image

image

Friday, October 10, 2014

Permainan - Games

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).
(Muhammad 47:36)

Begitulah Pesanan dari Allah, kepada KekasihNya, Muhammad Rasulullah
Dan tiadalah Muhammad itu, melainkan adalah Ia Tauladan yang terbaik bagi kita, Termulia

Manusia yang tidak mahu Dengar dan Taat kepada Allah dan RasulNya, tiadalah hidayahNya, kepada mereka, jatuhlah mereka, atau, masuklah mereka, ke dalam PERMAINAN sahaja

Jika kalian dapat melihat, ada Pengalaman, di dalam kegiatan Dunia masakini, mudahlah kalian memahami.
Contoh: Mahkamah dunia, Peguam mencari 'lubang' agar menimbulkan keraguan supaya Pertuduhan dapat di patahkan, seolah olah, Perniagaan dunia, siapa sanggup bayar lebih dapat upah peguam yang lebih wibawa

Contoh lain: Dalam Hospital, jika kalian punya Insuran, atau ada banyak duit, dapatlah menggunakan perkhidmatan yang lebih berteknologi, daripada Pakar yang lebih handal

Contoh lain: bagi mengisi masa tersedia, berbagai acara sukan, Games di ada adakan, tak cukup Games di padang, di tanah, dalam stadium, dalam bangunan dan sebagainya, satu lagi kegilaan, Games di komputer, dan sekarang di smart phones, online games

Yang paling sedih adalah, ada Umat Islam , menyangka berbuat amal Ibadah, padahal mereka membuat Bidaah, subhanallah - beginilah sukarnya untuk kekal bersama Kesucian Islam yang Mulia dan memuliakan

contoh: Tauhid tidak membenarkan umat Islam untuk SYIRIK. Namun SYIRIK itu berada di pucuk Pemerintahan masakini. Sistem yang di terimapakai oleh kebanyakan negara umat Islam ialah, Demokrasi. apabila Islam menang di Sudan - suasana di ubah kepada pergaduhan sesama sendiri, sampai kini lah, berperang gerila sama sendiri - begitu juga apabila Islam menang di Mesir, selepas setahun, Askar menggulingkan kerajaan tersebut, dan menghukum bunuh kepada semua pejuang ikhwan  muslimin - lebih dari 600 orang serta ribuan orang awam tersiksa bersama

Apakah kita tidak dapat Melihat dan Menilai?
Adakah kita jenis orang yang tak mahu Beringat, tak mahu ambil pelajaran daripada Allah?
Subhanallah

Sekiranya, kita masuk berjuang di dalam Syirik, Tentulah kita payah beroleh aman
Patutkah kita masuk ke dalam PERMAINAN DUNIA
Lalu kita menyatakan ada Hukum Wajib sertai?

Subhanallah

Sedar lah hendaknya, jika ada Pertikaian, sila lah kembali kepada Allah dan RasulNya, kepada AlQuran dan Sunnah, Sunnah rasulullah sallallahu alaihi wasalam dan sunnah khulafah ar rasyidin

Hendaklah umat Islam membetulkan barisan (SAF SAF)  agar kita di terima Allah, mendapat Hidayah Allah, Berjuang di Jalan Yang DiRedhaiNya


subhanAllah
Wahdahu lasyarikalah


1 comment:

  1. Jika kamu Percaya Allah dan bertaqwa, jika kamu Percaya Allah dan beramal Kebajikan tidaklah kamu menghitung pahala, Amalan ikhlas itu berserah Allah bulat bulat, Sedar Absolute kuasa Allah, tentulah terhindar dari jatuh ke dalam Permainan sahaja

    Demikianlah kebaikan yang dapat di capai jika diri dapat Hidayah Allah, Ingat kepadaNya sentiasa

    Mulakan gerak kamu, dengan Basmallah, jauhi dari prejudis diri, Ikhlaslah, semuga dapat Pimpinan Tufik Hidayah Allah

    ReplyDelete