image

image

Tuesday, October 14, 2014

CeRdik

Allah Subhanahu WaTaala menciptakan segala galanya, setiap sesuatu, dan tidaklah Allah menciptakan Jin dan Manusia melainkan sebagai abdiNYA - boleh mencapai darjat lebih tinggi daripada MalaikatNYA kerana Manusia itu adalah ciptaanNYA yang Terbaik

namun kerana adanya Nafsu yang menyukai bisikan Syaitan - manusia boleh menjadikan diri mereka lebih hina daripada segala haiwan yang melata, yang tidak di kurniakan Aqal

inilah sebagai UjianNYA
adakah manusia mahu berfikir?

pada bulan, bintang, dan mukabumi serta alam semesta, juga pada diri manusia itu sendiri, ada BUKTI kebesaranNya, tidakkah kalian mahu memikirkannya

Fikir itu lebih utama dari Amal, kerana itulah, sebelum berAmal, di tuntut agar lebih Mengetahui terlebih dulu

Jika kamu tak mahu SESAT, dua perkara jadikanlah Pegangan, gigit dengan Geraham, agar KOKOH pegangan mu - itulah AlQuran dan sunnah sunnah Muhammad SAW dan sunnah sunnah khulafak ar Rasyidin - kena Ingat, kena mohon Allah hidayahkan kepada mu Ingatan kepadaNYA


Soalan Bodoh
Jika kamu tidak Ingatkan pesanan Rasulullah itu, tentulah kamu akan bertanyakan soalan, apa kena BUAT

Tabligh telah menjawab, Kejayaan itu adalah apabila dapat Taat perentah Allah, ikut cara Rasulullah

Ingatlah, janganlah tanya soalan bodoh
sebagai contoh: Kenyataannya, Politik di bawah sistem demokrasi itu adalah Zalim, Murtad, Syirik
kerana tidaklah Demokrasi itu akan memakai Hukum Hukum daripada Allah, Tuhan
Demokrasi ialah daripada Rakyat, kepada Rakyat, manusialah, berkuasa menentukan hala tuju kehidupan mereka - inilah bentuk Kezaliman, jika tidak di telitikan, tak mungkin dapat HIDAYAHNYA melihat -

soalan bodoh pertama: jika kamu berkata demokrasi itu syirik, sistem politik kepartian itu tidak sunnah, tidak islamik, apa jalannya kena lakukan, takkan nak Perang Jihad?

soalan bodoh kedua: jika kamu berkata Politik kini di Malaysia ini tidak Islamik, apa jalannya kita kena lakukan?

inilah senario yang kita temui hari ini
Umat Islam tidak ingat pesanan Rasulullah, Jika kamu tidak mahu Sesat, dua perkara, Dengar dan Taat, ambillah pelajarannya, iaitu AlQuran dan Sunnah
Bandingkanlah, suasana kejahilan masakini, berbanding jahiliah zaman rasulullah, mana lebih teruk?
Apa pula yang Rasulullah lakukan, SubhanAllah

Rasulullah bergerak dari pintu ke pintu, menyeru golongan miskin, agar, Jangan sekutukan Allah
Inilah sahaja Jalannya
Sekiranya hendak berperang, apakah kita sudah bersedia?

Perang zaman sekarang yang memakai senjata api lebih zalim kelakuannya, apakah boleh kita ikuti?
Jangan jadi bodoh, menurut tanpa berfikir

Hendaklah kamu berbuat sesuatu menurut Pengetahuan, kerana kaki tangan serta kulit kamu akan di minta pertanggungjawabnya di Akhirat nanti

Silakan menuntut Ilmu Islam, utamakan Aqidah,Tauhid ilallah
Ilmu fekah untuk beramal soleh, amal ibadah
Ilmu Ihsan untuk menambah baik akhlak, kepada Allah dan kepada manusia,

Jauhi persengketaan dan sifat sifat keji, semuga Hidayah Allah, memimpin kalian kedalam kebahagiaan

inshaAllah

2 comments:

  1. golongan yang cerdik, akan dapat hidayah Allah, menjaga diri, agar tidak masuk ke dalam kebinasaan

    Cerdik datang jika mahu Berfikir,
    Berfikir itu seronok jika berilmu, jika dapat Hidayah Allah

    usahakanlah agar dapat mencapai ingatan berterusan kepada Allah,
    subhanallah

    ReplyDelete
  2. Adat sewaktu belajar, di suruh pelajar menyebut perkataan, mahulah berfikir agar dapat pelajaran, seterusnya dapat beramal kebaikan

    semasa itu juga bila kita hendak mendalami pelajaran itu, kita tidaklah, bernyanyi nyanyi, atau bertempik,atau sebut sebut sampai mengaanggu lain orang
    ibaratnya kamu masuk ke Perpustakaan, di situ ada banyak kitab, buku, untuk dibaca, takkanlah kamu nak bersuara melalak tentulah orang lain tak suka

    itulah dah tahu, baca dalam diri, agar dapat mengingat

    Allah menamakan, Kitab Petunjuk, Penawar dan Pemberi ingatan = AlQuran = Bacaan, semuga dapat menilai diri masing masing ya

    demikianlah, Dengar itu di hati
    HIDUPkan lah HATImu dengan mengINGAT ALLAH
    berZIKIRlah
    sebutlah, dan Ingat lah, ALLAH sebanyak banyaknya

    ReplyDelete