Hidup manusia apabila tidak dapat mengikhlaskan diri pastilah akan menghadapi berbagai tipu helah dan mainan serta "manipulasi" Nafsu Syaitan.
Kerana itulah, berbagai bentuk dan jenis rawatan muncul untuk "service and management" diri manusia. Niat kebanyakan manusia mahukan kebaikan, kesihatan, afiat dan sejahtera
Namun apabila hidup tidak menurut "cara Islam" Allah menyatakan, Tiadalah akan di terima amalan kamu yang sedemikian - sia sia lah - hanya sekadar Permainan dan senda gurau
Jenis Rawatan
1. Ikut Sunnah Rasulullah SAW - La Tusyrik Billah - Jangan syirik kepada Allah, Jangan sekutukan sesuatu apa saja kepada Allah - Jika kamu bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah, Allah akan pimpin kamu keluar dari masalah, penyakit, ke jalan LURUS, yang mana kamu tidak terfikirkan
Inilah punca kelemahan, umat seperti BUIH, punca Hikmah yang hilang dari dada umat islam,
Sepatutnya, Pemimpin Umat Islam, Alim Ulamak, mengutamakan Pendidikan Tauhid serta membimbing peribadi muslim agar dapat Ingat Allah semasa menjalani hidup, subhanallah
Jika kalian tak dapat hidayah melihat, meneliti SIRAH, SUNNAH kalian akan masuk ke dalam permainan dan senda gurau sahaja, amalan akan jadi sia sia, kerugian BESAR di AKHIRAT nanti
Sesiapa yang tidak memperdulikan Pelajaran dari ayat ayat Allah melalui AlQuran, Syaitanlah akan menjadi kawan karib kalian, akan meloponglah bila Allah bertanya, mana kawan karib kamu yang kamu ikuti di dunia dulu?
Sepatutnya Pemimpin Umat Islam, Alim ulamak, dan Orang yang tahu, bimbing lah Umat Islam semua- namun ini hanyalah Harapan - Rancangan Allah, Takdir Allah, rela atau terpaksa, terpaksa AKUR juga
Apabila kalian mendalami Tauhid, Kalian dapatlah menjaga diri sendiri dan dapat pula memelihara kaum keluarga, kaum kerabat kalian - Inilah maksudnya Ilmu Merawat Diri - Ilmu Tauhid - dapat Ingat Allah dan memohon kepada Allah, tanpa bahasa tertentu, bahasa ibunda kalian kerana itulah Muhammad SAW bermesra dengan RABB nya, Cukuplah ALLAH bagiku, Kekasih belum tanya dah Jawab, belum mohon dah beri, SUBHAN ALLAH
Ilmu Merawat Diri - jika kamu menuntutnya, ibarat, dapatlah kamu ilmu memasak, dapatlah kamu memberi makan dirimu dan keluarga kamu, jika terasa lapar, tahu kaedahnya, dapatlah menyediakan makanan dan minumannya, semuga berjaya
2. Yang tak ikut sunnah umpama kalian membeli 'nasi bungkus' selepas makan kenyang, bila lapar kena pergi cari lagi dan lagi, ulang berulang, berapa kos kalian tak mengira
Bila ada kaedah Merawat diri, dan keluarga, kaedah menjaga memelihara, kalian akan tuduh yang macam macam, begitulah bila turut Nafsu bisikan syaitan.
Sebab itulah kunun kunun ajarkan orang suruh baca ayat Kursy, agar terhindar dari syaitan
Diri sendiri pula kena tamparan syaitan
Tak Ingat kah, Hanya Hamba hamba KAMI yang IKHLAS, syaitan tidak dapat menguasai
Semuga kalian dapat mengerti
Semuga kalian di letakkan di sisi Allah
Semuga kalian dapat kemudahan
Semuga kalian dapat keselamatan
Semuga dapat menambah Iman bila dapat HidayahNYA
InshaAllah
Ikhlas hanyalah apabila dapat bentuk diri sendiri menauhidkan Allah
ReplyDeleteItulah usaha ikhtiar manusia
Jika kamu berjalan mencari Allah, Allah berlari menuju kamu, begitulah hendaklah Jujur menuntut Ilmu agar dapat sampai kepada NYA
Sesiapa yang telah menuntut dan di berikan Ilmu, tergantung Hidayah Allah lah, redha idak kepada dirimu
Jika Allah redha itu kamu di kurniakan kemudahan dan keselamatan, dapat Taufik Hidayah Beramal, kebaikan akan bersama kamu
Jika kamu mengkritik, komplen, mengata dan mengeji tentang Ilmu Allah, Hidayah Allah tak akan sampai kepada kamu
Inilah yang Ulamak menyatakan, sangka baiklah, bersangka baiklah kepada Allah
Gerak dan Diam itu daripada Allah
semuga Sedar dan Ingatlah
InshaAllah
Rawatan rawatan yang di sukai oleh orang kebanyakan ialah, bersandar kepada orang yang tahu, seperti doktor, tok imam, guru dan sebagainya
ReplyDeleteSekiranya ada Ilmu dan Ingat Allah dapatlah mohonkan kemudahan dan keselamatan daripada Allah
inilah yang wujudnya istilah: Awaludin makrifatulloh
jika ikut telunjuk manusia, payahlah nak capai, melainkan manusia yang di ikuti itu Pewaris para nabi
Untuk maksud pewaris itulah kena jaga dan telitikan, sanad dan riwayat ilmu
agar selepas menuntut adalah dapat memiliki ilmuNya
subhanallah
Ruqyah yang haram
ReplyDeletePara ulama berpendapat pada dasarnya ruqyah secara umum dilarang, kecuali ruqyah syariah.
Mantera/jampi yang haram adalah yang di dalamnya terdapat permohonan bantuan kepada selain Allah, atau dengan selain Bahasa Arab. Mantera yang demikian boleh menjatuhkan pelakunya kepada kafir kerana ucapan yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan kepada Allah SWT.
Di dalam masyarakat kita, terdapat Tok Bomoh dan seumpamanya (Guru Silat dll) yang menggunakan jampi atau mentera yang menyeru khadam-khadam (jin) untuk meminta pertolongan bagi membantu merawat para pesakit. Kebiasaannya jampi tersebut dimulai dengan bacaan Basmallah (بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ), salam, sebutan nama Nabi, nama-nama Khalifah dan disudahi dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah atau sebutan syahadah. Unsur syirik (menyamatarafkan Allah SWT dengan makhluk) terdapat di dalam seruan di tengah-tengah jampi tersebut yang berupa seruan kepada Jin yang diperintahkan untuk datang untuk meminta pertolongan terhadap sesuatu seperti mengganggu orang-orang tertentu, merasuk, menguasai roh orang berkenaan membolehkan orang yang berkenaan hilang akal, sasau atau sebagainya.
Perlu difahami bahwa sebutan kalimah-kalimah Islami tidak menjamin amalan yang dilakukan tersebut sesuai dengan amalan Islam bahkan ianya menjurus kepada kekeliruan kepada orang awam, penyimpangan aqidah dan penghinaan terhadap keagungan Allah SWT.
“Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)”. (Al-Hijr : 42)
berpandukan Syariah itu adalah satelah mendapat Pelajaran daripada Ilmu Pengetahuan syariat islam itu
Yakin itulah dapat membimbing orang lain
Kalian tahu, Allah melarang manusia mengambil Pemuda Jin sebagai kawan, Allah beritahu itu hanya menambah sombongnya Jin
ReplyDeletemaksud sombong ialah, tidak berlaku siddiq, menyampaikan kebenaran
sebab itu ada Bomoh dan ustaz berdampingan Jin, menyampaikan khabar secara sipi sipi, tanpa kenyataan sebenar, seakan akan ada benar, telahan masa depan dan apa bakal berlaku
Demikianlah yang berlaku pada pakar horoskop, sebab itu ALLAH larang dan Islam larang jangan TILIK menilik
Bagaimana pun secara Umumnya, apabila kamu ada dampingan Jin, jin itulah mengheret kamu ke arah, rawatan yang menggunakan dampingan jin, kerana itu ada persembahan, mendamaikan sementara, subhanallah
jika kamu tak dapat ingat tulisan tentang berbagai topik di sisni kamu tak dapat menerima lah, inshaAllah ya, mohonlah Allah berikan kamu kefahaman
Ikhlas umpama kalimah tauhid, menuntut kita sebelum berbuat sesuatu, meluruskan niat, lillahi
apabila ada sangsi, prejudis, itu menunjukkan diri masih di kuasai Bisikan Syaitan, Nafsu umumnya menyukai
Sia sia lah amalan sebegitu
Subhanallah wahdahu laa syarikalah