image

image

Thursday, October 9, 2014

BUIH

Mari kita lihat daripada sunnah, sirah dan hadis nabi sallallahualaihi wasalam

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi makanan dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu ramai tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan tak mahu mati."

Demikian sebuah Hadis perkataan nabi, yang terkena diri kita masing masing pada hari ini, zaman ini, suasana dan ketika masa kini

Orang Islam, mencari makan, meminta daripada orang bukan Islam. Pemimpin Umat Islam tidak membuka peluang yang cukup, untuk Muslim, kerana dalam Demokrasi ia memenangkan Kapitalis
Walaupun di Malaysia, tidaklah se BEBAS di lain negara demokrasi, namun hari ini, rata rata umat memintakan kebebasan atas nama Hak Asasi manusia, membelakangkan ajaran Islam. Inilah ibarat BUIH

ILMU tidak dapat menyuluh Jalan, bateri lemah, cahaya kebenaran tidak dapat menerangi suasana, Kebatilan lah menengelamkan kebenaran

BUIH berasal dari air yang banyak, besar Volumenya, seperti air lautan
Namun menjadi buih daripada lenggok Tari suasana lautan ibaratkan kehidupan masa kini
Umat dalam suasana kebatilan, ikut berbuat sesuatu amalan, hanya sekadar main maian dan senda gurau - sebab itulah tidak nampak kesungguhan

Berjayalah syaitan yang lemah, menipu dan memperdayakan, manusia, menampakkan indahnya Maksiat di mata manusia

Sebab inilah boleh Wujud amalan Bidaah yang tidak di rasai bersalah apabila melakukannya

Kehidupan masa kini, bila tiba Hari Raya, dua kali setahun, seronoknya bertakbir, kunun kununlah hendak tuluskan diri, ikhlas, suci hati, sembah Allah, bila masuk ke alam Pekerjaan, gagal tunduk dan menyerah diri hanya kepada Allah, sebaliknya mengutamakan Nafsu - BUIH lah kan

BUIH juga pandai berkata kata, menyampaikan kebenaran, namun dari segi amalan diri juga terabai

Mengapa kamu berkata sesuatu yang tidak kamu amalkan?

contohnya, suka dan asyik menuduh orang lain, menyangka dirinya tidak seperti itu, padahal, sangkaan yang tidak benar itu, berbaliklah kepada diri, itulah BUIH
BUIH BUIH di pinggir pantai, kembali ke dalam lautan, subhanallah

Jika kamu menghadapi Masalah, atau pun, penyakit, kembalilah kepada Allah
Jika kamu suka berbalah, tuduh menuduh, Kembalilah memegang Tali Allah
Rajin rajinlah memohon Faham dan Hidayah Allah sewaktu membaca AlQuran

Ketahuilah sifat sifat yang mulia, dan ambillah menjadi Pakaian Taqwa
dan ketahulah sifat sifat Keji dan maksiat serta mohonlah agar Allah memimpin jalan mu

InshaAllah
SubhanAllah wahdahu la syarikalah

No comments:

Post a Comment