Allah Maha Menciptakan, dan berterusan Merancang, maka Rancangan siapakah yang berjaya?
Bahawa kehidupan dunia tidaklah ia, melainkan hanyalah Permainan dan senda gurau
kecuali kamu Beriman dan beramal soleh, beramal kebaikan, beramal kebajikan
Ingatlah, Kejayaan bukanlah sekadar dalam ini Dunia sahaja
Inilah Pesona Demokrasi - Pecah dan Perentah, mengutamakan sistem daripada Rakyat kepada Rakyat
Rasa hendak bertuhan itu pilihan masing masing lah, sebab itu acara Tauhid tidak di utamakan, hanyalah Syiar di utamakan - kerana itulah, Solat Jumaat itu Syiar Islam yang Wajib, sudah ada Hukuman menanti bagi yang tidak pergi solat Jumaat - walaupun mereka mahu menegakkan Islam, hanyalah syiar, syariat yang di paksa paksakan
Kelemahan Tauhid, sangat menunjukkan, kelemahan antara umat islam sendiri, tidakkah mereka mahu mengambil pelajaran dari AlQuran?
Barangsiapa yang tidak memperdulikan Pelajaran dari Allah, dari AlQuran, Allah akan hantarkan syaitan syaitan yang banyak kepadanya, Lama kelamaan menjadilah syaitan syaitan itu kawan akrab mereka, mereka sangka di dalam kebenaran, Bila sudah mati, Allah akan Tanya, mana kawan karib yang kamu ikuti dulu? itu waktu baru nak SEDAR, tak ada gunanya lagi
Untuk menuju Kejayaan Dunia sampai Ke AKHIRAT
kenalah perhatikan NIAT masing masing
kena lah IKUT SUNNAH yang telah di tauladankan oleh Muhammad Sallallahu alaihi wasalam
inilah maksud jika kalian tak mahu SESAT, Dua Perkara ambillah tauladan, Dengar dan Taatlah, iaitu ALQURAN dan SUNNAH
Kejayaan untuk sampai ke redhaan ALLAH semestilah menurut Tauladan yang sudah DIA - ALLAHU TAALA perakui
Kebenaran untuk Kejayaan ialah, bila dapat Taat Perentah Allah, mengikut cara Rasulullah SAW
Amalan yang tidak Ikhlas itu SIA SIA sahaja
IKHLAS adalah menepati kehendak Allaah
subhanALLAH wahdahu laa syarikalah
Perjuangan Yang tidak mengikut Sunnah
ReplyDelete1. Sistem Politik yang tidak menauhidkan Allah
2. Sistem Pendidikan yang tidak mengutamakan Tauhid
3. Sistem Kehidupan yang tidak mengikut Cara Islam
4. dan Berbagai lagi sistem, termasuklah ke dalam Permainan dan senda gurau apabila amalan tersebut tidak menurut Tauladan Muhammad SAW
Jika di perincikan, akan sakit hatilah rata rata manusia,
Jika di teruskan, akan ada tuduhan, ala kamu sajalah yang benar, sombong, berlagak, takbur, tak makan saman, dan sebagainya
tak mengapalah ya
jauhilah pertuduhan tanpa ilmu
jauhilah persangkaan, tanpa melihat ke dalam AlQuran dan Sunnah Muhammad SAW dan sunnah khulafah ar Rasyidin
jika tak mahu Sesat, silakan
sebab inilah, Allah Yang Memelihara kebenaran AlQuran
Semuga kalian adalah orang yang Hafal ayat ayatNya
dan mampu mengambil pelajaranNya
inshaAllah
Zaman sekarang, Rasulullah beritahu, siapa yang menegakkan sunnahnya, biarpun sekelilingnya sudah rebah, dirinyalah terbaik, dan mendapat keredhaan Allah
ReplyDeleteMaka sudah tentulah apabila sudah ada tauladan, dan sudah pun di buktikan kejayaannya oleh, para sahabatnya yang berjamaah bersamanya
dalam satu peperangan, di tunjukkan kepada kita, apabila jamaah umat islam tak ingat pesanan rasulullah, nafsu mahukan harta rampasan perang, maka di tinggalkan tempat kawalan, akhirnya saidina hamzah telah syahid dan mayat di keroyok oleh kafir mekah, begitulah maksud:
Kejayaan apabila Dengar dan Taat kepada Rasulullah
Bila tak ikut Sunnah, hidup sendirilah akan punah ranah, tangan sendirilah tu memilih, Allah dah beri Keterangan bayan Hidayahnya
tak mahu tersesat, terbuat salah, rajin rajinlah menuntut Ilmu Islam, Ilmu AlQuran dan Ilmu dari sunnah perbuatan dan perkataan nabi SAW
dan bermohonlah agar Allah memberikan kamu kemudahan dan keselamatan, agar tidaklah terbabas ke dalam lubang yang sama, berulang kali, inshaAllah
Ingat lah ya
AlQuran dan sunnah itulah Rujukan utama dalam hal Penyaksian syahadah
semuga dapat melihat dan mendengar Kebenaran daripada Allah