image

image

Wednesday, October 15, 2014

JAHILiah sebelum perlantikan Muhammad SAW

Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala  yang bermaksud  jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun,iaitu dari tahun 300 M hingga 610 M.seperti yang ditunjukkan dalam carta masa dibawah.Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman ,Nabi  Ibrahim ,Nabi Ismail,Nabi Musa,Nabi Isa dan lain-lain.

Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu,tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan.Ahklak mereka adalah rendah,misalnya mereka bersifat kejam,angkuh dan degil.Dengan kedatangan Islam,kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses perubahan.


Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah

Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari pula menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan penempatan mereka berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada.

Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama wathani (menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.)

Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan pandai berpidato.

Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas sebab yang kecil.Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang sesama sendiri.Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita?.Malaysia,Sebagai sebuah negara berbilang kaum,kita harus mengekalkan persefahaman yang telah sedia wujud di negara kita demi perpaduan masyarakat.Dengan semangat perpaduan dan persefahaman ini,maka usaha-usaha kearah pembangunan negara akan berhasil.  

paparan ini adalah NOTA pelajar tingkatan 4 SMKLSB tanpa ubahsuai


No comments:

Post a Comment