakan jalan buat hawa nafsunya. Tetapi bila mana ia menghalang hawa nafsunya, moral itu tidak lagi benar. Islam harus ditentang kerana ia melarang riba atau segala unsur putar belit dalam kegiatan ekonomi mereka. Tidak ada tempatnya Islam dalam masyarakat yang bebas lepas ini.

Dari segi lain pula, kemasukan golongan bawahan atau hamba abdi juga dapat menggugat kedudukan ekonomi mereka. Selama mereka mengharapkan tenaga kaum bawahan untuk kepentingan mereka sendiri, terutama dalam kegiatan perdagangan mereka. Tetapi dengan kemasukan mereka dalam Islam, hilanglah tenaga pekerja yang selama ini membantu mereka. Sebab itu Muhammad perlu ditentang, kerana dialah yang menyebabkan golongan hamba melarikan diri dari mereka.

Salah satu sumber ekonomi orang-orang Arab ialah memahat patung-patung berhala dan menjaga Kaabah di mana patung-patung itu diletakkan. Patung-patung itu kemudiannya akan dijual kepada jemaah-jemaah Haji yang mengunjungi Makkah. Malangnya Islam mengajarkan konsep Tauhid yang murni dengan membanteras sebarang bentuk penyekutuan terhadap-Nya, seperti menyembah berhala atau mengabdi kepada sesama manusia. Ajaran seperti ini tentunya mengancam ekonomi mereka, dan sebab itu perlulah ianya ditentang.

Penolakan orang-orang Arab juga disebabkan ketakutan mereka tentang adanya Hari Kebangkitan (Kiamat) yang kelak akan menghitung sepak-terajang mereka di dunia. Ini adalah persoalan moral masyarakat Arab, khasnya golongan bangsawan yang sudah tenggelam dan hanyut dalam kehidupan hawa nafsu. Bagi golongan seperti ini, ancaman (sanksi) adanya Hari Pembalasan tentunya sangat menakutkan, hingga kerana itu mereka menolaknya.

Faktor lain yang turut mendesak mereka untuk menolak dakwah Muhammad ialah perasaan cintakan tradisi nenek-moyang. Faktor adat yang ‘tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan'; bahawa segala sesuatu dan orang tua-tua semuanya baik belaka, semuanya ini menghambat mereka dari menerima Islam. Pernah ketika Rasulullah sedang sibuk berdakwah kepada jemaah-jemaah Haji dari luar, datanglah Abu Lahab menyahut dari belakang: “Hai manusia! Sesungguhnya lelaki ini memerintahkan supaya kamu meninggalkan agama bapa-bapa kamu”. Sambungnya lagi: “Hai keturunan polan! Bahawasanya lelaki ini hanya menyeru supaya kamu meninggalkan atau membuang berhala Lata dan Uzza dari leher-leher kamu. Kamu diajak olehnya untuk mengerjakan perbuatan Bid’ah dan kesesatan. Maka janganlah kamu mengikuti dia dan janganlah kamu mendengarnya!”

Satu sebab lain kenapa mereka menolak ajaran Islam ialah Iantaran takut dijajah oleh kuasa-kuasa besar, seperti Rom misalnya. Ajaran Islam membawa perpecahan masyarakat dan keluarga: Dan perpecahan-perpecahan ini akan memberi kesempatan yang baik bagi kedatangan kuasa penjajah. Memang benar bumi Hejaz yang gersang itu tidaklah dapat menarik perhatian mereka untuk menjajahnya. Mungkin dari segi ekonomi ianya tidak begitu penting, tetapi dari segi agama dan politik, penaklukan Rom akan mengukuhkan imejnya sebagai suatu kuasa Kristian dan sekaligus mencabar Parsi sebagai sebuah kerajaan Majusi. Kebimbangan terhadap kedatangan Rom ini memangnya berasas, memandangkan bahawa Makkah telah pemah diserang oleh Abrahah, Gabenor Habshah yang di bawah naungan kerajaan Rom.

Demikianlah antara lain sebab-sebab penolakan masyarakat Jahiliah Arab, atau lebih tepat penolakan golongan bangsawan (Al-Mala’) terhadap ajaran Islam. Ada pun golongan kebanyakan (Jumhur) mereka dengan cepat menerimanya. Ini kerana mereka tidak mempunyaf sifat-sifat yang ada pada golongan Al-Mala’ seperti takbur dan cinta kepada kedudukan dan kekuasaan.

Bila ada wujud rasa Tergugat, itulah, di banned, di GAM, di Halang
Semuga Larangan Allah itu Tetap menghalang peribadi yang hendak bertaqwa
itulah bezanya daripada peribadi Jahil, yang Menghalang Kebenaran Allah

Wednesday, October 15, 2014

JAHILiah sebelum perlantikan Muhammad SAW

Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala  yang bermaksud  jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun,iaitu dari tahun 300 M hingga 610 M.seperti yang ditunjukkan dalam carta masa dibawah.Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman ,Nabi  Ibrahim ,Nabi Ismail,Nabi Musa,Nabi Isa dan lain-lain.

Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu,tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan.Ahklak mereka adalah rendah,misalnya mereka bersifat kejam,angkuh dan degil.Dengan kedatangan Islam,kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses perubahan.


Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah

Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari pula menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan penempatan mereka berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada.

Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama wathani (menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.)

Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan pandai berpidato.

Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas sebab yang kecil.Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang sesama sendiri.Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita?.Malaysia,Sebagai sebuah negara berbilang kaum,kita harus mengekalkan persefahaman yang telah sedia wujud di negara kita demi perpaduan masyarakat.Dengan semangat perpaduan dan persefahaman ini,maka usaha-usaha kearah pembangunan negara akan berhasil.  

paparan ini adalah NOTA pelajar tingkatan 4 SMKLSB tanpa ubahsuai


Tuesday, October 14, 2014

CeRdik

Allah Subhanahu WaTaala menciptakan segala galanya, setiap sesuatu, dan tidaklah Allah menciptakan Jin dan Manusia melainkan sebagai abdiNYA - boleh mencapai darjat lebih tinggi daripada MalaikatNYA kerana Manusia itu adalah ciptaanNYA yang Terbaik

namun kerana adanya Nafsu yang menyukai bisikan Syaitan - manusia boleh menjadikan diri mereka lebih hina daripada segala haiwan yang melata, yang tidak di kurniakan Aqal

inilah sebagai UjianNYA
adakah manusia mahu berfikir?

pada bulan, bintang, dan mukabumi serta alam semesta, juga pada diri manusia itu sendiri, ada BUKTI kebesaranNya, tidakkah kalian mahu memikirkannya

Fikir itu lebih utama dari Amal, kerana itulah, sebelum berAmal, di tuntut agar lebih Mengetahui terlebih dulu

Jika kamu tak mahu SESAT, dua perkara jadikanlah Pegangan, gigit dengan Geraham, agar KOKOH pegangan mu - itulah AlQuran dan sunnah sunnah Muhammad SAW dan sunnah sunnah khulafak ar Rasyidin - kena Ingat, kena mohon Allah hidayahkan kepada mu Ingatan kepadaNYA


Soalan Bodoh
Jika kamu tidak Ingatkan pesanan Rasulullah itu, tentulah kamu akan bertanyakan soalan, apa kena BUAT

Tabligh telah menjawab, Kejayaan itu adalah apabila dapat Taat perentah Allah, ikut cara Rasulullah

Ingatlah, janganlah tanya soalan bodoh
sebagai contoh: Kenyataannya, Politik di bawah sistem demokrasi itu adalah Zalim, Murtad, Syirik
kerana tidaklah Demokrasi itu akan memakai Hukum Hukum daripada Allah, Tuhan
Demokrasi ialah daripada Rakyat, kepada Rakyat, manusialah, berkuasa menentukan hala tuju kehidupan mereka - inilah bentuk Kezaliman, jika tidak di telitikan, tak mungkin dapat HIDAYAHNYA melihat -

soalan bodoh pertama: jika kamu berkata demokrasi itu syirik, sistem politik kepartian itu tidak sunnah, tidak islamik, apa jalannya kena lakukan, takkan nak Perang Jihad?

soalan bodoh kedua: jika kamu berkata Politik kini di Malaysia ini tidak Islamik, apa jalannya kita kena lakukan?

inilah senario yang kita temui hari ini
Umat Islam tidak ingat pesanan Rasulullah, Jika kamu tidak mahu Sesat, dua perkara, Dengar dan Taat, ambillah pelajarannya, iaitu AlQuran dan Sunnah
Bandingkanlah, suasana kejahilan masakini, berbanding jahiliah zaman rasulullah, mana lebih teruk?
Apa pula yang Rasulullah lakukan, SubhanAllah

Rasulullah bergerak dari pintu ke pintu, menyeru golongan miskin, agar, Jangan sekutukan Allah
Inilah sahaja Jalannya
Sekiranya hendak berperang, apakah kita sudah bersedia?

Perang zaman sekarang yang memakai senjata api lebih zalim kelakuannya, apakah boleh kita ikuti?
Jangan jadi bodoh, menurut tanpa berfikir

Hendaklah kamu berbuat sesuatu menurut Pengetahuan, kerana kaki tangan serta kulit kamu akan di minta pertanggungjawabnya di Akhirat nanti

Silakan menuntut Ilmu Islam, utamakan Aqidah,Tauhid ilallah
Ilmu fekah untuk beramal soleh, amal ibadah
Ilmu Ihsan untuk menambah baik akhlak, kepada Allah dan kepada manusia,

Jauhi persengketaan dan sifat sifat keji, semuga Hidayah Allah, memimpin kalian kedalam kebahagiaan

inshaAllah

Mulia

Alhamdulillah, syukur nikmat atas Kurniaan Allah kepada manusia
Syukurlah Allah tunjukkan contoh tauladan yang boleh manusia ikuti, ingat lah naaa
tiadalah pada Muhammad itu melainkan Ikutan yang BAIK bagi mu

Manusia adalah ciptaan ALLAH yang Terbaik

Mulia lah sesiapa yang tahu menjaga diri agar dapat mengHORMATI antara sesama manusia
Kerana inilah, agar terjaga kemulian itu, kamu hanyalah menyampaikan kebenaran, HIDAYAH itu milik ALLAH - kerana itulah manusia di SERU

Demi masa, manusia didalam kerugian, kecuali yang percaya ALLAH, beriman dan beramal kebaikan, dan SABAR

Mulia apabila kita Bersabar menghadapi karenah manusia, kerana Time will TELL

Mulia lah orang Beriman dan Percaya dengan Kasih Sayang Allah kepada Ummat Muhammad
Mulia lah peribadi yang suka tolong menolong didalam kebajikan

Mulia lah, jika masuk ke Islam keseluruhan - Mulia apabila tidak "complaint" atas apa yang berlaku, kerana Allah Menciptakan Setiap sesuatu, dan Segala galanya

Mulialah apabila kita tidak Pulaukan peribadi manusia, kita menyampaikan kebenaran agar manusia dapat memperbaiki diri, menambah baik diri masing masing. kita tahu betapa Rasulullah dalam sirahnya, di pulaukan. apakah kini kita ikut contoh yang KEJI? atau kita mahu keluar dari sifat BURUK, kepada sifat yang baik?

Muhammad sallallahu alaihi wasalam itu di Tauladan kan Allah dengan menyempurnakan AKHLAK yang MULIA

TEGUR
Mulia teguran dengan menyatakan kebenaran Islam tanpa prejudis. Iaitu tidak menyalahkan PERIBADI, sebaliknya kebenaran yang di sampaikan itu, akan memungkinkan HIDAYAH ALLAH menimpa diri yang bersalah, jika dirinya mahu BERSERAH Allah, demikianlah ISLAM itu kamu berserah dirimu Bulat Bulat kepada Allah
dan Lain Orang itu terselamat dari Gangguan Lidah dan Tangan kamu

sebab inilah, Lagak kelakuan Muktazilah itu di katakan bukanlah, golongan Ahli Sunnah dan Berjamaah - lagak Qodariah dan lagak Jabariah itu bukanlah Ahli Sunnah dan Berjamaah
Kerana inilah Pemimpin Umat Islam menyatakan, hanya kumpulan Khariji lah, suka menuduh dan mengeji kebodohan lain orang

Islam itu patut di telitikan, Jika kita mahukan Kemuliaan,
Kemuliaan itu anugerah Allah
Syaitan dan Iblis, tidak pedulikan kemuliaan, bersangka buruk kepada Allah
Tidak percaya dan beriman, akan apa yang Allah Ciptakan
"manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik"
Syaitan dengki dan melakukan kekejian, Khianat serta adu domba, batu api, agar manusia itu, Keluh Kesah dengan dunia, tidak dapat memahami dan Mengertikan, Kerajaan Allah - AlMulk -

Sangka baiklah kepada Allah, agar mendapat hidayah dan pimpinanNya
Mulia bila dapat melakukan Keadilan berdasarkan Tauladan yang telah di tunjukkan oleh Muhammad Rasulullah

Letakkanlah sesuatu itu di tempat yang sepatutnya

semuga benarlah Penyaksian Syahadah umat Islam,
SubhanAllah

Monday, October 13, 2014

Senda Gurau

Subhan Allah
Hendaklah kita bersangka baik
Ya Allah jauhkan kami daripada nafsu ammarah

Isi Dunia, tak lebih daripada "bangkai kambing"  hanyalah sesuai kepada Haiwan Haiwan Yang Melata di mukabumi ini.
Manusia adalah Ciptaan Allah yang Terbaik, namun Iblis telah menyampaikan hajat kepada Allah, meminta tempoh (sampai Kiamat) akan membuktikan ke hadapan Allah, kepura puraan manusia

Demikian lah, menjadikan dunia dengan keduniaan senda gurau antara manusia, juga senda gurau, jin jin kepada manusia - Kalian boleh rujuk AlQuran surat az zukhruf surat ke 43: ayat 36 ke ayat 38.
Bagaimana syaitan mempersendakan manusia yang sombong, merasa dia di dalam kebenaran, sebaliknya adalah hanya bisikan syaitan, akibat tidak Ikhlas menauhidkan Allah.

Untuk menjaga diri kita masing masing, hendaklah Bersabar
Sabarlah menerima ujian ujian daripada Allah, daripada manusia
Sabarlah menempuh suasana dan ketika yang menimpa diri mu itu
Sabarlah, mohonlah Allah berikan kamu kemudahan dan keselamatan, agar dapat Keluar dari 'suasana dan ketika' itu kearah yang lebih baik

Sangka BAIK lah kepada Allah - Yang tersangat hampir dengan dirimu, Mohonkan kebaikan dariNYA - jauhi diri daripada fikiran dan perasaan negatif

Dunia ini hanyalah sementara - tentu saja isinya hanyalah "senda gurau"
Yang KEKAL hanyalah Allah, dan AKHIRAT

SEDAR lah
Peliharalah sahaja diri mu
dan ahli keluarga kamu, kaum kerabat kamu
agar tidak bersifat keji, tidak menaikkan nafsu syahwat, jauhi dari sifat sifat mazmumah

Dunia hanyalah permainan dan senda gurau

kecuali Ikhlas Percaya dan Berserah Allah, beramal kebaikan

Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”   ( Riwayat Al-Bukhari)

“Barangsiapa yang tidak menegur sapa saudaranya selama setahun, maka ia seumpama menumpahkan darahnya”. Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih.
(Riyad al-Salihin 2/216)

 “Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau berbalah.”

InshaAllah ya

Subhan Allah wahdahu la syarikalah





Friday, October 10, 2014

Permainan - Games

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).
(Muhammad 47:36)

Begitulah Pesanan dari Allah, kepada KekasihNya, Muhammad Rasulullah
Dan tiadalah Muhammad itu, melainkan adalah Ia Tauladan yang terbaik bagi kita, Termulia

Manusia yang tidak mahu Dengar dan Taat kepada Allah dan RasulNya, tiadalah hidayahNya, kepada mereka, jatuhlah mereka, atau, masuklah mereka, ke dalam PERMAINAN sahaja

Jika kalian dapat melihat, ada Pengalaman, di dalam kegiatan Dunia masakini, mudahlah kalian memahami.
Contoh: Mahkamah dunia, Peguam mencari 'lubang' agar menimbulkan keraguan supaya Pertuduhan dapat di patahkan, seolah olah, Perniagaan dunia, siapa sanggup bayar lebih dapat upah peguam yang lebih wibawa

Contoh lain: Dalam Hospital, jika kalian punya Insuran, atau ada banyak duit, dapatlah menggunakan perkhidmatan yang lebih berteknologi, daripada Pakar yang lebih handal

Contoh lain: bagi mengisi masa tersedia, berbagai acara sukan, Games di ada adakan, tak cukup Games di padang, di tanah, dalam stadium, dalam bangunan dan sebagainya, satu lagi kegilaan, Games di komputer, dan sekarang di smart phones, online games

Yang paling sedih adalah, ada Umat Islam , menyangka berbuat amal Ibadah, padahal mereka membuat Bidaah, subhanallah - beginilah sukarnya untuk kekal bersama Kesucian Islam yang Mulia dan memuliakan

contoh: Tauhid tidak membenarkan umat Islam untuk SYIRIK. Namun SYIRIK itu berada di pucuk Pemerintahan masakini. Sistem yang di terimapakai oleh kebanyakan negara umat Islam ialah, Demokrasi. apabila Islam menang di Sudan - suasana di ubah kepada pergaduhan sesama sendiri, sampai kini lah, berperang gerila sama sendiri - begitu juga apabila Islam menang di Mesir, selepas setahun, Askar menggulingkan kerajaan tersebut, dan menghukum bunuh kepada semua pejuang ikhwan  muslimin - lebih dari 600 orang serta ribuan orang awam tersiksa bersama

Apakah kita tidak dapat Melihat dan Menilai?
Adakah kita jenis orang yang tak mahu Beringat, tak mahu ambil pelajaran daripada Allah?
Subhanallah

Sekiranya, kita masuk berjuang di dalam Syirik, Tentulah kita payah beroleh aman
Patutkah kita masuk ke dalam PERMAINAN DUNIA
Lalu kita menyatakan ada Hukum Wajib sertai?

Subhanallah

Sedar lah hendaknya, jika ada Pertikaian, sila lah kembali kepada Allah dan RasulNya, kepada AlQuran dan Sunnah, Sunnah rasulullah sallallahu alaihi wasalam dan sunnah khulafah ar rasyidin

Hendaklah umat Islam membetulkan barisan (SAF SAF)  agar kita di terima Allah, mendapat Hidayah Allah, Berjuang di Jalan Yang DiRedhaiNya


subhanAllah
Wahdahu lasyarikalah


Thursday, October 9, 2014

BUIH

Mari kita lihat daripada sunnah, sirah dan hadis nabi sallallahualaihi wasalam

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi makanan dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu ramai tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan tak mahu mati."

Demikian sebuah Hadis perkataan nabi, yang terkena diri kita masing masing pada hari ini, zaman ini, suasana dan ketika masa kini

Orang Islam, mencari makan, meminta daripada orang bukan Islam. Pemimpin Umat Islam tidak membuka peluang yang cukup, untuk Muslim, kerana dalam Demokrasi ia memenangkan Kapitalis
Walaupun di Malaysia, tidaklah se BEBAS di lain negara demokrasi, namun hari ini, rata rata umat memintakan kebebasan atas nama Hak Asasi manusia, membelakangkan ajaran Islam. Inilah ibarat BUIH

ILMU tidak dapat menyuluh Jalan, bateri lemah, cahaya kebenaran tidak dapat menerangi suasana, Kebatilan lah menengelamkan kebenaran

BUIH berasal dari air yang banyak, besar Volumenya, seperti air lautan
Namun menjadi buih daripada lenggok Tari suasana lautan ibaratkan kehidupan masa kini
Umat dalam suasana kebatilan, ikut berbuat sesuatu amalan, hanya sekadar main maian dan senda gurau - sebab itulah tidak nampak kesungguhan

Berjayalah syaitan yang lemah, menipu dan memperdayakan, manusia, menampakkan indahnya Maksiat di mata manusia

Sebab inilah boleh Wujud amalan Bidaah yang tidak di rasai bersalah apabila melakukannya

Kehidupan masa kini, bila tiba Hari Raya, dua kali setahun, seronoknya bertakbir, kunun kununlah hendak tuluskan diri, ikhlas, suci hati, sembah Allah, bila masuk ke alam Pekerjaan, gagal tunduk dan menyerah diri hanya kepada Allah, sebaliknya mengutamakan Nafsu - BUIH lah kan

BUIH juga pandai berkata kata, menyampaikan kebenaran, namun dari segi amalan diri juga terabai

Mengapa kamu berkata sesuatu yang tidak kamu amalkan?

contohnya, suka dan asyik menuduh orang lain, menyangka dirinya tidak seperti itu, padahal, sangkaan yang tidak benar itu, berbaliklah kepada diri, itulah BUIH
BUIH BUIH di pinggir pantai, kembali ke dalam lautan, subhanallah

Jika kamu menghadapi Masalah, atau pun, penyakit, kembalilah kepada Allah
Jika kamu suka berbalah, tuduh menuduh, Kembalilah memegang Tali Allah
Rajin rajinlah memohon Faham dan Hidayah Allah sewaktu membaca AlQuran

Ketahuilah sifat sifat yang mulia, dan ambillah menjadi Pakaian Taqwa
dan ketahulah sifat sifat Keji dan maksiat serta mohonlah agar Allah memimpin jalan mu

InshaAllah
SubhanAllah wahdahu la syarikalah

Wednesday, October 8, 2014

Kisah Munafik

Satelah wafatnya, pembawa tauladan baik kepada manusia, berbagailah pembawaan diri yang di perlihatkan Allah

Berikut adalah sebuah kisah, bagaimana seorang daripadanya
Dia membuka sebuah Wakaf, kemudiannya mendapat sambutan, ramailah yang singgah di situ
Ibarat sebuah pelabuhan, di tepi lautan luas, tentulah ramai yang singgah beristirehat di situ
Namun bila berbagai dan bermacam perangai  yang singgah, dia tidak dapat mengekalkan dirinya sebagai Muslim dan meningkat kepada mukmin

Kepelbagaian kelakuan yang singgah, menjadikan dia tertekan
pada satu hari, dia berfikir dan menurut pertimbangannya, elok jika dia menukar 'uniform'nya
Satelah itu berlakulah, perdebatan, perbalahan, yang melampau lampau, ada Mengata, Mengeji, Menghina, Mengejek, Memperlekehkan, sangka Dia, orang tidak mengetahuinya

Namun Allah Maha Tahu, sengajalah di timpakan ujian mahu menilai, siapakah yang lebih baik amalannya

Amalan yang paling baik, ulamak semuanya setuju, ialah amalan yang ikhlas lillahi Taala

Namun kerana ia mahu menyembunyikan peribadinya, yang hafal alquran, dia ingin bermain main dengan pendatang yang singgah di wakaf itu. Itulah sudah berlaku, sifat munafik, bersangka dan mengeji serta menuduh berbagai bagai hinaan dan memperlekehkan lain oarang

Bijak bijak belaka pendatang, semua lah, jika bukan semua , kebanyakannya lah, tahu hal Islam
Wajib ikut sunnah, tapi payah bila umat dah seperti BUIH
itu yang mudah berlaku kelakuan Munafik

Subhanallah

Ilmu sudah di miliki, tetapi ingatan telah hilang kesedaran, maka berlakulah, kesesatan
Demikianlah kuatnya pengaruh, kebatilan, akibat tidak mahu wujudkan, kebenaran
Kerana itulah, Kebatilan telah menenggelamkan Kebenaran

Nama tidak boleh di berikan kerana ini kisah ustaz di mata manusia yang ramai
Semuga Allah memberikan hidayah Taufiknya kepada orang berkenaan, agar benarlah dia mendengar dan Taat kepada Ilmu kebenrannya

Subhanallah


Tuesday, October 7, 2014

DEGIL

Degil itu sifat Negatif sekiranya mengutamakan keduniaan semata

Apabila diri muslim meningkat kepada mukmin, tentu saja mempunyai pegangan, ilmu kebenaran, Islam, maka jika dirinya berpegang teguh dengan Islam, itu bukanlah Degil tetapi amal kelakuannya lebih utama dan terbaik lah

Namun dunia hari ini, akibat lemahnya Hal ehwal Islam, tidak menauhidkan Allah, keraplah menuduh orang lain DEGIL apabila tidak menerima dan menurut kehendak duniawi nya

Islam itu SUCI, hendaklah setiap diri Muslim , menjaga Kesuciannya
semuga meningkat diri ke arah beriman, dan berpegang teguh dengan kebenaran islam

bukan lah mudah untuk ber pegang teguh
kerana ibarat memegang Bara API

tentulah saja mudah terlepas dari genggaman
asbab inilah lebih baik menjaga diri, menambah baik diri sendiri, daripada keluh kesah dengan manusia lain

ingatlah, jika kamu benar beriman, Pelihara lah diri kamu, dan kaum kerabat kamu, daripada siksa api neraka, yang bahan bakarnya adalah, manusia dan batu

sampaikanlah dari KU walau satu ayat, Janganlah kamu seperti yahudi yang menyembunyikan sebahagian dan menyampaikan sebahagian, atau seperti nasrani, yang memandai mandai memaknai sendiri hal ayat ayatNya

jauhilah sifat DEGIL, sebaliknya, Genggam Erat lah Ilmu Haq, kebenaran semuga di pimpin Allah ke hadapannya, Jika dapat berada di sisi Allah, Bahagialah diri

subhanallah


Friday, October 3, 2014

Korban

Semakin hampir Aidil Adha 1435 Hijrah
Pengorbanan Ritual Haji bagi yang Mengerjakan Ibadah Haji
Selepas solat aidil adha, Korban ternakan di lakukan mengenang korban Habil dan Qabil
Lakukan ibadah, yang terbaik lah, semuga Allah kurniakan kejayaan


Bagi kita yang tak melakukan ibadah haji, silalah berkorban tenaga, harta, ternakan atau apa saja
sebagai maksud menjadi golongan yang percaya kepada Allah, kenalah berbakti kepada diri, kepada kaum kerabat, kepada orang tua tua, subhanallah


Silakan Perbaiki di kita ke arah lebih baik, lebih aman, lebih bahagia
Ingatlah Dunia hanyalah Tempat Ujian Allah berikan
Orang lain sebagai Cermin diri kita
Sesiapa yang dapat Ikhlas, bahagia itu milik dirinya

Masalah menimpa diri pula adalah akibat tangan sendiri, sendiri cari pasal, pemikiran negatif, tidak mengetahui, bersangka sangka, Subhanallah

Korban yang baik akan menambah kebaikan diri
Korban yang tak seberapa, tak elok, tak mulia, juga akan memberi kesan negatif pada diri

Semua itu pelajaran jika mahu berfikir
Semua itu Peringatan jika mahu kebaikan

Selamat Menyambut aidil adha, semuga mabrur