image

image

Friday, October 31, 2014

PeNyAkSiAn

Hakikat Syahadah Umat Islam, ialah, menyaksikan Kebenaran Allah dan Kebenaran Muhammad SAW
Kebenaran Allah itu, Maha Menciptakan Setiap sesuatu , segala galanya, Yang Awal dan Yang Akhir, Maha Halus, Meliputi termasuklah asma wa sifat NYA, serta Uluhiyah NYA dan Rububiyah NYA

Dan pada Muhammad itu menyaksikanlah sifat sifat Mulianya, Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah
Menyaksikan tauladannya, menjadilah Ikutan yang baik kepada mu, Dengar dan Taat kepada Muhammad mengamalkan sunnah sunnah kebaikan yang telah di tauladankannya

Rasulullah menyampaikan, Allah menyatakan, Jangan lah kamu mengaku sudah Beriman, tetapi katakanlah, aku muslim, amalakan dulu Islam kamu, semuga Iman masuk ke hati kamu

Sekiranya dapat menyaksikan, tentulah dapat membuktikan dan menambahkan Iman dalam diri masing masing

contoh: Solat itu Mencegah Keji dan Mungkar - sekiranya kita beramal dengan Ikhlas, mendirikan solat dengan tulus suci, kebaikan itu dapat pada kita, menjadi bukti amalan kita di terima dan di redhai Allah, bertambahlah iman kita, InshaAllah

Puasalah sebagaimana orang terdahulu berpuasa, semuga dapat bertaqwa - jika benar amalan kamu suci dan jujur, Ikhlas dirimu, dapatlah Kebaikan Taqwa itu, ingatlah kamu akan, Kuasa Allahlah yang menyihatkan, melepasi alam sebab musabab, jika makan itu mengenyangkan, Hakikatnya Allah lah. itu menjadi bukti memberi kesan kepada Iman dalam diri masing masing

Demikianlah juga, Zakat, serta sedekah, amal jariah itu bila dengan jujur ikhlas di lakukan akan dapat memberikan kebaikan pada diri, menjadi bukti menambah keimanan

Sebab inilah sistem Kafir dan Munafik itu, merencanakan diri kamulah yang berkuasa menentukan kejayaan kamu, iaitu akidah  Qadariah. Qadariah dinisbahkan dari perkataan Qudrat. Golongan ini beriktikad bahawa segala perbuatan manusia itu samada baik atau buruk adalah lahir dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri. seperti maksud, laporan prestasi diri dan sebagainya 

Juga kepada golongan yang tidak berusaha dan berikhtiar, sebaliknya hanya menyerahkan kepada Allah sahaja. beraqidah Jabariah,  Berasal dari perkataan al-jabr atau jabrun yang bermaksud tergagah atau digagahi. Muncul di Kufah pada zaman pemerintahan Umaiyah yang dibawa oleh seorang lelaki bernama Jaham ibn Safuan dari Khurasan, mazhab ini beriktikad bahawa manusia itu dipaksa dan digagahi sepenuhnya oleh ALLAH, manusia itu langsung tidak berkemampuan melainkan ALLAH dan manusia seperti kapas dan debu yang ditiup angin. Segala buruk dan baik itu ALLAH yang melakukannya ke atas manusia.

Penyaksian yang benar itu bukanlah sedemikian ya. Walaupun kita seakan akan BEBAS berbuat apa sahaja, hendaklah Kekal menyerah diri bertawakkal kepada Allah

Jika kalian mahukan Ilmu agar dapat beramal kemudian dapat membuktikan kejayaannya, agar dapat menambah Iman dan percaya, silakan ya. Hakikatnya apa sahaja amal kebaikan menurut sunnah itu memberikan kebaikan kepada diri masing masing

Insha Allah





2 comments:

  1. Kemana pun kamu melihat di situlah Wajah Allah

    Apa apa pun, yakni Segala glanya, setiap sesuatu itu daripada Allah, Milik Allah, yang ada dengan kita hanyalah sementara di dunia fana ini, di Akhirat apa yang terniat, Terlintas terus Fayakun, terus dapat

    mari kita lihat bukti amal yang menumbuhkan Iman
    Peperangan Jihad pertama ialah Perang Badar, 300 pejuang Islam di tentang oleh 1000 Kafir Quraish, dalam menghadapi situasi demikian, umat Islam meminta Rasulullah berdoa kepada Allah, memohon bantuan NYA
    Kalian boleh baca Sirah, sejarah ya, semuga dapat Melihat bagaimana Allah membantu dan kerana itu, peserta perang Badar di jamin Syurga

    Jika di nilai, ianya antara Hidup dan mati Islam, kerana itulah Allah memberikan BantuanNYA, dan Inilah bukti kenapa Umat Islam yang berfikir sepatutnya kena Genggam Erat Sunnah, bagai menggenggam Bara Api, Kejayaan menyertai orang yang mendapat Hidayah TaufikNYA

    Sewaktu di dalam Masjid Haram Mekah, terlintas di hatiku, bagaimanakah ada yang boleh SESAT dalam Masjid itu. Kemudiannya daku di bawa berjalan jalan mengelilingi itu Masjid, maka terjawab lah, situasi dan kondisi yang memungkinkan Sesat. Subhanallah

    Allah sentiasa mendidik, Yakinlah kepada Allah, Ingatlah dan sebutlah Allah sebanyak banyaknya

    inshaAllah

    ReplyDelete
  2. Bisikan hati manusia yang belum yakin dan mengenal Allah itu banyak daripadanya adalah, bisikan syaitan, jin dan bunian

    Hanya yang tiada dampingan saka baka, tiada gangguan jin, syaitan dan bunian, dapatlah Test pen mengetahui siapakah yang berbisik

    tanpa ada pengesahan itu di awal awalnya banyak menyetujui kebenran, namun akhir akhir nya, kenalah sepak terajang, kena stroke, coma, mati sebelah tubuh dan mati semua tubuh

    sebab inilah ada yang beri tazkirah, seruan kebaikan, seruan baca ayat ayat tertentu boleh halau syaitan jin, akhirnya mereka juga kena mild stroke, kena stroke, kena angin ahmar

    namun sebab tak Ikhlas, akan mudah di kuasai syaitan itu janji Allah yang memberikan tempoh kepada Iblis

    silakan ya, ingatlah Awaludin makrifatullah, semuga kenal hakikatnya
    Hakikat itu mendekatkan kepada Makrifatillah

    Hakikat berdampingan syaitan, tak akan mentaati Rasulullah, akan masih mengaku keakuan diri, tak ingat Izin Allah

    jadi silakan ya, sebagai mana ilmu Fardhu Ain, jika kamu memiliki, dapatlah ilmu itu menyuluh jalan hidup kamu

    sebab itu patut sangat sanagat mendahulukan kewajipan menuntut ilmu, agar dapat Hidayah Allah memudahkan diri dalam keselamatan bimbinganNya

    subhanallah, wahdahu laa syarikalah

    ReplyDelete