image

image

Tuesday, October 14, 2014

Mulia

Alhamdulillah, syukur nikmat atas Kurniaan Allah kepada manusia
Syukurlah Allah tunjukkan contoh tauladan yang boleh manusia ikuti, ingat lah naaa
tiadalah pada Muhammad itu melainkan Ikutan yang BAIK bagi mu

Manusia adalah ciptaan ALLAH yang Terbaik

Mulia lah sesiapa yang tahu menjaga diri agar dapat mengHORMATI antara sesama manusia
Kerana inilah, agar terjaga kemulian itu, kamu hanyalah menyampaikan kebenaran, HIDAYAH itu milik ALLAH - kerana itulah manusia di SERU

Demi masa, manusia didalam kerugian, kecuali yang percaya ALLAH, beriman dan beramal kebaikan, dan SABAR

Mulia apabila kita Bersabar menghadapi karenah manusia, kerana Time will TELL

Mulia lah orang Beriman dan Percaya dengan Kasih Sayang Allah kepada Ummat Muhammad
Mulia lah peribadi yang suka tolong menolong didalam kebajikan

Mulia lah, jika masuk ke Islam keseluruhan - Mulia apabila tidak "complaint" atas apa yang berlaku, kerana Allah Menciptakan Setiap sesuatu, dan Segala galanya

Mulialah apabila kita tidak Pulaukan peribadi manusia, kita menyampaikan kebenaran agar manusia dapat memperbaiki diri, menambah baik diri masing masing. kita tahu betapa Rasulullah dalam sirahnya, di pulaukan. apakah kini kita ikut contoh yang KEJI? atau kita mahu keluar dari sifat BURUK, kepada sifat yang baik?

Muhammad sallallahu alaihi wasalam itu di Tauladan kan Allah dengan menyempurnakan AKHLAK yang MULIA

TEGUR
Mulia teguran dengan menyatakan kebenaran Islam tanpa prejudis. Iaitu tidak menyalahkan PERIBADI, sebaliknya kebenaran yang di sampaikan itu, akan memungkinkan HIDAYAH ALLAH menimpa diri yang bersalah, jika dirinya mahu BERSERAH Allah, demikianlah ISLAM itu kamu berserah dirimu Bulat Bulat kepada Allah
dan Lain Orang itu terselamat dari Gangguan Lidah dan Tangan kamu

sebab inilah, Lagak kelakuan Muktazilah itu di katakan bukanlah, golongan Ahli Sunnah dan Berjamaah - lagak Qodariah dan lagak Jabariah itu bukanlah Ahli Sunnah dan Berjamaah
Kerana inilah Pemimpin Umat Islam menyatakan, hanya kumpulan Khariji lah, suka menuduh dan mengeji kebodohan lain orang

Islam itu patut di telitikan, Jika kita mahukan Kemuliaan,
Kemuliaan itu anugerah Allah
Syaitan dan Iblis, tidak pedulikan kemuliaan, bersangka buruk kepada Allah
Tidak percaya dan beriman, akan apa yang Allah Ciptakan
"manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik"
Syaitan dengki dan melakukan kekejian, Khianat serta adu domba, batu api, agar manusia itu, Keluh Kesah dengan dunia, tidak dapat memahami dan Mengertikan, Kerajaan Allah - AlMulk -

Sangka baiklah kepada Allah, agar mendapat hidayah dan pimpinanNya
Mulia bila dapat melakukan Keadilan berdasarkan Tauladan yang telah di tunjukkan oleh Muhammad Rasulullah

Letakkanlah sesuatu itu di tempat yang sepatutnya

semuga benarlah Penyaksian Syahadah umat Islam,
SubhanAllah

1 comment:

  1. Akhlak Mulia ialah milik manusia yang bertaqwa
    Sebelum mencapai taqwa, lojiklah baru baru mengenal, belajar masih bersifat munafik, kerana syirik itu sangat sukar ibarat semut hitam atas batu hitam di malam yang gelap pekat, maka itulah ulamak terpengaruh masuk ke dalam pemerintahan demokrasi, walau mereka sedar, amatlah payah untuk menegakkan hukum hakam Allah dengan undian

    sebab itu lah berlaku, seperti, permainan dan senda gurau sahaja, tiada kemuliaan, melainkan adu domba , dengki khianat, mengata menuduh, subhanallah

    Tak sedar bahawa Ahli Sunnah dan Berjemaah itu bukan begitu akhlaknya

    Akhlak Mulia itu, menyedari manusia ialah ciptaan Allah yang terbaik, Allah ciptakan dari yang satu, berbagai bangsa agar saling berkomunikasi, jujurlah menyampaikan kebenran islam, tak boleh tuduh menuduh dan lawan mengata, kerana menjaga kesucian Islam

    Subhanallah

    ReplyDelete