Subhan Allah
Hendaklah kita bersangka baik
Ya Allah jauhkan kami daripada nafsu ammarah
Isi Dunia, tak lebih daripada "bangkai kambing" hanyalah sesuai kepada Haiwan Haiwan Yang Melata di mukabumi ini.
Manusia adalah Ciptaan Allah yang Terbaik, namun Iblis telah menyampaikan hajat kepada Allah, meminta tempoh (sampai Kiamat) akan membuktikan ke hadapan Allah, kepura puraan manusia
Demikian lah, menjadikan dunia dengan keduniaan senda gurau antara manusia, juga senda gurau, jin jin kepada manusia - Kalian boleh rujuk AlQuran surat az zukhruf surat ke 43: ayat 36 ke ayat 38.
Bagaimana syaitan mempersendakan manusia yang sombong, merasa dia di dalam kebenaran, sebaliknya adalah hanya bisikan syaitan, akibat tidak Ikhlas menauhidkan Allah.
Untuk menjaga diri kita masing masing, hendaklah Bersabar
Sabarlah menerima ujian ujian daripada Allah, daripada manusia
Sabarlah menempuh suasana dan ketika yang menimpa diri mu itu
Sabarlah, mohonlah Allah berikan kamu kemudahan dan keselamatan, agar dapat Keluar dari 'suasana dan ketika' itu kearah yang lebih baik
Sangka BAIK lah kepada Allah - Yang tersangat hampir dengan dirimu, Mohonkan kebaikan dariNYA - jauhi diri daripada fikiran dan perasaan negatif
Dunia ini hanyalah sementara - tentu saja isinya hanyalah "senda gurau"
Yang KEKAL hanyalah Allah, dan AKHIRAT
SEDAR lah
Peliharalah sahaja diri mu
dan ahli keluarga kamu, kaum kerabat kamu
agar tidak bersifat keji, tidak menaikkan nafsu syahwat, jauhi dari sifat sifat mazmumah
Dunia hanyalah permainan dan senda gurau
kecuali Ikhlas Percaya dan Berserah Allah, beramal kebaikan
Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari” ( Riwayat Al-Bukhari)
“Barangsiapa yang tidak menegur sapa saudaranya selama setahun, maka ia seumpama menumpahkan darahnya”. Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih.
(Riyad al-Salihin 2/216)
“Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau berbalah.”
InshaAllah ya
Subhan Allah wahdahu la syarikalah
Permainan dan senda gurau adalah dari ayat 36 surah ke 47 iaitu surah muhammad
ReplyDeleteAllah menerangkan kepada nabi muhammad sallallahu alaihi wasalam
maksudnya juga kepada mukminin mukminat dan yang darjatnya lebih dari itu, agar menjaga diri agar sentiasalah beramal dan berserah Allah, kerana dunia pada orang munafik dan kafir hanyalah, permainan dan senda gurau
kita telah menyaksikan, bagaimana, parti PAS membawa rang undang undang Qisas, atau hudud, tetapi akibat dari tak cukup qourum undian tak dapat di laksanakan hukum Allah itu
Parti pimpinan Kerajaan pula menyatakan ada kesilapan dalam rang undang undang HUDUD PAS tersebut
Demikianlah, permainan dan senda gurau, politik bila berada dalam Demokrasi
Bila dalam Syura tentu saja bekerjasamalah golongan yang Beriman dan Percaya
Ulamak malaysia juga banyak yang terlibat melakukan SYIRIK tanpa sedar
itulah masalah utama, bencana menimpa diri akibat dari Tangan kamu sendiri
Subhanallah
wahdahu la syarikalah
Zaman kita ini berbagai gadget berinternet kebanyakan manusia ada miliki, namun hadis berkaitan 3 hari tak bertegur sapa itu, Haram, tidak di endahkan
ReplyDeleteContohnya, yang membuka situs berforum, suka banned dan gam orang yang tidak menurut kehendak mereka, mengaku Islam, tapi tak ingat hadis rasulullah tersebut, walaupun ada alamat email tak juga di gunakan memaafkan dan berkomunikasi, inilah perangai kedegilan, agaknya jenis munafik suka bergurau senda, subhanallah
tak ada dalam sunnah nabi sallalahu alaihi wasalam lah, Banned dan Gam, sebaliknya Islam mengutamakan, penambahbaikan setiap diri, dengan menganjurkan taubat, dan istighfar dan saling bermaaf maafan
agaknya, tunggu aidil fitri sajalah kot, baru nak mohon ampun maaf, subhanallah
beginilah ya perangai munafik
tak sedar walaupun sudah menyangka dirinya tahu dan hafal alquran, subhanallah
tidak mengapa ya, kerana Allah sentiasa menguji , siapakah yang lebih baik amalannya
sesiapa yang memaafkan kesilapan muslim atas kasih sayang, tidak sombong nak ke syurga sendirian, dia lah yang terbaik, dan tentulah beroleh aman, subhanallah
demikianlah sedikit contoh, senda gurau di Internet