image

image

Saturday, October 18, 2014

Pengalaman selepas Maghrib Tadi

Semasa sedang hendak berwuduk untuk solat maghrib, bahu di tepuk seseorang, dia mempelawa ke Pejabatnya, bagi melihat sendiri, kaedah Rawatan ke atas, pesakit stroke

Semasa tiba, dia sedang membuat rawatan. dengan memegang atau mencuit kaki pesakit, dan kemudian menggunakan kakinya menguis nguis kaki pesakit, saya pun tak terus melihat sebaliknya duduk di kerusi pelawat sahaja

Untuk tidak menyakiti sesiapa, saya hanya meminta dan bertanya dalam hati sahaja

Kemudian Perawat berbicara tentang rawatannya
Dia keletihan selepas melakukan rawatan tadi - sesekali saya katakan, kuis hantu, dia menjawab, syaitan

satelah itu Perawat masuk semula ke bilik rawatan, meneruskan rawatan ke atas pesakit stroke tadi
sudah 2 kali di lakukan, pesakit hanya perlu bawa Garam dan limau - untuk rawatan stroke
biasanya ada ulangan sampai 3 kali, walaupun kali kedua sudah boleh angkat kaki, pesakit tidak di benarkan berjalan

Kemudian dia datang bertemu saya lagi, saya tak bertanya dia, sebaliknya tanya dalam bathin, dia datang menjawab

Dia halau jin syaitan, saka baka, pesakit agar keluar dari pesakit dan duduk di suatu tempat lain, kawasan berbukit ada tasik, atau kolam - dia katakan, sekarang tuan kamu sakit, kamu diamilah di tempat itu, sehingga tuan kamu sihat, kamu baliklah kepada tuan kamu - Inilah contoh perdamaian, daripada pengamal rawatan alternatif yang berdampingan Jin

beginilah rawatan, cajnya boleh sampai RM500 satu sessi rawatan
ada websitenya tapi tak perlulah saya berikan

cara yang di lakukan memang ada memakai persembahan, seperti, limau, sotong, dan sebaginya serta akar kayu, herba

tak mengapalah ya, manusia itu tertakluk atas apa yang di percayainya
Kamu tidak menanggung dosa lain orang, kesesatan itu akibat tangan sendiri

beginilah - apabila kita bertanya dalam hati, Jawapan di bantu oleh Allah, menerangkan, kesesatan
perlahan lahanlah kita wajib menyampaikan kebenaran Islam, dengan jujur dan ikhlas, menjaga kesucian Islam

Subhanallah wahdahu la syarikalah

3 comments:

  1. Pengalaman pengalaman begini saya hadiri, sejak 2001, sebaik saja kembali dari umrah pada masa itu

    Ini menjadikan saya menyatakan punca penyakit dan masalah manusia, banyak di pengaruhi bisikan Nafsu syaitan

    akibat dari kegagalan manusia - tidak dapat Ikhlas menauhidkan Allah
    Tidak mengenal Allah, tidak kenal diri, lalu banyaklah persangkaan, menuduh dan mengeji, tanpa pengetahuan

    silakan lah ya
    semuga asam garam kehidupan, memberikan pelajaran kepada diri masing masing

    InshaAllah

    ReplyDelete
  2. Yang Paling BETUL dan BENAR ialah TAHU menjaga DIRI, DZAT Allah menghidupkan dan menyihatkan, menghindari DIRI daripada masalah dan Penyakit

    Ruqyah Dzatiyah

    Rasulullah SAW dalam berbagai kesempatan menyampaikan kepada para sahabatnya untuk melakukan ruqyah dzatiyah, yaitu seorang mukmin melakukan penjagaan terhadap diri sendiri dari berbagai macam gangguan jin dan sihir. Hal ini lebih utama dari meminta diruqyah orang lain. Dan pada dasarnya setiap orang beriman dapat melakukan ruqyah dzatiyah. Berkata Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa,” Sesungguhnya tauhid yang lurus dan benar yang dimiliki seorang muslim adalah senjata untuk mengusir syathon”.

    Beberapa hadits di bawah adalah anjuran Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam kepada orang beriman untuk melakukan ruqyah dzatiyah;

    “من قرأ آية الكرسي في دبر الصلاة المكتوبة كان في ذمة الله إلى الصلاة الأخرى”

    “Siapa yang membaca ayat Al-Kursi setelah shalat wajib, maka ia dalam perlindungan Allah sampai shalat berikutnya” (HR At-Tabrani).

    عن عبد الله بن خُبَيْبٍ عن أَبيهِ قالَ: “خَرَجْنَا في لَيْلَةٍ مَطِيرَةٍ وظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم يُصَلّي لَنَا قالَ فأَدْرَكْتُهُ فقالَ: قُلْ. فَلَمْ أَقُلْ شَيْئاً. ثُمّ قالَ: قُلْ فَلَمْ أَقُلْ شَيْئاً. قالَ قُلْ فَقُلْتُ مَا أقُولُ قال قُلْ: قُلْ {هُوَ الله أَحَدٌ} وَالمُعَوّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي وتُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلّ شَيْء”.

    Dari Abdullah bin Khubaib dari bapaknya berkata, ”Kami keluar di suatu malam, keadannya hujan dan sangat gelap, kami mencari Rasulullah SAW untuk mengimami kami, kemudian kami mendapatkannya.” Rasul SAW berkata,” Katakanlah”. “ Saya tidak berkata sedikit pun”. Kemudian beliau berkata, “Katakanlah.” “Sayapun tidak berkata sepatahpun.” “Katakanlah, ”Saya berkata, ”Apa yang harus saya katakan?“ Rasul bersabda, ”Katakanlah, qulhuwallahu ahad dan al-mu’awidzatain ketika pagi dan petang tiga kali, nescaya cukup bagimu dari setiap gangguan.” (HR Abu Dawud, At-tirmidzi dan an-Nasa’i)

    مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

    “Siapa yang membaca dua ayat dari akhir surat Al-Baqarah setiap malam, maka cukuplah baginya.” (Muttafaqun ‘alaihi)

    مَنْ نَزَلَ مَنْزلاً ثُمَّ قالَ: أعُوذُ بِكَلِماتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرّ مَا خَلَقَ، لَم يَضُرُّهُ شَيْءٌ حَتى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذلكَ”.‏

    “Siapa yang turun di suatu tempat, kemudian berkata, ‘A’udzu bikalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq’, niscaya tidak ada yang mengganggunya sampai ia pergi dari tempat itu.” (HR Muslim)

    Oleh kerana itu orang beriman harus senantiasa melakukan ruqyah dzatiyah dalam kesehariannya. Hal-hal yang harus dilakukan dengan ruqyah dzatiyah adalah:

    Memperbanyak dzikir dan doa yang ma’tsur dari Nabi SAW, khususnya setiap pagi, petang dan setelah selesai shalat wajib.
    Membaca Al-Qur’an rutin setiap hari
    Meningkatkan ibadah dan pendekatan diri kepada Allah.
    Menjauhi tempat-tempat maksiat
    Mengikuti majlis ta’lim dan duduk bersama orang-orang shalih

    inshaAllah

    ReplyDelete
  3. Bila manusia itu mempunyai Saka Baka dari kalangan Jin bunian dan syaitan, itu yang menjadikan jika mereka di timpa penyakit, serata alam mencari perawat kerana Saka Baka itu terlebih tahu, di manakah musuhnya, di mana pula kawan sejenisnya

    Musuh Jin syaitan adalah Tauhid Ilallah, begitu juga manusia syaitan tidak menyukai cerita ketuhanan Allah dan tauhid

    Bila tiada pengalaman akan mudahlah merasa keliru,. tak berminat untuk ambil tahu, dan mencari jalan agar dapat Ikhlas, maka sia sia saja amalan yang bersaka baka, berdampoingan jin bunian syaitan

    silakan ya, Pengalaman itu mematangkan diri
    kerana itu Allah menyeru, agar kamu berjalan lah serata alam, saksikan amalan umat terdahulu

    janganlah sombong kamu berjalan atas muka bumi tak dapat membelahnya, subhanallah

    silakan

    ReplyDelete