image

image

Friday, October 24, 2014

hijRAH

Ramai sudah tahu, definisi Hijrah
Ramai yang boleh beri Tazkirah hal Hijrah
Ramai yang faham maksud, namun nak berUBAH itu susah

kerana kita tidak berbatas sempadan kan Syariat Islam dan tidak berupaya untuk tidak Syirik

Suasana kita berada, kita jatuh ke dalam golongan Zalim, jatuh ke dalam Golongan Murtad, dan jatuh ke dalam Golongan Syirik, kerana dalam suasana yang kita hidup ini, tidaklah kita menauhidkan Allah. Suasana Permainan dan senda gurau, di ujudkan, dengan alatan dan kaedahnya, Mekanizam kehidupan, sekadar Permainan dan Senda gurau, Syiar di utamakan, untuk ZAHIR kehendak nak tunjukkan kebaikan, kemuliaan, tetapi bila kita menyertai Internet, komentar dan perkataan yang kita lontarkan, tidak menunjukkan kemuliaan Islam

kegagalan memahami Ujian Allah, tidak mengingati Perentah Allah, akibat diri seperti BUIH
kegagalan diri untuk Berserah kepada Allah menjadikan diri, menurut perangai Qarun, Hamann dan Firaun

Bila Menyertai Facebook, Twitter dan segala kemudahan di Internet, tidak menunjukkan diri itu, menauhidkan Allah, inilah Kesan Merdeka, dan kesan menyengutukan Allah dengan Nafsu

Hijrah itu menuntut Kesedaran
menuntut Penglihatan, amal perbuatan, perkataan, Perasaan, Pemikiran dirimu
untuk Berserah Allah
Memohon Taufik hidayahNYA
agar dapat keluar dari Kebatilan, kepada Kebenaran
Silakan ubah kelakuan, mohon Allah bantu
Rajin rajinlah membaca AlQuran
Tuluskan hati memohon Hidayah ALLAH

Pada Diri Muhammad SAW itu ada TAULADAN yang BAIK yang dapat di IKUTI

Pada Diri Khulafah Ar Rasyidin itu ada tauladan yang dapat kita IKUTI

InshaAllah, Mohonlah Allah bantu, agar terpelihara diri, serta mampu berbuat amal kebaikan
Keluarlah dari suasana Kebatilan, dan masuklah ke dalam Kebenran, secara menyeluruh
Kehidupan yang Allah redha hanyalah Islam

Subhanallah, wahdahu laa syarikalah

2 comments:

  1. Untuk memahami Hijrah Islam, kenalah kita tahu Sirah Rasulullah, muhammad SAW, serta Kisah Para Sahabat, kerana sewaktu di Mekah itu hanyalah seruan, Jangan sekutukan Allah, yakni hal Keimanan, Ketuhanan Allah Yang Esa

    Rata rata kita tahu menyatakan, 13 tahun Muhammad SAW menyampaikan kebenran itu, sampailah ke masa berlakunya Hijrah ke Madinah, lahir persahabatan sejati, atas ilah tauhid, apa yang terbaik pada kamu, kamu berikan kepada sahabat mu

    Ansar, ada mukminnya, memberikan seorang daripada isteri isteri mereka kepada sahabat Muhajirin, acara Jamaah yang kukuh di tunjukkan

    kita hari ini tak dapat melihat dengan Jelas
    sebab itu kita masih bertanya tanya, siapakah golongan ahli sunnah dan berjamaah itu

    Ahli Sunnah ialah, Muhammad SAW dan Abu Bakar siddiq, Umar al Khattab, Usman Affan, dan Ali Abi Talib berdasarkan hadis hadis nabi SAW - sunnah ku dan sunnah khulafah ar rasyidin - dan Jamaah Terbaik ialah sahabat sahabt mereka yang telah berkata Kami Dengar dan Taat

    satelah itu, sesiapa sahaja dari kalangan manusia yang tahu, dan mahu, berserah diri bulat bulat kepada Allah, dan orang lain terselamat daripada gangguan lidah dan tanganmu, itulah sebenar benar golongan ASWJ atau Aswaja

    InshaAllah ya,

    ReplyDelete
  2. Jika Kalian ingin berhijrah, daripada tidak mengetahui tauhid, kepada Ingat Allah dalam segala hal, InshaAllah
    Kami bagaimanapun hanya dapat ijazahkan ilmu, memberikan petua sahaja
    Jika kalian malas beramal, malas itu perdaya nafsu syaitan
    Jika kalian tidak memahami, kalian itu banyak dampingan syaitan
    banyak lahir bisikan dalam diri menidakkan ajaran tauhid, ingat Allah

    kalian tidakkah berfikir mengapa sampai 13 tahun rasulullah menyampaikan, Jangan sekutukan Allah

    jika usia 13 itu biasanya sudah Baligh dan Berakal, maka sudah ujud tanggungjawab diri

    kerana itulah satelah berhijrah, lahirlah, Perang Jihad, lahirlah syariat, mengukuhkan keimanan para sahabat

    Bagaimana pun kita kini tidak mengutamakan ilmu tauhid, jika ada pun tidak sampai mengenal asal usul kehidupan makhluk, sebelum di ciptakan, bagaimanakah keadaannya, dan dengan apa carakah Allah menciptakan alam makhluk ini

    sebab itu walau Allah menyatakan, Jin dan manusia untuk mengabdi diri kepada Allah
    Ada yang mengatakan ada makluk lain lagi, subhanallah

    Iblis dari api, Malaikat dari cahaya kebenaran, manusia ada unsur api, air, angin, tanah, kerana itulah kata Allah, ciptaan Terbaik

    silakan ya jika mahu tahu, datanglah bertemu kami, inshaAllah
    Jika tak ada izin Allah mohonlah Allah tunjukkan, jauhi daripada bisikan Nafsu Syaitan

    InshaAllah ya

    ReplyDelete